March 03, 2012

10 days without malaysia

Assalamuaalaikum to all haji and hajjah and future haji and future hajah, insyaallah

hai anda semua. saya pengacara untuk malam ni. saya akan bercerita pengalaman saya menjadi seorang pramugari Mas. oh tipu. 
okay today i want to tell you guys a story.
once upon a time there's a cinderella name Nurul Ai'na. heww . true story

okay actually aku nak bercerita tentang experience aku berumrah and first time ke luar negara.
bertolak dari rumah at 10 o'clock gituew. singgah dulu rumah uncle. makan-makan-makan and hooshh, here i come klia.
Lama jugaklah tak pergi KLIA. kinda jakun di situ. i saw many people . of course airport mesti ramai orang kan :P
aku and family guna Syaza tours. Umraa and Ziarah.
yeah ramai jugak orang dekat situ. aku grup 1. my makcik-makcik,pakcik-pakcik belah umi aku semua datang. alhamdulillah.
belah ayah kelantan. wish dari jauh le yek.

aku buat muka macam mintak kaki saiz 10. and papa pandang like "what the hal wrong with this minah". :P
 and after waiting waiting at the airport for like 4 hours , take off bebeh.Emirates air line. Transit at Dubai first. at first waktu nak passport control agak stuck sebab RAMAI GILA  orang. waktu tu cam pening sikit. yelah 7 hours in flight mau tak masalah jiwa. cramp kaki.but the hospitality in Emirates are 4.9 stars. very good and efficient. hek. and pramugara are really cute.*sheesh pegi umrah pon nak  menggatal lagi.:P* and the food are realllllllyyyyyyyyy goooddddyyy-licioussss. me loike it.
and you have tv where you can choose hundred of movies. and you can see the view outside the plane by the tv. bla.. bla.. padahal waktu tu malam gelap gelita kebende hape aku tak nampak.kejakunan tahap melampau. you can control the reading light by the remote.aku dok main bukak-tutup-bukak-tutup lampu tu. dari jauh lip-lap cam lampu raya.macam-macam lagi la. Malaysia Airlines cancel flight to Dubai. so if you want to go Dubai , you can go by Emirates. nanti korang boleh main bukak-tutup-bukak-tutup lampu macam aku.

arrive.
Again muka mintak kaki saiz 11. hewhew actually aku ngantuk tahap gaban and hungry GILA.*Dubai international airport.
after 2 hours waste at the airport woosh straight to the Hotel. Ramada Hotels.
 ehsan pakcik google.
the hotel is so WOAHHHHH. 4 stars hotel. really big. aku tak ambik gambar. malas lorhh but the room are really big. they got two bedroom and two bathroom and one kitchen. dalam tu they got washing+drying machine,microwave,oven,dapur nak masak,kuali , mangkuk,glass. blaaaa...bla... but seriyesly i like this hotel. but we only stay for one night. my brother and father seperate room. i stay with my makcik sorang, umi and kakak.
woosh. sleep
 morning at Dubai :D seberang jalan shopping complex :DDDDD
that morning breakfast. again sangat sedappppppppppp. dia serve cheese. and i'm a cheesseeeee lover. after sleeping like ular sawa kenyang telan 10 pinggan cheese, off to exploring Dubai.
hei semua. sila tengok background tu. bukan tengok saya yang tengah nganga tu.
burj al-arab. macam menara telekom pun hadoo. watever.
sebelah burj al-arab tu ada place name wadi kebende tah. macam sunway lagoon la jugak. but smaller.
masuk kena pakai bikini or swimming suit. heh tak mungkin la. orang tengok aku pakai bikini maybe tak cukup tanah lari. hewwheww. lagipun berbikini berdosa ya kawan-kawan. kalau nak mandi tak payah berangan la nak pakai swimming suit bagai. sexy. dosa.
lari topic pulak.
 peace from Dubai. please ignore those weird-face tourist. maybe dia pelik minah comel mana la tengah sengih-sengih peace tepi jalan.
 okey tempat mandi tu nama wild wadi. wadi is arabic. in malay maksudnya tak silap aku lembah.
but seriyesly dubai ni kawasan dia berpasir. berdebu je . sebab Dubai ni actually a desert. but transform into a city. that day, sangat windy and cool.
after that jalan kaki pegi satu mall nama kebenda hape tah.dia next to burj al arab tu.
we buy some souvenirs and lunch there at Al-Makan.
emmm... deli-deli-delicious
 emmm tengok gambar ni rasa macam nak telan je komputer ni
that evening we take off to Madinah by NAS air . bye Dubai :)

