December 31, 2012

hot giler kau punya banner

assalamuaalaikum to all blogger tegar, facebooker tegar, twittereerr tegar dan manusia yang normal.

Elehh, takde efbee, gebang kot.

so i've change a little thing in my blog.
look so superbly different right?
banner dia aku rasa cam "why not i change it from a girly-ish style to urmm, cat-ish style"
Gambar cilok from pakciks google yang baik. gambaran sebenar waktu aku tengah ber-blogging
or in a real life.
jerit macam nak beranak.
pastu aku letak iklan and shoutbox sebab saya harian!!!! so banyak masa nak cekidaut-cekidaut.

bayangkan waktu akad nikah, suami kau sarungkan gelang ni pastu dia cium dahi kau dan tiba-tiba kau terbangun, rupanya mimpi and then you reliaze you just pee on your bed *lempang lapan juta lima ribu kali*
BARANG SEKOLAH SEMUA DAH BELI. WHY OH WHY WHY!!?!?!?!?!?!
TAKLEH BUAT ALASAN
"PA NA TAKLEH PERGI SEKOLAH SEBAB PEN TAK CUKUP. PITY ME T_T"

so sekarang wating for the day.hari yang lebih menyeramkan daripada waktu amik pmr.
soooooo scary-merry-go round meh.

pray for me, pray /
Ya Allah permudahkanlah hari-hariku disekolah baru. Temukanlah aku dengan teman yang baik dan berharap sangat budak sekolah tu tak jumpa blog aku.

Hari tu semalam punya semlam. Aku goreng popia durian. okey nak promote jap, popia durian jenama apa tah aku beli kat Tesco amatlah MARVELOUSSSSSSSESESESS. patut beli and cuba, nyum
Okay teruskan cerita.Aku panaskan minyak and then goreng popia. Bila popia tu dah start kekuningan, kena angkat or else isi durian tu meletops letops and you don't want that to happen.
i olss angkat lah cecepat and then........
POPPPPPSPSSPSPSPSPSPSPSPSPPSPSSPSSSSS!
ISI DURIAN TU MELETOP JUGAK AMIK KAU MELOMPAT NANA.
AND THEN ISI DURIAN TU KENA MUKA WHICH IS SO DAMN HOT.
SCENE LOMPAT MACAM BERUK KEJAP.
muka rasa macam pijar-pijar. and then muka tu naik bijik-bijik berair.
besok pagi naik parut macam jerawat, but A LOT WORSE
hahaahaahahahahhah waktu nak masuk sekolah tulah semua benda menginap kat muka.
tapi popia durian tu sedap, so takdelah bad sangatkan.
nak post gambar, i think is not necessary
malu ittew lahh

this is me , crying like a baby, while eating popia durian. so good.

so that's all for today.
aku dah jarang post masak-masak kan.
malas kot. baik post gambar kucing aku duk buat aksi panas.

 HOT GILERSSSSSS . OHEMDEEE POSING MAUT
 PEH TERGODAAAAAAAAA.

Okay enough of the merepeksssss.

adios

p/s: tonight, we are young , so let set the world on fire, we can dieeee togetherrrrrrrrr.

December 29, 2012

So saya masuk sekolah rendah

Assalamuaalaikum,

Im on my way to keyelll
Beli barang gila  eksaited. Dah nak masuk form four, aku still rasa gila gempak. Nak beli baju bla,bla,bla,bla
Pernah tak rasa eksaited camtu.
Pehhhhh, rasa macam nak nikah.

Teruk kan?

adios

P/s: my beautiful planner. Ahaks tunggulah hujung tahun. Disasterousssss

the choice i must choose

assalamuaalaikum to anak dara, bujang,duda,janda dan sekalian makhluks,

so, i'm officially becoming the student of SMK Raja Ali.
Nasib baik raja ali got KAA (kelas aliran agama) dan dia dekat dengan rumah, which is so heavennnnnn :D

tapi aku terpikir nak ke apply SABK (sekolah agama bantuan kerajaan)
sekolah tu ada Sijil Menengah Agama, nak ambik tak nak ambik tak??
so konpius di situ kan
and Bahasa arab tinggi, nak ambik tak nak ambiktak.
so pening di sini kan.
Kakak aku kata sayang, jangan lepaskan bahasa arab sebab dah belajar since umur kanak-kanak ribena, and kalau lepaskan, poof, sayang je.
aku tak nak amik sebab BAK C PMR HARI TU, SEYDIH LA ITTEWW :'(
takut tak boleh nak ,apa ayat tu, kuasai.

