November 22, 2012

Hyun Bin is my new pakwe??

assalamuaalaikum

kenapa aku tertengok cerita korea?
kenapa?
adakah sebab orang lain duk sibuk post status dia dah habis tengok berapa episod bla..blaaa.... hero hensem tahap nazak lahh
aku terpengaruh
oh tidak
terjun tingkap

hensem tak? hensem tak? alah aku tahu air liur meleleleleh depan skrin. aku tahulah korang :PP *unless korang laki aku risau lah jugak*

aku hanya kenal Kim Hyoon Jung, Lee Min Ho and Hyun bin . artis-artis korea laki. pompuan , Song Hye Kyo sorang. banyak-banyak group kepop tu, sekor pun aku tak kenal. adakah aku yang tak ikut perkembangan semasa or aku memang tak suka muka jambu air dorang tu? *eleh kalau lalu depan mata 5-10 kali aku tenung*
ntahlah.
oppa saranghae.oppa kamsahamnida.oppa opah kau la . nipun terpengaruh novel. duk sarang sarang dalam novel tu.

aku tak paham kenapa ada sesetangah orang, diulangi sesetengah orang lah kan dedicated their whole precious time for kepop. diulangi sesetengah orang. kang ada kepopers yang mengamuk datang bakar rumah aku. nana suka buat lawak.
boleh la kalau sikit-sikit kan. tapi dia makan apa, oppah dia tweet apa, dia pegi mana semuanya dia hapdate. kengkadang aku tengok, sedeyh sikit laa. it's okay kalau nak cerita tentang grup or artis or pelakon kegemaran dia, tapi kalau sampai macam tu sekali? 24 hours. belum tambah aku belog walking, satu belog penuh kpop.
bahaya bila kita terlalu obses. jadikan mereka sebagai idola.Bukan mereka yang patut kita agung-agungkan.
patutnya idola contoh yang terbaik sekali adalah Rasullah S.A.W.

tak salah kan nak kepop kepop and watching they olss punya drama. macam aku ecehh. tengah tengok playful kiss *baru episod satu dah kecoh luu*
tapi hadkan lah ya. :D
hah yang beliebers ke apa-apa lah kan, anda nak jadi peminat tegar-segar-bugar tu boleh, H-A-D-K-A-N. aaronators ke, eh?
minat artis apa pon walau dia dari Malaysia sekalipun , apa yang kak nana cakap tadi, hadkan

-pesanan ikhlas dari Pengerusi persatuan mesyuarat tingkap Batu 5

adios