March 25, 2012

cinta manusia tak kekal la

assalamuaalaikum to adik , kakak,abang and saudara anak cucu adam sekalian

apa kabaqqq?!?!!
saya sihat je. masih lagi lepak-lepak depan komputer.
okayh alhamdulillah result keluar untuk SPM. Kakak aku amik result , aku yang berdebar macam hape je. macam aku pulak yang sibuk bertarung amik SPM. padahal sibuk hasut setiap minggu 'jom outing..jomm,,. takpayah study lek luuuu selaluu'
7 a , 1b , 2 c
seriyesly waktu call kat kiblah tanya result aku bedebar cam nak meletup terbabommm jantung ni tau.
okey tuuuuu :]
okay je. sekarang cerita pasal nurul ai'na tajaharis. baru habis tazkirah and ujian penilaian bla..
pmr dekat buat dunno eh everibadi. lagi-lagi budak sorang tuu.
ustaz zahar baru balik umrah. wah saya harap ustaz doakan saya comel selalu dan 9aaaaaaa :] lagi satu kiblah ada public phone. maju wehh maju !! aku hari-hari call . kacau orang tu kacau orang nii. senang kata tunggu hujung bulan putus wayar telefon tu.
aku makan banyak sedappp. kiblah makanan sedap giler lohh. lagi-lagi keli, peh . dulu-dulu hari selang-selang ada. tapi sekarang jarang tak selalu.lagi patin. omaiiiissiiiii feveret nombor 1 aku . budak geliiiss taknak makan.kata hanyir bagai. hamboi kau. tempah la hotel 5 stars . takpe okay gak. sekarang selalu makan ayam and /UDANG!!!!!! tetibe rasa kasih sayang pada pengetua kiblah. hihiihih
alhamdulillah sekarang dah banyak majuu gituu. jamban tak jauh dari surau. sebelah je banggg. best woo. sekarang amp ada tag. siap ada muka setepek atas kad. woo. hot sangat lah kan :P
sekarang abeng ada anak saudara baru. tapi dia suka ajar anak sedara baby dia benda pelik. memang bapak mithali betul.
sekarang saya nak pergi balik kiblahh

adiosssss

March 18, 2012

don't take my computer AWAY!!

assalamuaalaikum,

okey saya nak balik kiblah. hujung bulan April baru lah kita mesra-mesra yaaa :P huhuhuhuhu
okay nak buat drama kassim selamat jap.
ustaz zahar umrah sooo boleh lah aku balik minggu depan. yeyeyeyeyey. eh
cikgu zuriah. okay fine. saya pasrah.


adios

March 16, 2012

Friendly Friday

assalamuaalaikum to muslim and muslimah sekalian

SOAL HATI REMAJA - PATUTKAH BERKAHWIN AWAL

Rasulullah s.a.w bersabda: Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemui (pasangan) yang sesuai untuknya. (H.R. Tirmidzi)

Kahwin awal bukan satu masalah. Mari lihat persoalan-persoalan yang selalu menerjah di kepala anak-anak muda yang fitrahnya terhalang atas sebab-sebab tertentu.

1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran?

Siapa cakap kahwin waktu sedang belajar mengganggu? Salah tanggapan tu. Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. Yelah, sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mau belajar kan? Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? Tidak kan?

2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja?

Saya tahu ramai antara kita yang masih belajar, dan ramai yang meminjam dapat elaun biasiswa. Saya beranggapan pasangan yang ingin dikahwini jugak masih study Jadi ia bermakna dua-dua masih dapat hidup dengan wang yang asas tu. Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin $25 atau $50 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah. Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah. Berdosa.

Firman Allah: Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui. (An-Nur:32)

3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan?

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus. Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik magar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai puluh ribu pun.

Sabda Rasulullah s.a.w: Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah s.w.t, seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya. (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin?

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. Cuba bayangkan anda ada pasangan yang disukai. Kan bagus kita cepatkan benda yang baik dengan berkahwin terus. Tapi kalau kita melambatkan perkahwinan yang bagus itu, mungkin kita akan terjerumus ke lembaah maksiat. Kenapa kita boleh beralasan untuk melakukan perkara yang halal, tetapi tidak langsung mengemukakan alasan untuk melakukan perkara yang haram? Tanya diri, jagalah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w: Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi. (H.R. Tirmidzi dan Ahmad)

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal?

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam? Bertanggungjawab sudahkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? Pendek kata, ada banyak soalan spesifik yang boleh ditanya kepada diri sendiri. Walau apa pun jawapan dia, ini nasihat saya. Sentiasalah perbaiki diri dan mantapkan diri. Orang yang sudah berkahwin dan sedang belajar solat lebih baik berbanding orang yang sudah kahwin dan pandai solat tapi tidak amalkannya lepas kahwin. Orang yang bersedia mengubah dirinya adalah yang paling bersedia sebenarnya.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa?

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata: Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka. (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa)

Nasihat saya untuk golongan-golongan yang sedang hangat bercinta tu, sebaiknya kahwinlah awal. Lebih banyak kelebihan kahwin awal berbanding kahwin lambat. Tapi semua itu pilihan masing-masing juga. Mudah-mudahan setiap pilihan yang kita buat adalah yang terbaik dan dirahmati Allah. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda: Siapa yang benci dengan cara hidup (sunnah) ku maka dia tidak termasuk golonganku. (H.R. Bukhari dan Muslim)
 —

tapi ni bukan alasan korang nak nikah lepas PMR (ehem pesanan untuk diri sendiri)
aku saja copy paste. rasa macam best baca yang dorang dok post dekat fb tu. saja ambik copy-paste.
pengsan bapak aku dengar anak dia menggatal nak kahwin lepas pmr. huuhuhuhu tembak lapanpuloh das.
kesimpulannya jadi macam vanilla coklat. mintak mak bapak carikkan :P harapan lah kan.