Sekolah pulak, ada apply smka. Aku nak harian. Dalam masa yang sama nak sekolah yang baik. sekolah yang dikehendaki jauhhhhhhhhhh. huhuhu, ngada-ngadas betul.
Mak aku kata pulak, doa mintak sekolah yang terbaik untuk diri KITA, bukan untuk orang lain, bukan untuk sesiapa.

Aku konpom science. And dah pergi raja ali.
the school is super big, tapi dia tersorok. Ayarkk, sesat nak gi sekolah. bagus lah , boleh lepak the store. citt the store tu supermarket, apa kerja lepak situ. beli ayam, milo, sayur.
lepak kfc, makin debab laaa.

Dia kata masuk sekolah hari rabu, bapak awal. okey taklah awal sangat.
Kiblah masuk hari Selasa. hahaha
kuajak, gelak bekas sekolah.

Sekarang just doa dapat yang terbaik buat aku.

and maru atas katil aku buat harta. Amboi, tuanmu bengkak mata macam baru lepas wrestling dengan the rock ni, bagilah aku tidurrrrrrrrrr.

ohya belog kawan iffah dah siap. Yaya Fenasizs. boleh la kalau nak follow.
nak mintak belog anda diedit boleh sajaaaaa :)
~sendto_nana@yahoo.com
free of charge. kalau nak derma seikhlas hati, ai sudi jewwwwww




adios

p/s: rasa macam eksaited nak gi sekolah baru. arghhghgghg peliknya rasa


December 26, 2012

I know someday, a brighter day will come.

Assalamuaalaikummm

Albert Einstein once said:

"The important thing is not knowledge,  but IMAGINATION"

Yeah my einstein bobble head said that.
Creepy but inspiring bobble head.
Terminat pulak, waktu tengok cetita night at museum.

Goyanggg

Buku fixi

Assalamuaalaikum

Kenapa tajuk macam nama basikal?
Hehe, leh, buku Fixi.
I found out about that book company like 2 years ago, waktu tu cam,citttt cover sumpah simple.
Satu gambar je.
Buatlah cam novel lain, warna warni or banyak gambar.
And then i realise, there's a quote saying,

"Don't judge a book by its cover"

Sentap mak. So sekarang aku dalam sebuah quest, quest untuk mencari buku fixi, which is agak payah la jugak.
Macam mana aku boleh tergoda ngan buku ni.
Ekshelli, aku terbaca salah satu sinopsis novel tajuk Ngeri.
And memang sinopsis nya ngeri bangat. And aku suka novel ngeri. Salah satu novelis aku suka ialah ramli awang murshid. Satu novel dia tajuk Vila apa-ntah.

Waktu tu aku baca kat sekolah lama aku,Ilmi. Waktu malam. Baru habis orientasi. Dekat asrama ilmi. Aku jumpa buku budak lama kot, dah lunyai kulit buku tu, tapi apa kesah. So baca laaa. Waktu malam tu baru habis orientasi, so, ramai balik and my father refuse to take me home, yelah, ngada-ngadanyaaa. Fine :P
So bacalah. Aku tumpang katil sapa ntah. Katil tu tempat budak kena histeria. That night waktu orientasi, ada yang kena histeria. Aalah hister-akunakbalik tulah. Aku nak try tapi, nanti aku rasa nak gelak. Aku gelak dah la comel. Orang histeria mana ada gelak comel-comel. So plan tu tak menjadi.
Ada yang main-main punya histeria, and ada yang betul-betul. And i'm sleeping on the betul-betul-histeria-budak punya katil.
Pastu sambil baca novel Vila-apantah tu lagi tambah rasa sherammm tu.
So itteww terus baca. Tak rock la kan cuak -cuak.
Dia cerita pasal orang datang vila tu and terokai misteri vila tu, which is kisahnya amat seram nak mati. Ending cam lagi rasa nak tarik rambut kuat-kuat. Sedih kot endingnya.
Ada stu bunga tu akan buat kita rasa, orang yang dah tak ada (mati or hilang etc,etc) muncul semula, dan kita seorang je yang nampak which is soooo freakyyy okay. Sebenarnya orang tu tak muncul pun, cuma kita yang berhalusinasi. Sangat damn okay. Mana tau, kakak or adik or pakwes kita tu sebenarnya hallucination kita?
Arkk, aku kena check adik aku lepas ni.
Nanti carik la novel tu.

