January 27, 2012

sampai bila nak cakap je? do something la

assalamuaalaikum to all hottie,cuttie, and un-perfect me.
nak dlsr sebijik. boleh tak?

Sendiri
Diriku masih sendiri
di malam sepi
tanpamu di sisi

Ketawa
Kini hanya diam membisu
tiada lagi suara merdu
yang menghiasi hariku
kini hanya terdengar lagu
yang menyanyikan not rindu
aku tanpa dirimu
hanya patung berwajah sendu.

Bila
Bila lagi terdengar ketawamu
Bila lagi akan terlihat wajah heningmu
Bila lagi akan merasai sejuknya
Istighfar suaramu menyebut kalimah ALLAH
yang dulu sentiasa membisik di telinga
mengucap memanggil nama-Nya
mengadu menceritakan semua

Tapi kini

Hanyalah suara sinis mu
mentertawakanku
tidak kedengaran tangisanku
ditenggelami oleh suara kebahagiaanmu

Lupakah kau pada
ketawa semalam
yang tinggal hanya senduku
Lebih bisa suaramu
menikam hati membingitkan telinga

Ya Allah , Ya Rabbul Izzat bantulah aku
menghadapi dugaanmu 
setiap lafazku,doaku yang ku panjatkan padamu
ku harap kau kabulkan
Doaku tulus dari hati
Jangan kau biarkan ia berlalu sepi
setiap detik ini
bermakna bagiku

 
oh oke. betapa jiwangnya aku memalam buta ni. haih. apa nak jadi kau nana gojeng oiii.
sajak a.k.a puisi a.k.a gurindam tak berapa jadi dicipta hak kekal aku. aku tulis tahun lepas waktu aku sedih. awal tahun macam-macam kena dekat aku.memang deraan mental la awal tahun lepas waktu masuk kiblah. so the solution. tulis sajak jiwang panjang karangan SPM.
aku kalau banyak masalah ke hape aku suka tulis pantun and sajak. waktu dulu sekolah rendah sajak or pantun reka sendiri. and bila kelas bm bangga tayang sajak or pantun tu. cikgu cakap ''good. very good. like karam singh walia" watdehal kelas bm speaking pulak.
aku suka masuk pertandingan or whatsoever. tapi kiblah kurang sikit laa. tak banyak pertandingan. and sometimes bila aku buat pantun untuk orang kena rejected. yup. sebab pantun aku banyak mengutuk orang. 

Anak cina main simen,
Bapak cina kepala botak,
tutt tutt suka tengok cermin,
dia tenung sampai retak.                                               
 yup. aku ingat lagi. dapat ilham nak buat pantun. aku tulis dekat tepi polisterin. berjela ah pantun keluar dari kepala hotak ni. yeahh tuttt tuttt aku tulis. nama terpaksa dirahsiakan atas sebab mengelakkan kontroversi yang menyebabkan Fasha Sandhak serang aku.
aku suka tulis nama fasha sandha.
tak tau kenapa.
dia tu cun sangat. tu pasal aku selalu tulis nama dia. biar aku tumpang sekaki jadi cun.
ok lupakan awek jejai ni. aku nak cerita pasal sajak-memajak ni.
ada lagi satu. ni khas untuk orang yang putus cinta. aku selalu tengok orang break-up dalam novel, tv. yang paling live kawan aku pernah putus dengan bf dia dekat telefon rumah aku. hesyhh... sweet time. so di inspirasi daripada kisah-kisah keliling aku, aku dapat banyak ilham and idea. but selalunya end-up masuk tong sampah.

Aku menyendiri lagi,
Pabila engkau pergi
Bersendirian ku di malam sepi
tanpamu di sisi

Tanpa mu
aku terasa hiba
Di hati menanggung lara
berharap kau kembali ada
tapi itu hanya khayalan semata-mata

Dua Insan yang ditakdir-Nya
Takkan pernah bersama
Oh Tuhan bantulah aku tangani rasa
Yang menular dan membinasa
hatiku ini
Tuhanku bantulah aku yang kehilangan
tanpa arah.
sesat ini.

okay sajak ni aku ada ciplak sikit dari lagu. alaaaaaaaaaaaaaa shkali-shkala. aku tak reti sangat. harap-harap besar nanti aku jadi penyajak macam justin bieber. kenapa tiba-tiba nama minah ni muncul? dush.
asalkan aku bahagia cukuplaaa
 oh ya. hidup aku normal. macam manusia lain. lagi-lagi waktu cuti.
eh jap. waktu cuti aku ada beli dua novel baru.


gedabak punya gambar aku letak.
belilah. best gilerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
enjoice.
gotta go
nanti review.
adios