April 09, 2012

love for emelda

assalamuaalaikum,

heww balik rumah tukar tv , iklan akasia keluar setepek muka si pelakon dunia baru tu. aku pelik manelah boyfren lap youu aku tu. ohhhhhhh. cerita baru


Diadaptasi daripada novel Kasih Antara Kita, drama ini berkisar mengenai kehidupan Emelda yang mula berubah sejurus kehadiran Dania, anak kakaknya, Emira.

Sejak Dania di sisi Emelda, hubungan Emelda dengan adik lelakinya, Emeriz mula renggang. Tanpa diduga, Emelda bertemua Aeril Fatah yang merupakan seorang doktor yang memberi ceramah di tadika Dania.

Sejak pertemuan itu, Aeril sering termenung sambil teringatkan kenangan bersama Emira. Rupa paras Emelda seiras kekasihnya Emira yang meninggal dunia akibat kanser.

Aeril begitu berminat untuk mengenali Emelda. Bagi Emelda, dia sangat mengenali Aeril dan masih menyimpan gambar lelaki itu sejak tujuh tahun lalu. Pada masa sama, Emelda gusar jika Aeril akan merampas Dania daripadanya.

Akhirnya Emelda mengaku yang Dania ialah anak luar nikah Aeril. Lama-kelamaan hubungan Aeril dan Dania menjadi semakin rapat sehinggakan Dania memanggil Aeril, Papa. Lantas Aeril mengambil keputusan untuk mengahwini Emelda. Emelda akhirnya rela memperjudikan nasibnya bersama lelaki yang bernama Aeril Fatah, demi Dania, dia tetap mencuba sedaya upaya yang boleh.

Bahagiakah perkahwinan yang dibina bukan atas dasar cinta? Mampukah Aeril menawan hati Emelda? Apakah rahsia yang disimpan oleh Aeril mengenai kehidupan silamnya tujuh tahun lalu? Jangan lupa saksikan Cinta Buat Emelda.
okay cerita ni diadaptasi dari novel KASIH ANTARA KITA. aduss sikit-sikit adaptasi. takde idea dah kee pengarah-pengarah oiii. amboii nana sedap kau cakap , meh ce try buat drama. ketaq lutot kauu.
kalau aku buat drama tak main adaptasi bagai. cerita sendiri asli punyaa. bagaimana pelajar sekolah kiblah menemui cinta sejatinya. hehe kena tembak sedas :PPPPPP

Emelda sama sekali tidak menduga begini lipatan takdir yang dijanjikan untuknya. Namun dia tetap pasrah dan reda dengan setiap ujian yang datang. Yakin... Sesukar mana pun perjalanan hidup, masih ada keindahan dan kemanisan yang akan dikecapi. Lantaran itu, dia rela bila melihat derita yang ditanggung oleh si kakak.

Jika inilah yang dinamakan pengorbanan, dia tahu dia telah melakukan pengorbanan yang tidak ternilai harganya. Masa depan dan harga diri! Namun, apa pilihan yang dia ada? “Tapi... dalam hidup ini tidak semua yang kita ingini akan kita dapat malah kadangkala kita terpaksa berkorban hati dan perasaan. Apa lagi bila melibatkan perasaan orang lain.” Akur dengan kata-kata itulah, Emelda akhirnya rela memperjudikan nasib bersama Aril Fatah. Meskipun saat memandang wajah itu tidak ubah seperti melihat kertas putih. Tapi demi Atiea dan Dania, dia tetap mencuba sedaya yang boleh.

Walaupun dia tahu, bila kebenaran terbongkar, dia yang akan karam sendiri! “Benarkah perkahwinan tanpa cinta itu teguhnya seperti sebuah istana pasir? Diusik ombak, pasti akan goyang. Apatah lagi jika gelombang yang tiada taranya.” Lantas hati kecil Emelda bertanya, “Inikah balasan atas pengorbanan yang kulakukan selama bertahun-tahun ini?” Sedangkan dalam waktu yang sama, Aril Fatah leka memikirkan kata-kata tulus Hakimi yang lebih kepada cabaran. “Kalau benar sayang, berusahalah untuk mendapatkan cintanya!” 
dekat atas ni sinopsis novel. ek eleh beza nama je pong. aeril fatah vs aril fatah. aerilllll sangat lah kan. omputih wa cakap lu. tapi sejujur-jujur-jujurnya aku belum tengok lagi cite ni dekat tv. aku just ushar-ushar dalam youtube jeww. bolehh laa tahan maco abang fizo tuu =-='
tapi novel dia memang superbb gila. aku baca banyak kali. tu pun pinjam kawan. tapi aku suree ahh dia akan dicetak semula.yelah cite tengah hot.

okey ramai-ramai serbu tv3 pukul 7.00 okeh. tapi sila stop 7.25 untuk solat maghrib lepastu hengkau sambung la tengok sampai terkeluar bijik mata , meleleleleleh air mata watever lah kan.

p/s: nak balik kiblah. seram jehhhhhh takut nak jumpa ustazah.nanti kena cubit dkt perut. dahla barang sekolah belum amik lagi.
adios