"... Jangan cintakan orang yang tidak cintakan Allah, kerana jika mereka boleh tinggalkan Allah, mereka juga boleh tinggalkan kita ..." (◕‿◕) 

(Imam Syaf'ie) 

okeyh sahaja. sekarang 2.40 pagi dan saya rasa terharu sorang-sorang. fuh.

adios

March 15, 2012

tupperware thursday

assalamuaalaikum to hamba Allah cantik , hensem , sopan pekerti sekalian

Add caption

March 14, 2012

friends forever , enemy never

assalamuaalaikum to all my friends , family , stranger , and if you are here , My enemy

..To A Friend..

A friend that is unique
A friend that is one of a kind
A friend that is perfect
A type of friend who is hard to find
A friend that is sweet
A friend that is perpetually fair
A friend that you know
Will always be there
A friend with an amazing spirit
A friend with a striking heart
A friend that is trustworthy
A friend that is smart
A friend that assuages your pain
A friend that can dry your tears
A friend with unrestricted love
A friend that can alleviate your fears
A friend with an exquisite smile
That could never be ignored
A friend that’s never been hurtful
A friend that is easily adored
A friend that is respectful
A friend who is loved by all
A friend that is relied upon
A friend to never let fall
A friend you can talk to
Her compassion is known by a glistening glow
Just by sparking her remarkable light
The whole world will know
What a great and amazing person she is
A friend I shall never forget
She is the greatest ever been known
Best of all the friends I’ve ever met… 
Marria Attar
 okeyh tu je nak tulis. semalam keluar ngan iffah tengok cerita cinta kura-kura.best gilok!!!!! lawak nak mati kot. aku gelak tahap nak meletup usususususs perut tau. aku suggest korang tengok.
(A)
 bangla jual karpetss ^^^-
(B)
 (C)
okey gambar di atas adalah editing photoshop aku buat. sesapa nak silaalala pilih . bagi gambar aku designkan. free of caj. e-mail to sendto_nana@yahoo.com
saja nak promoteee. okay gambar atas sekali tu kalau nak muntah lapanpulohlapankali pon tak ape.

ADIOS

gambar ramai-ramai pun boley

March 13, 2012

bila aku nak kahwin ni. menduda lama sangat dahhhhh

(amaran keras. post ini mampu buat korang rasa nak menangis a.k.a terharu melihat betapa kuatnya angan-angan kak limah ni. okay amaran tamat. saman-menyaman takkan dilayan. bye)

assalamuaalaikum to at-tuulab , al muaalimah , al mudaris , mawaddahku , raihanahku
bajet speaking arab jap =P


kan best rumah atas pokok. aman hidup. kalau lapar petik buah dekat pokok. kalau nak mandi tunggu hujan. sabun guna daun pokok tu. wangi kot. contohnya Secret Garden guna pokok kan. berak je , guna taik tu buat baja pokok. nanti pokok tu lagi tinggi . WAH! boleh sampai di atas dan mengukir bintang. wahhahahaha. pa  , umi , ya , mat jom pindah dekar rumah pokok
hai semua. kenapa tajuk saya di atas sangat tak boleh blah. sejak bila aku kahwin?sejak bila aku menduda?bukan iffah kew? sorry gurau cyunk laa.

okay aku nak cerita tentang wedding impian aku. okey impian aku nak wedding grand-grand kalau boleh buat perarakan dari KL sampai Kelantan . naik kereta kuda. wah, sumpah putus dua kaki kuda tu nak bawak si montel Ai'na ni.
 feeling ala-ala Kate Middleton . hek
kalau aku nak simple-simple jew. nikah,makan,tangkap gambar-gambar sikit. hikhok :P
aku suka tengok wedding macam Maya Karin tu. even though dia dah cerai tapi tu takde kaitan dengan aku lah. tapi aku suka wedding ala-ala garden tu. tenang jew. aku ingat nak akad nikah kat taman bunga bawah pokok. hushh suweet gituew.

Aku Shahrizal Jaszle Bin Jasmin terima nikahnya Nurul Ai'na Bt Mohd Tajaharis yang comel , cantik , tinggi , pandai masak, come..ohok..ohokss..OHOKLSSSJDHHGIRHGHFHIURGH (tertelan daun kering jatuh dari atas pokok.)