Okay kembali pada story fixi tu, ianya satu syarikat yang menerbitkan buku-buku urban contemporary which is very rare to me. Au ada baca sinopsis-sinopsi novel dalam tu, ayark, naik bulu roma hidung ketiak semua.
Yelah over peliks but somehow it keep pulling me . Buy me buy me.
So aku nak beli. Tapi not now lah kan.

So go to: www.fixi.com.my

See you there.

Adios



December 25, 2012

Motip??

Assalamuaalaikum,

On the way To kiblah. Singgah jap sricu, jumpa cikgu ummi, guru besar lama. Rinduu sangat. Ku kenal dia waktu tadika lagi. Dia jaga aku ngan kakak aku dengan baik. Well bukanlah dia nanny ke hape, tapi kalau urusan sekolah, ke ape, dia tolong ngan sedaya dia.
Terima kasih cikgu ummi.
:)

Payah gak kan nak transfer from sekolah swasta to sekolah kerajaan. Takpe chayok chayok.
Kalau nak masuk sma or kaa, kena transfer smk biasa dulu . Ayark! Malas ahhhhhhh.
masuk raja ali,  lagi laaaaaa.
Diy okay kot, since kat sana adalah kenal-kenalan. Echhh,
Aku kalu boleh takmo sekolah sekitar 2 batu dari rumah, why? Becos malas ahh, nanti bebalik jumpa old friend yang aku takmo jumpa. Raja ali, no offence , but ada orang yang tidak digemari di situ.
Ahhahahhah pastu malu okay. Nak campur balik. Sebab dah terbiasa at kiblah yang mengawal ketat pergaulan lelaki and perempuan, and tup-tup, hai smk-lelaki-perempuan-boleh-geng-.
No bukan diskriminasi. Sebab bila kita pergi mana-mana pun,akan bercampur jugak. Tak boleh ngelak untuk selamanya kan. Tapi, u know, malu lah kan.
And bapak aku kata transit sana at least a month dulu. Ah, *nanges
So boleh bergantung harapan pada teknik, which is resultnya akan dikeluarkan next week, dan aku goyang lutut mau nangessssss.
Ayark, sekolah je pun. Aku takut masuk smk, jadi like dulu.
Waktu form 1dulu. i don't have any friend for like 4 or 5 month gitu. Kalau kawan pun gitu-gitu je.People don't want a friend who is a freak like me. Aku sedih banyak nangis and study, lupa kawan jap. Selalu duduk dalam library waktu rehat ( coz i don't have any friend to spent my rehat with), dapat lah naik kelas pagi which is hanya form 1 D and form 2 D sahaja.
Dapatlah kawan yang baik :)
And i'm afraid , it will happen , AGAIN! Bila masuk smk raja ali nanti.
Sigh.
Why? Why? Why?
Ada sekolah yang aku nak, like al-amin, kat gombak. Bye laa. Jauh kot.
Okay yakin, you can make new friends, in a new environment. New school, with a different teacher. New school uniform.
Dahla, belum apa-apa jadi, kau nak stress buat apa kan?


Takpe doa bebanyak.aminnnnnn

December 22, 2012

Dudeeeeee

Assalamualaikum to yalls

Pegi one utama andd then jumpa makanan eksotik ni. Takdelah eksotik mana. Haha.okay nama nya macaroon. Aku tengok orang kemain suka ngan benda alah ni. Amboi cenonetnya, tapi sebijik 3.30. Ahh pengsan lima hari. Okay bangun balik,  aku trylah yang pakejnya 6 biji, rm 19. Lagilah nak pengsan sampai SPM. Tapi bangun balik.
Belilah 5 perisa. 2 hazelnut praline,strawberry,orange choc, choc ganache,peqnut butter,
Okay marilah merasa.
Peg ng kuat, rorrr hancur. Takdelah hancur sangat, tapi retak gitu. Mammmmmm
His p sikit lama -lama,  dia cam cair. Sedapppppppp. Tapi levih baik buat sendiri, yedak. Itupun kalo terror lah.
Okay malas nak tulis pepanjang.