 super-duper-diaper excited face
 3 hours in flight. wow. Starving. NAS air only serves you some soft drink,plain water and peanut. and the hospitality 2.9. star sorry to say. heh, aku kan kuat makan.
arrive at Jeddah. Hajj terminal. actually it open only on hajj season but since there are too many people , so dia hantar dekat hajj terminal. ramai Orang turki and Hendon. seriyesly.
we pray dekat atas lantai terminal since there is no surau.that's okay. Kiblah semayang atas jalan tar. lagi rock.
hai semua. saya Nurul Ai'na. Panggil Nana Lewmbu.
after 3 hours at the airport, off the road. naik bas pegi Madinah. 6 hours in bus is so tired. rasa nak patah tulang belakang ni.nasib baik dia bagi makan , kalau tak aku transform jadi incredible hulk telan semua. heww ganas sangat larh.

Orang Non-muslim or in other words Kafir are not allowed to enter Madinah Al-munawarrah. Ianya tanah Haram selain Makkah al Mukarramah.

1) Madinah sebagai Tanah Haram
Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan Madinah sepertimana Ibrahim mengharamkan Makkah, dan aku berdoa untuk keberkatan cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Makkah”
2) Amaran melakukan maksiat di Madinah
Sabda Rasulullah SAW : “Madinah adalah Tanah Haram, letaknya di antara Bukit Eir dan Bukit Thur; sesiapa yang melakukan kezaliman, atau melindung orang yang melakukan kezaliman di dalamnya, maka seluruh laknat Allah, malaikat dan manusia seluruhnya; semua malan baiknya samaada yang wajib atau sunat tidak diterima oleh Allah pada hari kiamat”.
3) Bersabar menanggung kesusahan di Madinah
Sabda Rasulullah SAW : ” Mana-mana individu umatku yang bersabar menanggung kesusahan di Madinah, aku akan berikan syafaat kepadanya pada hari kiamat, atau aku akan menjadi saksi untuknya”.
4) Kelebihan mati di Madinah
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa mampu untuk mati di Madinah, hendaklah dilakukannya, sesungguhnya aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di Madinah”.
5) Kelebihan belajar di Masjid Nabawi
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa yang memasuki masjid kami ini untuk mempelajari satu kebaikan atau mengajarnya, ia adalah seperti mujahid di jalan Allah, dan sesiapa masuk dengan tujuan lain adalah seperti orang yang melihat kecantikan barang orang lain”.
6) Madinah terpelihara daripada dajjal dan taun
Sabda Rasulullah SAW : “Di setiap pintu masuk Madinah terdapat malaikat yang mengawasi wabak taun dan dajjal daripada menyerang Madinah”.
7) Madinah sebagai tapak iman
Sabda Rasulullah SAW : ” Sesungguhnya iman akan kembali ke Madinah sebagaimana ular kembali ke lubangnya”
8) Kelebihan solat di Masjid Nabawi
Sabda Rasulullah SAW : “Pahala solat di masjidku ini adalah seribu kali lebih baik daripada solat di masjid lain kecuali di Masjid al-Haram”.
9) Kelebihan solat 40 waktu di Masjid Nabawi
Sabda Rasulullah SAW : “Sesiapa solat 40 waktu di masjidku secara berterusan tanpa meninggalkan satu solat pun, maka ditulis untuknya keselamatan daripada api neraka, keselamatan daripada azabnya dan terlepas daripada bahaya munafik”.
***
Gembiranya, tenangnya, nyamannya, indahnya, berada di bumi Rasulullah SAW…
banyak kelebihannya and ada jugak LARANGAN-LARANGANNYA.