Akhirnya kenduri kahwin jadi tahlil. Nauzubillah. berbalik pada topik wedding impian . antara wish aku ialah ::

tempat:

aku nak kawen dekat taman. macam best je. tenang and syiok. tapi yang leceh susah nanti kalau hujan . haru haru. habis kuyup tetamu.

kalau ada peluang nak pakai camni camni. pedulikan takde sleeves tu . boleh tambah takpe. aku minat fashion designing ni. cuma malas nak jahit-jahit susah lew. 
website yang baik hati saya bagi curi gambar dekat website dia : TheKnot and GOOGLE IMAGES

okayh sebenarnya banyak lag nak tepek pasal wedding ni memandangkan aku tak cukup umur lagi so sabar subur , tak sabar masuk kubur ye bang.
sekian dari saya pengacara Nona. selamat pagi/malam

adios

March 12, 2012

Adnan adik Azura suka ber-Tweet

assalamuaalaikum to all kaki internet,kaki bola,kaki perempuan,kaki lelaki,kaki berbulu, kaki patah


heh cepat leleh air liur cepat. cepat leleh. 
hokey hai semua. bertemu lagi dalam rancangan mereview filem. dulu aku pernah review filem Kerak oh Karak.kali aku nak review cerita Adnan Sempit 2 and Azura

ilem  ini sebenarnya kesinambungan kepada filem terdahulu, Adnan sempit 1 yang mengisahkan Adnan(Shaheizy sam) cuba memikat hati ibu bapa Nadia (Intan Ladyana) iaitu Dato Isnin. Dato Isnin mencabar agar Adnan mengubah dirinya sendiri dari mat rempit kepada manusia yang mempunyai cita - cita yang tinggi. Antara cabaran yang diberikan Dato Isnin kepada Adnan Sempit ialah supaya anak muda tersebut fasih bertutur dalam Bahasa Inggeris dan mengubah penampilan dirinya menjadi seorang ahli korporat dalam masa 30 hari.  Adnan telah meminta rakan baiknya iaitu  Bobby yang telah berkerja sebagai perunding imej. Bobby bersetuju menolongnya dan telah memberikan pelbagai 'idea bernas' yang pasti akan mencuit hati penonton. Nantikan filem ini di pawagan Febuari tahun hadapan.
waktu part ayah nadia mintak kahwin ketiga. hoke gurauan semata-mata
mama papa.*buok
hokey overall shaheizy sam memang makin chubby. seriyesly . tembam. lalalala *diri sendiri tembam*
first thing aku nak cakap. aku tengok online. tak rajin la nak beli tiket lepas tu beli popcorn lepas tu nak keluar kena pakai shawl hana tajima belit bagai.saya malasssssssssss.so aku tak menyumbang hape-hape dekat incik David Teo. sekian wassalamu
okey cerita dia aku bagi 3 Bulan out Of 10 Bulan. bukan hape seseorang producer tu nak buat filem silala jangan buat tangkap muat.
- lawak seriyes lawak tak berapa nak pandai. annoying tengok shuweett mama papa hengkau bagai.
- main-mainkan bahasa inggeris. eieieieieieieiieieieiei lantakla nak buat lawak dengan bahasa tu tapi asyik ulang jenis lawak yang sama. boring eih.
- adnan sempit 1 lagi syiokk
aku bukanla terrer gila bab-bab nak mengkritik filem ke movie or drama tapi macam mana melayu nak maju wehhhhh *aura najib* asyik buat lawak tak berapa nak tadika sangat. hah kan dah menganyam ketupat je banyak. nasib baik tengok dekat youtube , kalau tengok cinema sumpah aku serang david teo ' lu pulangkan duit sepuluh linggit wa punya semulaaaaa" =-=" kak limah bikin kecoh dekat mig baru tau.
tapi boleh bagi aku gelak la jugak :D
FYI, aku tengok setengah jam je , lepas tu bolayan. malas ah. baik tengok Azura *wink..wink ..

cantik KLCC tu . ehemm... bang
 Azura, seorang gadis yang gigih menghadapi cabaran hidup untuk mencapai cita-citanya. Dia tinggal bersama ibu saudaranya, Yusni, setelah kedua ibubapanya terkorban ketika tragedi terowong Mina di Mekah pada 1990. Zek pula membesar sebagai anak orang kaya. Kemanjaan dan kemewahan membuatkan Zek tiada deria ‘survival’. Dia sentiasa dikelilingi dengan manusia yang mahu mengambil kesempatan.
Detik pertemuan pertama mereka memberi kejutan pada Zek. Sikap Azura yang sama sekali tidak hairan dengan ‘darjat tinggi’ Zek, membuat dia merasa Azura saja yang dapat memimpinnya. Setelah melihat kesungguhan Zek, akhirnya Azura menerimanya. Zek berhasrat mahu menyunting Azura sebagai isteri.
Ayah Zek, Tan Sri Puteh mempertikaikan kredibiliti Zek untuk menjadi seorang suami yang baik. Padanya Zek belum matang dan berkemungkinan akan merosakkan masa depannya dan Azura. Zek dan Azura lari ke London dan berkahwin. Kerana kedegilan Zek, Tan Sri Puteh mengambil keputusan untuk tidak lagi menyara Zek namun Zek menerimanya sebagai satu cabaran.
Zek dan Azura kembali ke Kuala Lumpur dan menjalani kehidupan baru. Kerana kekurangan pengalaman dan kelayakkan, Zek menghadapi masalah untuk mendapat kerja dan akhirnya bekerja sebagai pembantu di stesen petrol manakala Azura pula terus berjaya dibidang akademik dan di tawarkan bekerja di luar negara.
Tekanan pekerjaan menjejaskan emosi Zek, Azura pula terpaksa berahsia tentang kejayaannya kerana tidak mahu Zek merasa rendah diri. Namun bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan sehelai daun. Bila mengetahui Azura berbohong, dia merajuk dan menginggalkan Azura. Azura terpaksa membuat pilihan, sama ada meneruskan cita-citanya atau terus setia menanti suami
.
 tahan panas eh.tahan panas ehh. hamboi bang geram tengok cerita ni. okey .
cerita ni best lawak pon hade. lagi tang azura dekat kafe dengan Zak. macam gelabah.wahahaha. macam upin and ipin.
-best-best-
-typical tapi best
-azura comel.
-anak tansri , pompuan miskin. alaa kalau tak takdenye aku nak tengok.
-cerita ni comel je.
hokey tu je. overall. hari ni best.
aku pegi beli 2 novel. Suami Yang Kubenci e-man sufi and Sayangku Casper by sape ntah . Ardini idris genius tu promote novel tu dari awal tahun ni. baru sekarang baru aku jumpa.
hoyeah. kucing aku empat ekor hilang. ala yang comel lotey tuuu.
okey empat ekor kucing nama Miley Cyrus,Taylor Swift , Zoro 1 and Zoro 2 jikalau kalian sedang baca post ini mengertilah bahawa tuanmu menderita sakit rindu dendam. rindu nak cocok perutmu yang lemak-lemak gitueew. baliklah.
tulah terlebih tengok Azura tu yang sastera semacam.