Adios

December 19, 2012

Bila aku nak ambik result PMR, rasa macam nak pegi nikah.

Assalamuaalaikum to uolss

Okay pedulikan tajuk mintak pelempang tu.
Alhamdulillah, aku dah pegi amik result PMR. Dalam pukul sebelas gitu.

Okay flash back

*Malam sebelum result*

Tak boleh tidur. Pusing kiri, pusing kanan. Pusing kiri depan belakang atas bawah, golek atas lantai. TAK BOLEH TIDUR.
So bukak tv, dalam pukul dua camtu kot. Tengok la Mustika HD. Adam Dan Hawa.
Kenapalah si Ain tu aku rasa mcam nak tembak -tembak je dia. Aaron eh Adam tu punya lah setia. 8 tahun tau. Aku nak tahan berak 10 minit pun tak tahan. Apatah lagi 8 tahun.
Okaylah mungkin watak dia memang macam tu. Trauma sebab kena tangkap basah. Malu wok. Aku suka pelakon watak si Ain tu. Nadiya Nisaa tak silap. Watak dia cool and tak over. Sangat natural. Aku first tengok dia waktu dekat citer Cun. Dah la lawak plus sedih. Pandai gila ah dia jadi budak autisme. Memang natural je. Aku suka artis camni. Tak over sangat.

Habis Adam Dan Hawa aku masuk bilik. Aish, memang camni eh perasaan orang nak amik result? Aku punyalah takleh tidur, sampai khatam satu novel tau. Projek memikat suami. Cerita jiwang tuuuu. Still tak boleh tidur.
Dah zikir pastu pergi kacau Maru. Pehh maru jeling siot. Marah lah tu aku kacau sleeping time dia. satu hari tidur. apa kesssss. Akhirnya aku give up, and almost pukul empat, i drift awayyyy.

Bangun pagi subuh and tidur balik. Nasib set jam. Pukul 9 bangun balik . Makan and everything semua. Wah ayah aku balik kerja. Mukanya ceria cerah bercahaya. Macam papa aku pulak amik result. Ofkos la di eksaited kanss. Anak nak amik result. Adik aku pun ceria.
Aku tak payah citer, semua jenis zikir baca cuak sangat.
Dalam kereta,papa aku pasang sinar.fm aku mintak tukar hot.fm. Lagi rock. Tak tenang hati. Lastlast pasang maher zain. Uuuuuuuu.. Sejuk hatiikuuu.
Akhirnya sampai kiblah. Aduh, gempak dalam fb pukul 11, tapi enggak ramai orang sangatla. Banin je lah. Malu tau *blushing* statement mintak kaki.
Pastu nampak alia. Wahh penyelamat. Masuk pejabat je, semua dalam pejabat ushar,
what? Au pakai tudung pink. Comel apa. Ustaz shahz jaszle tanya, 'kamu aina ke'?
Yelah takkan siti nurhaliza pulak. Okay dia tak tau. Tapi cam gempak kan. Aku dah imagine macam-macam tau.
Pastu nampak ustaz zahar. 'Pindah ke'
Aiyoo ye lah. Saya nak sains ustazzzz. Kalau ada sains kiblah, insyaallah saye stay.
Akhirnya setelah dum dam dum dam, dapat result
Sikit lagi nak pengsan. Aku siap peluk kak jiha. The kiblah punya kerani. Salam tangan banyak kali. Ayarkk. Pastu jumpa cikgu fatihah. Pastu jumpa ayah aku konon nak buat muka sedih. Tak jadi lol. Aku terus pulak. Kuat giler aku peluk. Macam dapat result SPM pulak.
Pastu adik aku peluk. Dengan anak kucing yang main-main kat situ pun aku peluk. Banin kat belakang tu mesri pikir
'Watdeheven minah tudung pink ni'
Okay atau pun aku yang perasan.
Alhmadulillah alhamdulillah alhamdulillah, itu je yang mampu aku ucapkan. Walaupun waktu pmr setiap paper aku wajib tidur, kecuali math paper 1, aku dapat result yang aku kira sangat baik.
Sangat bersyukur. And aku menyesal buat B.arab sambil lewa. 2jam 30 minit dia bagi, 30 minit aku jawab, satu jam tidur, sebelum lagi satu jam nak habis aku keluar. Haih janganlah ikut eh.
Lagisatu, habit tidur waktu periksa aku tak boleh elak langsung. Ngantuk je. Kena ubah ni.