1. Seseorang tidak patut memasuki Tanah Haram Makkah melainkan dengan niat ihram (Wajib). Sementara ulama mazhab Syafie berpendapat, niat ihram ketika memasuki THM adalah sunat.

2. Binatang buruan di kwsn ini adalah HARAM diburu, sama ada oleh mereka yg berihram atau tidak, kecuali binatang berkenaan amt merbahaya dan biasanya akan menyerang manusia.
3. Setiap tumbuhan yang masih hidup dan tumbuh sendiri dan bukan ditanam oleh manusia dlm THM ini adalah HARAM dipotong/ditebang kecuali pokok al-Izkhir.
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ فَتْحِ مَكَّةَ إِنَّ هَذَا الْبَلَدَ حَرَامٌ حَرَّمَهُ اللَّهُ لَمْ يَحِلَّ فِيهِ الْقَتْلُ لِأَحَدٍ قَبْلِي وَأُحِلَّ لِي سَاعَةً فَهُوَ حَرَامٌ بِحُرْمَةِ اللَّهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ لَا يُنَفَّرُ صَيْدُهُ وَلَا يُعْضَدُ شَوْكُهُ وَلَا يَلْتَقِطُ لُقَطَتَهُ إِلَّا مَنْ عَرَّفَهَا وَلَا يُخْتَلَى خَلَاهُ فَقَالَ الْعَبَّاسُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِلَّا الْإِذْخِرَ فَإِنَّهُ لِبُيُوتِهِمْ وَلِقَيْنِهِمْ فَقَالَ إِلَّا الْإِذْخِرَDari Ibnu Abbas, Rasulullah SAW telah bersabda, Ini adalah negeri yang Allah haramkan sejak dijadikan langit dan bumi. Ia telah menjadi haran dengan hukuman Allah SWT sehingga hari qiamat. Ia tidak boleh dipotong durinya, tidak boleh diganggu buruannya, tidak boleh diambil sesuatu yang tertinggal tanpa tuan di dalam kawasannya kecuali bagi mereka yang mahu mengiklankannya dan tidak boleh dicabut rumpunya yang hijau. Maka kata  al-Abbas, Ya Rasulullah SAW, adakah dikecualikan al-Izkhir. Isa digunakan dalam pekerjaan dan juga untuk rumah mereka, maka jawab Rasulullah SAW, dikecualikan al-Izkhir.Hadis Riwayat Ahmad, lihat juga hadis riwayat Bukhari dgn lafaz yang berbeza.Walau bagaimanapun, memotong sebarang pokok yang ditanam oleh manusia spt pokok kurma, delima, gandum dsb atau memotong rumput yang telah mati, tidak menjadi satu kesalahan. Begitu juga perbuatan membunuh gagak, ular, tikus, anjing garang atau mana-mana binatang yang tidak termasuk dalam jenis binatang buruan, tidak menjadi kesalahan.
4. Tanah serta anak batu dari THM adalah tidak dibenarkan dibawa keluar. Sementara ulama Hanafi berkata ia adalah harus dan tidak mengapa...
5. Jamhur ulama' menetapkan bahawa orang kafir tidak dibenarkan memasuki THM, sama ada utk menetap atau utk lalu shj. Abu Hanifah pula mengharuskannya selagi mereka tidak bermastautin.
6. Sesuatu benda yang tercicir dan tidak diketahui siapa tuannya di THM, adalah haram diambil utk dimiliki. Ia hanya halal utk diambil oleh org yang mahu mengiklankannya sahaja.
وَلَا تُلْتَقَطُ لُقَطَتُهَا إِلَّا لِمُعَرِّفٍ
Barang tercicir (Luqathah) di sana (THM) tidak boleh diambil kecuali oleh orang yang mahu mengiklankannya. Hadis riwayat Bukhari.  Lihat juga hadis riwayat Abu Daud dan Ahmad dgn lafaz yang berbeza.7. Mereka yang melakukan pembunuhan di THM dikenakan diyat yang lebih berat.
Menurut Imam Ahmad ialah tambahan drp bilangan diyat  dgn kadar 1/3 drp diyat yang asal.
8. Haram mengembumikan org Kafir di THM atau mengali kuburnya.