ala bang walaupun awak pakai spek mata hitam belegam macam tu tapi saya tahu awak duk ushar saya. (syoksendiri lah hengkauuu)

 tadi pakai spek mata bingkai hitam belegam. ni tetiba pakai spek takde bingkai. adakah ini trend muda-mudi zaman sekarang . apa cer laa (sila buat nada nenek zaman 40'an zaman perang jepun)
walaubagaimanapun nenek rasa shahrizal ada pontensi untuk jadi laki no.8 nenek. yelah nenek dah lama menduda .  biarkan miera liyana dan neelofa dan maria farida dan anzalna dan hidayah mustapa ehh tersebut pulak nama askar jepun salah-salah. nenek tetap cunggggggggg.

nenek penat. dah la nenek nak ambik PMR tahun ni. upss terkantoi. halamak lari.

adios

March 11, 2012

hai nama saya siti nurhaliza boleh panggil nyonya kasim mansur

assalamuaalaikum to all budak baik,budak alim,budak bajets,budak wangi,budak busuk and budak budak

okey takde tujuan nak tulis sebenarnya ni. aku lebih banyak pikir pasal nak pmr. stresssssssssssssssssssssssssssssssssssss tak sangatlah.
lambat lagi laa *angkat-angkat kening.
padahal lagi

Daisypath Vacation tickers

COUNTDOWN PEE-EMM-ARHHHHHHH

arr rasa nak menjerit sampai roboh kondo ni.
arr rasa nak menjerit sampai jiran sebelah angkut beg pindah rumah tak balik-balik dah
arr rasa nak menjerit sampai jiran sebelah malas pindah rumah terus call polis .
arr rasa nak menjerit sampai abeng dekat kiblah dengar.
arr rasa nak jerit sampai gugur bulu jmaru jadi togel jew/
arr rasa nak menjerit sampai pancit tayar fixie a.k.a basikal cabok aku tu.
arr rasa nak patahkan je keyboard nii.
arr rasa nak patahkan je pensil. key board tak boleh patah. mahal.
arr rasa nak arr rasa nak arr rasa nak arr rasa nak *gagap jap.

tetibe rasa nak dengar lagu demi lovato je
 kenapa malam ni aku rasa macam nak call ambulan bawak aku pegi hospital terus letak dekat ICU hahhhhhh???

sebab aku tak stress cuma sakit jiwa sikit. aku sedar sikap aku macam berubah. aku tak macam dulu. dulu aku suka gila buat lawak tapi aku prefer untuk serius doplohempatjam. dulu aku tak suka ushar banin. sekarang aku lagi tak suka *heh menipu sangat haihh*
sekarang aku tak suka fasha sandha , dulu aku suka *sumpah aku tak tipu* sekarang aku tak suka buli dayah , tapi dulu suka gilerr! * ni lagi pelik* sekarang semua kucing benci aku , dulu suka siap gesel-gesel gedik nak mati *ehem-ehem jmaruss*


helo Tanjung Rambutan . ada sorang minah sakit meroyan nak sembelih kucing sendiri. ada tempat kosong lagi tak?
aku tengah sedih ni. okey masalah selalunya berpunca dari hati. kalau hati kotor selalunya masalah senang hinggap. antara punca hati kotor ialah cepat buruk sangka and suka tinggal solat. aku adalah salah satu spesis tu. Ya Allah tolong aku. susah nak awalkan solat. waktu nak azan maghrib tulah aku baru nak solat asar. sometime tak sempat tinggal je. patutla otak selalu serabut hati tak tenang.

so kurangkan la mengusha dan tingkatkan prestasi.
doa bebanyak dan jangan kuat berangan je. ingat tu cik nurul ai'na tajaharis. dah jadi amp ni jangan nak malas sangat ya :P

aku ingat kenangan awal-awal kiblah dulu. macam mana dulu selalu bawak magi makan dengan ieman and farahin dalam bilik stor. kacau dayah hari-hari. kena marah k.gurl sebab tak tegang cadar. selalu tak turun tugas ampaian *hikhok.pemalas deyh. jual nasik lemak dekat koop.kenangan susun selipar masam dorm c.lap tingkap *benda tu pun nak rindu. gosh. padahal hari-hari kutuk k.umi marah bagi tugas susun selipar masam dorm c. peliks.