Alhamdulillah aala kulli hal
Terima kasih ya allah, guru-guru yang setia mengajar aku yang seorang slow ni. Terima kasih ibu bapa aku yang setia dengar aku meluahkan rasa kekeciwaan pasal exam, kakak yang mengajar b arab and math. Sorry ya, arab tak lepas. Terima kasih kwan-kwan yang jadi teman belajar. Terima kasih ah semua. Terima kasih maru, waktu aku saket hati, kau jadi mangsa. Syukran syukran. Jazakallahu khairan kasiraaaaaaa

Walweh ucapan panjang gila. Kalau result spm lagilah..

Dunia ini hanyalah perhentian semata-mata. Janganlah terlalu bergantung pada peperiksaan di dunia kerana peperiksaan di akhirat lagi susah. Belum tentu dapat jawab. Tapi jangan kita berhenti berharap dan hanya fokus pada akhirat. Seimbangkan dunia n akhirat. Belajar kerana hendak mecapai redha allah. allah suka hambanya yang berusaha. Jangan berhenti berusaha. PMR ni bukan penentu segala-galnya. Kita ada spm. Ada periksa di u nanti. Lepastu kerja. bla..bla..bla..Banyak lagi ujian hidup yang akan kita tempuh. Ini hanyalah ujian kecil je. Jadi berdoalah pada allah banyak-banyak.
Sorrylah aku tak pandai buat ayat.

Ohya ardini idris, kaki manga and novel tu dapat 9A. Jelesssssssss. Ah, ikut hati aku cilok slip dia.padam nama dia, letak nama aku. Huahaha kejam pulak. Apapun tahniah ma friend :)