larangan-larangan di Tanah Haram Madinah sama sahaja dengan Tanah Haram Mekkah. 
aku stay dekat sana for only like 3 nights only.
aku beli dalam 2 helai jubah. satu tips * don't buy Jubah at madinah tapi beli dekat Makkah is more cheaper. makkah banyak kedai jual souvenir yang murah-murah.
Masjid Nabawi , Madinah Al-Munawarrah.
yup aku melawat Makam Nabi. terharu and crying. tapi nampak separuh pintu je. since perempuan dilarang mendekati makam nabi. aku tak tahu kenapa. tapi ada sebab di sebaliknya.maybe perempuan ni kan emosi sikittttttttttt. perempuan 9 emosi satu akal. lelaki 9 akal 1 emosi. you know je leww. maybe takut buat perkara yaang dilarang.lagipun perempuan tak berapa elok menziarahi kubur. dikhuatiri jugak.
after that pergi raudah. raudah ni terletak between Makam Nabi and Mimbar Nabi. Rudhah is one of the taman-taman Syurga. kawasannya amat pack. penuh gila orang. but alhamdulillah aku doa and suddenly i got a space untuk solat. even though memang ramai orang tapi aku ada ruang. doa dekat situ memang makbul. insyaallah.aku doa banyak la. rahsia . hehehehehehehe.
alhamdulillah hampir semua waktu aku pergi masjid tapi waktu subuh gila susah bangun. hesyhh :P
makan dekat situ sedap-sedap. aku selalu makan bertambah. Alhamdulillah. makin 'sihat' duduk situ.
Ziarah dekat pasar kurma and coklat. pehhh coklat and kurma makan free-free je. as long as jangan bawak keluar makanan tu dari pasar tu adalah halal.
ada some funny part dekat situ between umi aku and penjual tu.

u : Saya nak gelang ni berapa?
P: 35 Riyal. Halal halal halal
u: Alaa bagi 20 Riyal laa. Halal halal halal
P: *buat muka jiwa kacau* haram haram . 30 riyal.
u: 25 riyal .boleh aaa? *muka mengharap*
P:okeyhhh *muka pasrah*
peniaga dekat sini boleh cakap melayu. pelat-pelat tapi okey lawak jugak but best. kalau nampak je ' malaizia,malaizia BAGUSSSSSSS'
hekk lawak tol laa
but yang penting adalah Ibadah.okeyh. niat jangan terpesong.
after that we're leaving madinah. sedih jugak la. aku rasa macam berat hati jugak la.

me and brother. muka adik aku macam kena paksa kawin. dia pakai ihram.comel jee.
after that singgah ke dekat zulhuzaifah or Bir Ali untuk Miqat. Miqat ialah tempat untuk kita berniat Ihram. Kalau kita nak buat umrah mestilah dalam keadaan ihram. and bila dalam ihram ada pantang larangnya. langgar kena dam yang berat.

Memakai pakaian bersarung atau berjahit dan bercantum ( LELAKI )Mengerat atau memotong kuku.( LELAKI & WANITA )
Menutup kepala atau sebahagian daripadanya ( LELAKI )Menebang/ Memotong/ Mencabut pokok-pokok di Tanah Haram
Menutup muka ( WANITA )Memburu binatang buruan. ( LELAKI & WANITA )
Memakai sarung tangan ( LELAKI & WANITA )Berkahwin/ Mengahwinkan/ Menerima wakil kahwin. ( LELAKI & WANITA )
Memakai bau-bauan samada di badan, pakaian, makanan, minuman atau menghidunya ke dalam hidung. ( LELAKI & WANITA )Melakukan pendahuluan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

Memakai minyak di kepala atau janggut dan selain daripada yang tumbuh di pipi & dahi. ( LELAKI & WANITA )
Melakukan persetubuhan. ( LELAKI & WANITA )