farahin gedik and ieman poyo.
 lama tak dengar cite dorang berdua. kalau ada masa call 017777777777777 . hoke. korang mesej fb tau. lama tak gosip hot-hot gitueww.
seiyes. rasa nak nikah dengan shahz jaszle jew. also known as shahrizal. lantak la. asal kau cintakan i cukuplah. tu je yang i mampu ucapkan.
tampar lima puloh das.


bajet kaki tinggi lettuww
hari tu tengok PABM with Nur Adling Syazwani and some other kiblah student. memey best aahh lagi-lagi mamatinggisumpahlawakplushensemsiott . dia boleh pulak start dia punya pidato dengan
"saya bukan penjual karpet"
"saya bukan pekerja kedai mamak 24 jam"

alahai bang. sumpah aku dok ingat bende tu jew. aku pon terpilih jugak untuk pidato tapi peringkat Kiblah je leww. alhamdulillah. maybe aku star pidato

"saya bukan penyanyi lagu biarlah rahsia tu"
"saya bukan isteri shahrizal jaszle jasmin .kitorang cerai 2 tahun lepas. nak tau tak sebab hape. dia menggatal dengan hendon buat roti canai ade ke. bla...bla..bla.."

last-last tak jadi pidato sebok buat sesi umpat menganyam ketupat tentang kehidupan rumah tangga.

ada ustaz baru nama Ramadhani. okey sekarang ustaz saya rasa ustaz ni cute la. boleyh mintak no. :P saya janji saya akan kacau ustaz selalu.
ekh gatal kau.karang semua orang baling selipar masam  dekat kau baru tau


okeyh habis sesi menganyam mereyam sekalian. sila tidur.

adios

p/s: hokey tak lagu baru kosong. aku tau korang jeles. buek :P

March 09, 2012

sebab-musabab kenapa saya suka menyanyi

assalamuaalaikum to all good readers, gedik readers , poyo readers

Terdapat 10 Jenis Tangisan di muka bumi ini yg perlu anda tahu:-
1) Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.2) Menangis kerana rasa takut.3) Menangis kerana cinta.... 4) Menangis kerana gembira.5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.6) Menangis kerana terlalu sedih.7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.10) Menangis orang munafik-pura-pura menangis.
"...dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43) :-) 
copy paste from k.gurl punye profile. dia kan suka post bende-bende  yang berilmu ni. :D

adios

March 04, 2012

10 days without malaysia #2

assalamuaalaikum to all malaysian :D

gambar candid yang aku rasa cute
okeyh ini entri bersambung. seriyesly malas nak tulis tapi demi pembaca terchintaaaaaa ku alahhh ayunk jadi aku tulis.
padahal takde orang baca pon :P

aku tepek gambar je ye. malas nak tulis. ngantuk.

 hai semua. sila tengok saya. bukan tong sampah sebelah tu.
*background al-Safa Tower.
 seriyesly dekat sini BANYAK gila burung merpati. best. aku selalu bagi makan *eleleeee tunjuk aku ni baik penyayang dekat haiwan.
 okay gambar ni macam lawak.
me: i nak merajok. sampai hati youuuuu
my sister: ala yang. dun worry. balik ni i masak la merpati masak sambal yang you nak tu.
heh kena baling leseung batu dengan kakak aku nanti
 adik : siapa la orang gila sebelah aku ni. better lariiiiii.
sheeshh :D
 hotel-hotel 5 stars. tak bukan hotel aku. hotel aku takde bintang pun . but comfortable.
 aku semua benda kalau boleh nak tangkap gambar
 Last day. sobb..sobb. nak buat tawaf wida'.
 saja nak menayang lubang hidung saiz xxxxl
 Laut merah. on the way to airport. singgah jap.
 beautiful scenery. beautiful tiang. beautiful laut. half beautiful girl
 doa mintak jodoh. hoke tipu :P
 goodbye Arab Saudi
 pilih mana yang berkenan.

that all darling. tetibe rindu warga kiblah. pekabo la korang semua. sekurang-kurangnya abeng rindu aku pun cukuplah. hik hok.
2 minggu cuti bebbbbbbbbbbbbb:D
masyuk la. balik terus periksa .
OH
NO!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
MAMTIK LA AKU MACAM NIE! CEPAT AMBIK BOM , BOM KIBLAH. BIAR SEMUA TAK AMBIK PERIKSA. HUAUAHAUHAUHAUHAUHA


adios :D

March 03, 2012

10 days without malaysia

Assalamuaalaikum to all haji and hajjah and future haji and future hajah, insyaallah

hai anda semua. saya pengacara untuk malam ni. saya akan bercerita pengalaman saya menjadi seorang pramugari Mas. oh tipu. 
okay today i want to tell you guys a story.
once upon a time there's a cinderella name Nurul Ai'na. heww . true story

okay actually aku nak bercerita tentang experience aku berumrah and first time ke luar negara.
bertolak dari rumah at 10 o'clock gituew. singgah dulu rumah uncle. makan-makan-makan and hooshh, here i come klia.
Lama jugaklah tak pergi KLIA. kinda jakun di situ. i saw many people . of course airport mesti ramai orang kan :P
aku and family guna Syaza tours. Umraa and Ziarah.
yeah ramai jugak orang dekat situ. aku grup 1. my makcik-makcik,pakcik-pakcik belah umi aku semua datang. alhamdulillah.
belah ayah kelantan. wish dari jauh le yek.