And baru aku perasan tahun 2012 bakal berakhir. :')
Banyak suka duka yang aku lalui. Dengan kawan dengan keluarga dengan sekolah.
Especially sekolah. Lots of sweet sticky memories to be remembered . Bila nak tinggalkan sekolah ni... Rasa sayang. Banyak ilmu yang aku dapat from this school . In fact, ianya banyak mengubah aku. Turn me into a better person. Tidaklah baik sangat kannn, tapi lebih baik dari sebelumnya. Sebelum masuk Kiblah aku nakal la jugakk, nakal sikit lahh :P Masuk kiblah tahun 2012 jumpa banyak kawan, yang lawan pun ada. Pelbagai spesis manusia jumpa. Ustaz ustazah, muaalim muaalimah yang superb awesome. Kenal dengan kawan yang sengal, yang lawak, yang sensitip, yang ganaz, yang gewdiks pun adeww tau. Yang baik, itu pasti ada. Tapi rahsia. Shhhsshh..
Lepastu bila perlahan-lahan aku dapat jawatan. AJK ampaian wokk. Ada kot aku post pasal ampaian tahun lepas. Tragedi C.K. , Ieman dan lebam di dahi. Hahahaha. Teringat balik, cam hapeeee je. H
Lepastu naik form 3 jadi AMP . Alhamdulillah di beri kepercayaan. Tu lagi banyak tragedi. Waktu kem kepimpinan. Hihihit aku jadi ustazah zahariah the wannabe.
Lepastu dapat kenal-kenal senior yang baik dan banyak memberi nasihat. Adik-adik yang menyakitkan hati tapi last-last aku sayang jugak. Wuauau.
Setiap kali perhimpunan akan duduk sebelah si kaki manga, cerita-cerita.
Dalam kelas duduk sebelah Adlin, si kaki gempak. Nanti orang depan iffah and pyqa akan pusing belakang, berborak tak ingat dunia. Pastu bila ustazah panggil untuk tilawah, gelabah kemain. Pergi koop, minum ais belendut.
Pastu nak dekat tengahari, main teka-teka lauk apa tengahari. Selalu ya ikan. Petang ayam. Bajet nak diet petang, last-last turun makan. Paling seram waktu makan petang, BOLA! Siapa yang lucky, akan terkena hadiah percuma from banin. And nasib bertuah, pnggan and cawan jatuh.
Malam study. Study lah sangat. Suka beli makanan and makan-makan. Tapi waktu study, study betullll . Pastu nanti jadi tukang kejut si adlin. Waktu prep tidur ye dik. Hahaha kadang-kadang aku pun krohh jugak. Tapi kalau adlin study, fuh semangat aura dia membaraaaaa.
Puteri datang bawak kerusi, selit mana dia suka. Pastu wat lawak nak bagi kaki.
Malam-malam round satu asrama ( awal tahun je, hihi) halau budak tidur.
Bila dekat pmr. Aku yang kena halau. Waktu trial sanggup sumbat dalam stor, study. Yelah kelas kunci .Selalunya akan ada kerepek and air. Pastu kadang-kadang tergosip kejap. Kejap jeee.
Selalunya aku, iffah,adlin and pyqa. Kdang-kdang ada tetamu khas jugak. Sesiapa jelah kan.
Dekat PMR, dorm takde orang, pesta walawehhh.
Makan kerepek *wajib* selalunya sponsor puteri n pyqa dan tukang habiskan, errr,selalunya saya . Huhuhu *blushing*
Ingat lagi cerita hantu, pastu diri sendiri cuak. Lagilagi iffah.kuang. Kuang :P
Rembat air kotak puteri. Ohoh bestnya. Malam cilok bantal kak nana ( adlinnn) .
Selalu bangun lambat. Pukul 5 suku kenkadang terlajak lima setengah baru bangun.
Tapi alhamdulillah solat jemaah.
Minggu depan jawab mksk. Form 3 semangat lagi tauu.
Pastu akhir tahun. Pastu berpisah.
Kan dah terpanjang post aku ni.
Semoga jumpa lagi teman. Tingkatan 3 at-taqwa dan 2 ittihad. Dan jugak warga kiblah.
Biiznillah :)


Adios

P/s: target tercapai wok!
P/Ssss: post terpanjang dan paling banyak diedit.

December 17, 2012

Ujian itu berat tapi itulah tanda kasih Allah pada kita kannn? :)

Assalamuaalaikum :)

Bismillahirahmanirahim..

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita.


Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

Credit : iluvislam


Dum..dum..

Assalamuaalaikum to yalll

Wassup? Duduk rumah , tangkap gambar sensorang. Okay tak?
Tu jer citernya.
Adios

P/s: waiting for result. Aghh rasa nak pengsan!



December 16, 2012

Picture of the day

Assalamuaalaikum to all my lovely readersss



December 14, 2012

Eh?

Assalamuaalaikum,
Well i'm in process of making a novel.
Huuuu, not that ain mawaddah thing-y
Sbab, tah lah, thriller is so not me. Tu perancangan bila dah dewasa.
Uhuks, dewasaaa. Mana tau besar nanti, nak jadi geologis tak jadi, Ya Allah memang nak jadi sangat, tapi kalau tak dapat kan , aku nak tulis novel.

I've been dreaming kan besar nanti i work as a novelist, dapat tulis novel, sambil tu minum milo kotak *sedap gila milo kotak.sedap nak nazak* , pastu dengar hitz.fm, maroon 5 nyanyi, sambil duduk mengadap tingkap, lagi syiok kalau depan tu, ada hutan or pantai....... pastu sape nak carik duit?
Adam Levin kan adaaaaa :P
Nyanyi sekali, ribu riban masuk.
Si pemalas daydreaming again.

Dah la. Aku rasa belog aku makin bosan. Wateber.