Menagggalkan rambut atau bulu.( LELAKI & WANITA )

but i warn you. berhati-hati apa yang kita cakap , fikir dan buat. aku dah buat satu silap tu. sampai nangis beria-ria jugaklah. be careful ye.. jaga hati semualahh dekat sana.
another 5 hour in bus. singgah r&r dia qada' hajat,makan kejap and off the road. 
on the way to makkah. keliling kawasan pasir tandus banyak. 
and as usual peraturan di Tanah Haram ni same as Madinah. sesampainya di sana kitorang duduk hotel nama Al Khandak .betul-betul dekat masjidil haram. ikut pintu Bukit Marwah.sesampainya dekat sana , kemas-kemas barang terus buat umrah.
 Masjidil Haram ,Mekah Al-Mukarramah.
waktu sampai tu dup-dap-dap nervous nak tengok macam mana rupa KAABAH yang selama ni menjadi arah kiblat waktu aku sembahyang . tempat semua umat Islam akan sujud bila waktu solat.
tengok wahhh. wooshh tetibe rasa nak nangis.
and after tahiyatul masjid , umrahhh :)
 
  1. Niat ihram mengerjakan umrah
  1. Tawaf
  1. Sai'e
  1. Bergunting atau bercukur
  1. Tertib
yeshhh, paling penat ialah sai'e pehhh. tapi sekurang-kurangnya dapat merasai pengalaman  Siti Hajar berulang alik 7 kali tu. dalah kawasan besar. imagine zaman dulu no fan , takde bangunan selesa. dia berjalan bawah panas. tanpa kelengkapan sempurna. imagine that...

Siti Hajar mencari air kemana-mana, mondar mandir antara bukit Sofa dan Bukit Marwa, kalau- kalau ada air di situ. Perbuatan Siti Hajar ini sampai sekarang dijadikan sebagian dari rukun “Ibadah haji” yang dinamakan Sa’i (pulang balik antara Sofa dan Marwa) sebanyak tujuh kali, dengan membacakan nama kebesaran Allah, mensucikan dan mengagungkan Allah.---- more info   http://www.sufiz.com/kisah-nabi/nabi-ismail-as.html
And after that kitorang balik hotel. before that makan chicken broast. nyummmmmmm sesiapa pegi Makkah should try chicken broast. nak dekat macam KFC tapi bukan KFC.

6 night at Makkah. alhamdulillah. almost every waktu pergi. but kalau lepas buat umrah tinggal la dalam satu waktu. i did 4 umrah. miqat at tanaieem and ji'ranah.

peta miqat
peh aku duduk sana kebanyakkan mak datin dato' pegi. awkward . speaking bagai. tapi dorang ada anak . hensem :{PPPPPPP phesshhh sempat lagi tu.

buat ibadat  dekat sana tenang hati. lega. dekat masjidil haram you can sleep there , eat there as long as jangan kotorkan masjid. tu je. air zam-zam free. drink as much as you want to. don't waste it. aku setiap kali pegi masjid bawak botol air , isi and minum. ahhhhh.


 muka suci. me in front of kaabah. subhanallah.
tempat tawaf sentiasa akan ada orang. always akan ada orang. tapi satu tips * if you want to tawaf atau teringin nak masuk hijr Ismail , pegi waktu dalam pukul 7 - 8 pagi. orang masih ada tapi kurang sikit. boleh selit-selit sentuh kaabah. WANGI sangat . kaabah punya kiswah. kalau korang nak bau macam Kaabah , ada perfume. cakap je dekat kedai , minyak atar kiswah kaabah nanti dia bagi.
tempat mustajab doa dekat kaabah.
1. Multazam- Diantara Hajarul Aswad and Pintu Kaabah.
2. Hijr Ismail - sebahagian dari dalam kaabah.
3. Bawah Mizan - Pancur Emas.

banyak lagi.
okeyh tu je . more post coming up. aku sambung laa bebila masa. tak habis lagi ni. but aku sambung nanti. lek lu jangan bakar komputer ni. aku sambung post ni nanti *loll perasan ramai fans :P

to be continued ...

papaiiii
salam sayang dari saya yang tengah tidur berdiri ni. :P