aku buat muka macam mintak kaki saiz 10. and papa pandang like "what the hal wrong with this minah". :P
 and after waiting waiting at the airport for like 4 hours , take off bebeh.Emirates air line. Transit at Dubai first. at first waktu nak passport control agak stuck sebab RAMAI GILA  orang. waktu tu cam pening sikit. yelah 7 hours in flight mau tak masalah jiwa. cramp kaki.but the hospitality in Emirates are 4.9 stars. very good and efficient. hek. and pramugara are really cute.*sheesh pegi umrah pon nak  menggatal lagi.:P* and the food are realllllllyyyyyyyyy goooddddyyy-licioussss. me loike it.
and you have tv where you can choose hundred of movies. and you can see the view outside the plane by the tv. bla.. bla.. padahal waktu tu malam gelap gelita kebende hape aku tak nampak.kejakunan tahap melampau. you can control the reading light by the remote.aku dok main bukak-tutup-bukak-tutup lampu tu. dari jauh lip-lap cam lampu raya.macam-macam lagi la. Malaysia Airlines cancel flight to Dubai. so if you want to go Dubai , you can go by Emirates. nanti korang boleh main bukak-tutup-bukak-tutup lampu macam aku.

arrive.
Again muka mintak kaki saiz 11. hewhew actually aku ngantuk tahap gaban and hungry GILA.*Dubai international airport.
after 2 hours waste at the airport woosh straight to the Hotel. Ramada Hotels.
 ehsan pakcik google.
the hotel is so WOAHHHHH. 4 stars hotel. really big. aku tak ambik gambar. malas lorhh but the room are really big. they got two bedroom and two bathroom and one kitchen. dalam tu they got washing+drying machine,microwave,oven,dapur nak masak,kuali , mangkuk,glass. blaaaa...bla... but seriyesly i like this hotel. but we only stay for one night. my brother and father seperate room. i stay with my makcik sorang, umi and kakak.
woosh. sleep
 morning at Dubai :D seberang jalan shopping complex :DDDDD
that morning breakfast. again sangat sedappppppppppp. dia serve cheese. and i'm a cheesseeeee lover. after sleeping like ular sawa kenyang telan 10 pinggan cheese, off to exploring Dubai.
hei semua. sila tengok background tu. bukan tengok saya yang tengah nganga tu.
burj al-arab. macam menara telekom pun hadoo. watever.
sebelah burj al-arab tu ada place name wadi kebende tah. macam sunway lagoon la jugak. but smaller.
masuk kena pakai bikini or swimming suit. heh tak mungkin la. orang tengok aku pakai bikini maybe tak cukup tanah lari. hewwheww. lagipun berbikini berdosa ya kawan-kawan. kalau nak mandi tak payah berangan la nak pakai swimming suit bagai. sexy. dosa.
lari topic pulak.
 peace from Dubai. please ignore those weird-face tourist. maybe dia pelik minah comel mana la tengah sengih-sengih peace tepi jalan.
 okey tempat mandi tu nama wild wadi. wadi is arabic. in malay maksudnya tak silap aku lembah.
but seriyesly dubai ni kawasan dia berpasir. berdebu je . sebab Dubai ni actually a desert. but transform into a city. that day, sangat windy and cool.
after that jalan kaki pegi satu mall nama kebenda hape tah.dia next to burj al arab tu.
we buy some souvenirs and lunch there at Al-Makan.
emmm... deli-deli-delicious
 emmm tengok gambar ni rasa macam nak telan je komputer ni
that evening we take off to Madinah by NAS air . bye Dubai :)

 super-duper-diaper excited face
 3 hours in flight. wow. Starving. NAS air only serves you some soft drink,plain water and peanut. and the hospitality 2.9. star sorry to say. heh, aku kan kuat makan.
arrive at Jeddah. Hajj terminal. actually it open only on hajj season but since there are too many people , so dia hantar dekat hajj terminal. ramai Orang turki and Hendon. seriyesly.
we pray dekat atas lantai terminal since there is no surau.that's okay. Kiblah semayang atas jalan tar. lagi rock.
hai semua. saya Nurul Ai'na. Panggil Nana Lewmbu.
after 3 hours at the airport, off the road. naik bas pegi Madinah. 6 hours in bus is so tired. rasa nak patah tulang belakang ni.nasib baik dia bagi makan , kalau tak aku transform jadi incredible hulk telan semua. heww ganas sangat larh.

Orang Non-muslim or in other words Kafir are not allowed to enter Madinah Al-munawarrah. Ianya tanah Haram selain Makkah al Mukarramah.

1) Madinah sebagai Tanah Haram
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah, dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Makkah”
2) Amaran melakukan maksiat di Madinah
Sabda Rasulullah SAW : “Madinah adalah Tanah Haram, letaknya di antara Bukit Eir dan Bukit Thur; sesiapa yang melakukan kezaliman, atau melindung orang yang melakukan kezaliman di dalamnya, maka seluruh laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya; semua malan baiknya samaada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah pada hari kiamat”.
3) Bersabar menanggung kesusahan di Madinah
Sabda Rasulullah SAW : ” Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan di Madinah, aku akan berikan syafaat kepadanya pada hari kiamat, atau aku akan menjadi saksi untuknya”.
4) Kelebihan mati di Madinah
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah”.
5) Kelebihan belajar di Masjid Nabawi
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya, ia adalah seperti mujahid di jalan Allah, dan sesiapa masuk dengan tujuan lain adalah seperti orang yang melihat kecantikan barang orang lain”.
6) Madinah terpelihara daripada dajjal dan taun
Sabda Rasulullah SAW : “Di setiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah”.
7) Madinah sebagai tapak iman
Sabda Rasulullah SAW : ” Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya”
8) Kelebihan solat di Masjid Nabawi
Sabda Rasulullah SAW : “Pahala solat di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada solat di masjid lain kecuali di Masjid al-Haram”.
9) Kelebihan solat 40 waktu di Masjid Nabawi
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa solat 40 waktu di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya munafik”.
***
Gembiranya, tenangnya, nyamannya, indahnya, berada di bumi Rasulullah SAW…
banyak kelebihannya and ada jugak LARANGAN-LARANGANNYA.

1. Seseorang tidak patut memasuki Tanah Haram Makkah melainkan dengan niat ihram (Wajib). Sementara ulama mazhab Syafie berpendapat, niat ihram ketika memasuki THM adalah sunat.

2. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.
3. Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia dlm THM ini adalah HARAM dipotong/ditebang kecuali pokok al-Izkhir.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَامٌ حَرَّمَهُ اللَّهُ لَمْ يَحِلَّ فِيهِ الْقَتْلُ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُحِلَّ لِي سَاعَةً فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِبُيُوتِهِمْ وَلِقَيْنِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَDari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda, Ini adalah negeri yang Allah haramkan sejak dijadikan langit dan bumi. Ia telah menjadi haran dengan hukuman Allah SWT sehingga hari qiamat. Ia tidak boleh dipotong durinya, tidak boleh diganggu buruannya, tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal tanpa tuan di dalam kawasannya kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya dan tidak boleh dicabut rumpunya yang hijau. Maka kata  al-Abbas, Ya Rasulullah SAW, adakah dikecualikan al-Izkhir. Isa digunakan dalam pekerjaan dan juga untuk rumah mereka, maka jawab Rasulullah SAW, dikecualikan al-Izkhir.Hadis Riwayat Ahmad, lihat juga hadis riwayat Bukhari dgn lafaz yang berbeza.Walau bagaimanapun, memotong sebarang pokok yang ditanam oleh manusia spt pokok kurma, delima, gandum dsb atau memotong rumput yang telah mati, tidak menjadi satu kesalahan. Begitu juga perbuatan membunuh gagak, ular, tikus, anjing garang atau mana-mana binatang yang tidak termasuk dalam jenis binatang buruan, tidak menjadi kesalahan.
4. Tanah serta anak batu dari THM adalah tidak dibenarkan dibawa keluar. Sementara ulama Hanafi berkata ia adalah harus dan tidak mengapa...
5. Jamhur ulama' menetapkan bahawa orang kafir tidak dibenarkan memasuki THM, sama ada utk menetap atau utk lalu shj. Abu Hanifah pula mengharuskannya selagi mereka tidak bermastautin.
6. Sesuatu benda yang tercicir dan tidak diketahui siapa tuannya di THM, adalah haram diambil utk dimiliki. Ia hanya halal utk diambil oleh org yang mahu mengiklankannya sahaja.
وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمُعَرِّفٍ
Barang tercicir (Luqathah) di sana (THM) tidak boleh diambil kecuali oleh orang yang mahu mengiklankannya. Hadis riwayat Bukhari.  Lihat juga hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.7. Mereka yang melakukan pembunuhan di THM dikenakan diyat yang lebih berat.
Menurut Imam Ahmad ialah tambahan drp bilangan diyat  dgn kadar 1/3 drp diyat yang asal.
8. Haram mengembumikan org Kafir di THM atau mengali kuburnya.

larangan-larangan di Tanah Haram Madinah sama sahaja dengan Tanah Haram Mekkah. 
aku stay dekat sana for only like 3 nights only.
aku beli dalam 2 helai jubah. satu tips * don't buy Jubah at madinah tapi beli dekat Makkah is more cheaper. makkah banyak kedai jual souvenir yang murah-murah.
Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawarrah.
yup aku melawat Makam Nabi. terharu and crying. tapi nampak separuh pintu je. since perempuan dilarang mendekati makam nabi. aku tak tahu kenapa. tapi ada sebab di sebaliknya.maybe perempuan ni kan emosi sikittttttttttt. perempuan 9 emosi satu akal. lelaki 9 akal 1 emosi. you know je leww. maybe takut buat perkara yaang dilarang.lagipun perempuan tak berapa elok menziarahi kubur. dikhuatiri jugak.
after that pergi raudah. raudah ni terletak between Makam Nabi and Mimbar Nabi. Rudhah is one of the taman-taman Syurga. kawasannya amat pack. penuh gila orang. but alhamdulillah aku doa and suddenly i got a space untuk solat. even though memang ramai orang tapi aku ada ruang. doa dekat situ memang makbul. insyaallah.aku doa banyak la. rahsia . hehehehehehehe.
alhamdulillah hampir semua waktu aku pergi masjid tapi waktu subuh gila susah bangun. hesyhh :P
makan dekat situ sedap-sedap. aku selalu makan bertambah. Alhamdulillah. makin 'sihat' duduk situ.
Ziarah dekat pasar kurma and coklat. pehhh coklat and kurma makan free-free je. as long as jangan bawak keluar makanan tu dari pasar tu adalah halal.
ada some funny part dekat situ between umi aku and penjual tu.

u : Saya nak gelang ni berapa?
P: 35 Riyal. Halal halal halal
u: Alaa bagi 20 Riyal laa. Halal halal halal
P: *buat muka jiwa kacau* haram haram . 30 riyal.
u: 25 riyal .boleh aaa? *muka mengharap*
P:okeyhhh *muka pasrah*
peniaga dekat sini boleh cakap melayu. pelat-pelat tapi okey lawak jugak but best. kalau nampak je ' malaizia,malaizia BAGUSSSSSSS'
hekk lawak tol laa
but yang penting adalah Ibadah.okeyh. niat jangan terpesong.
after that we're leaving madinah. sedih jugak la. aku rasa macam berat hati jugak la.

me and brother. muka adik aku macam kena paksa kawin. dia pakai ihram.comel jee.
after that singgah ke dekat zulhuzaifah or Bir Ali untuk Miqat. Miqat ialah tempat untuk kita berniat Ihram. Kalau kita nak buat umrah mestilah dalam keadaan ihram. and bila dalam ihram ada pantang larangnya. langgar kena dam yang berat.

Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum ( LELAKI )Mengerat atau memotong kuku.( LELAKI & WANITA )
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya ( LELAKI )Menebang/ Memotong/ Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram
Menutup muka ( WANITA )Memburu binatang buruan. ( LELAKI & WANITA )
Memakai sarung tangan ( LELAKI & WANITA )Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakil kahwin. ( LELAKI & WANITA )
Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. ( LELAKI & WANITA )Melakukan pendahuluan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi & dahi. ( LELAKI & WANITA )
Melakukan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

Menagggalkan rambut atau bulu.( LELAKI & WANITA )

but i warn you. berhati-hati apa yang kita cakap , fikir dan buat. aku dah buat satu silap tu. sampai nangis beria-ria jugaklah. be careful ye.. jaga hati semualahh dekat sana.
another 5 hour in bus. singgah r&r dia qada' hajat,makan kejap and off the road. 
on the way to makkah. keliling kawasan pasir tandus banyak. 
and as usual peraturan di Tanah Haram ni same as Madinah. sesampainya di sana kitorang duduk hotel nama Al Khandak .betul-betul dekat masjidil haram. ikut pintu Bukit Marwah.sesampainya dekat sana , kemas-kemas barang terus buat umrah.
 Masjidil Haram ,Mekah Al-Mukarramah.
waktu sampai tu dup-dap-dap nervous nak tengok macam mana rupa KAABAH yang selama ni menjadi arah kiblat waktu aku sembahyang . tempat semua umat Islam akan sujud bila waktu solat.
tengok wahhh. wooshh tetibe rasa nak nangis.
and after tahiyatul masjid , umrahhh :)
 
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  1. Tawaf
  1. Sai'e
  1. Bergunting atau bercukur
  1. Tertib
yeshhh, paling penat ialah sai'e pehhh. tapi sekurang-kurangnya dapat merasai pengalaman  Siti Hajar berulang alik 7 kali tu. dalah kawasan besar. imagine zaman dulu no fan , takde bangunan selesa. dia berjalan bawah panas. tanpa kelengkapan sempurna. imagine that...

Siti Hajar mencari air kemana-mana, mondar mandir antara bukit Sofa dan Bukit Marwa, kalau- kalau ada air di situ. Perbuatan Siti Hajar ini sampai sekarang dijadikan sebagian dari rukun “Ibadah haji” yang dinamakan Sa’i (pulang balik antara Sofa dan Marwa) sebanyak tujuh kali, dengan membacakan nama kebesaran Allah, mensucikan dan mengagungkan Allah.---- more info   http://www.sufiz.com/kisah-nabi/nabi-ismail-as.html
And after that kitorang balik hotel. before that makan chicken broast. nyummmmmmm sesiapa pegi Makkah should try chicken broast. nak dekat macam KFC tapi bukan KFC.

6 night at Makkah. alhamdulillah. almost every waktu pergi. but kalau lepas buat umrah tinggal la dalam satu waktu. i did 4 umrah. miqat at tanaieem and ji'ranah.

peta miqat
peh aku duduk sana kebanyakkan mak datin dato' pegi. awkward . speaking bagai. tapi dorang ada anak . hensem :{PPPPPPP phesshhh sempat lagi tu.

buat ibadat  dekat sana tenang hati. lega. dekat masjidil haram you can sleep there , eat there as long as jangan kotorkan masjid. tu je. air zam-zam free. drink as much as you want to. don't waste it. aku setiap kali pegi masjid bawak botol air , isi and minum. ahhhhh.


 muka suci. me in front of kaabah. subhanallah.
tempat tawaf sentiasa akan ada orang. always akan ada orang. tapi satu tips * if you want to tawaf atau teringin nak masuk hijr Ismail , pegi waktu dalam pukul 7 - 8 pagi. orang masih ada tapi kurang sikit. boleh selit-selit sentuh kaabah. WANGI sangat . kaabah punya kiswah. kalau korang nak bau macam Kaabah , ada perfume. cakap je dekat kedai , minyak atar kiswah kaabah nanti dia bagi.
tempat mustajab doa dekat kaabah.
1. Multazam- Diantara Hajarul Aswad and Pintu Kaabah.
2. Hijr Ismail - sebahagian dari dalam kaabah.
3. Bawah Mizan - Pancur Emas.

banyak lagi.
okeyh tu je . more post coming up. aku sambung laa bebila masa. tak habis lagi ni. but aku sambung nanti. lek lu jangan bakar komputer ni. aku sambung post ni nanti *loll perasan ramai fans :P

to be continued ...

papaiiii
salam sayang dari saya yang tengah tidur berdiri ni. :P