Adios

December 12, 2012

You're one of a kind

Assalamuaalaikum to girls,boys,muslimin and muslimat,

Hanging around the house.Cooking,reading and day-dreaming, somehow make me tired, walopun lepak je.
Cih. Pasti dengar radio.
Terpikir nak buat cookies. Empphh, my fav. Chocolate chip one of a kind.
Bahan tak cukup. Nak kena pegi kedai. Kedai pulak beratus batu.
Aghh, but the weathers ! Panas pulok. Saya puteri lilin over takleh kena panas, stay indoor je lah, until the weather is fine. Hik, gewdiks.
Hujan pun aku komplen.
Tak reti bersyukur punya manusia. Haih.
Tapi aku harap salji. Huuuu best gila.
Tapi tak mungkin lah snowing in malaysia, unless dah nak kiamat. Nauzubillah.

Well tak banyak bahan yang aku perlukan.
Butter,gula perang,baking soda,chocolate chips,nestum.
Argh, kan best kalau ada speedmart delivery. Hantar terus. Nak beli ayam , ikan through phone.
'Acik ikan keli lapan belas ekor'

Walaweh , lapan belas ekor, mamtik nak makan semua.

Plain blog post je. Gambar, gambar aku lah. Mati bosan lah muka aku je kan. Nak buat macam mana dah nama belog-nana, so gambar nana lah banyak. Citer pun pasal nana, nana buat apa. Nana makan apa, nana wat apa,nana cute. Eh terlebih pulak :P

Adios.



Tarikh pengumuman keputusan PMR

Assalamuaalaikum to PMR candidates and non PMR candidates

Anda telah pun dimaklumkan bahawa pmr dah habes lama, dan result pun mesti lah tak sabar-sabar nak keluar kan? So disini saya lampirkan tarikh rasmi result!! Hah poyo je, padahal kopi pasta from efbee. Wateber lah.
Ohya dengar rumour mengatakan bahawa gred pmr turun. Who knows right? Doa semoga ianya betul. Dilampirkan sekali gambar rumours tersebut. In shaa allah moga diperkenankan oleh allah. Moga dapat lah gred turun. Kita tak tahu kan? Cuma berserah. :)

Adios



December 10, 2012

Tah apa ape je.

Assalamuaalaikum, to future student,student and ex student.

Apa yang dibuat di rumah? Tah aku melepak je. Tapi pecah rekod bangun awal like after subuh tak tidur. Banggos giler wa cakap lu. Lagipun lepas subuh adalah waktu yang paling tak elok nak tidur. Rezeki tak masuk pastu mak aku cakap something bout kesihatan. Nak sambung tidur sebelum zohor. Sunat weyh. Tapi terlajak kengkadang. Huhuhu. Teruk punya anak dara.

And then cam rancang nak keluar. My Cuis friend ajak. Huh malas. My kiblah friend pon sama. Huh malas. Semua malas. Aku nak bangun tidur malas. Nak bukak mata malas. Nak gerak malas. After pmr ni macam nak balas dendam tidor. Kengkonon lah dulu study sampai late night la, not enough sleep la. gebang je lebeh. Study kemain, result? Harap lulus. Aku rasa cam result aku tak gempak sangat lah. Ahyooooo.....
Over thinking can drive me up the wall. Aku ni punya mind banyak sangat free time sampai fikir, nanti habis spm nak part time kerja ke hape, pastu masuk u mana, pastu nak sambung oversea or not, pastu nak carik jodoh dengan diriku yang bam-bam ni, pastu carik kerja (kalau boleh nak gaji mahal, hamboii) , pastu fikir bila dah bersara nak duduk mana, rancang dubai or singapore ewah kemain ya, anak nak berapa, pastu nanti karang cucu nanti nak panggil aku apa, nenek? Tak glemeres nokk, grandma? Nampak tua. Auntie lah ( walaupun pangkat nenek).
Tapi bila teringat the main thing, mati.
Gulp, rancang macam umur panjang, well, minta dipanjangkan. Amin :)

Macam biasa duduk rumah recycle balik baca novel. Sayangku casper. So much fun okay baca novel tu. Berlatar belakangkan Kota Paris or Kota Cinta. Ahaks, so much fun learning about fashion. Aku suka novelis yang novel dia tulis, some part dia akan selit some info menarik. It is like im in the novel. Aku suggest belilah sayangku casper. Dulu Ardini Dinot suggest. Dia suka suggest novel kat aku. Dia tu even nampak genius, kaki novel and manga jugak minah tu.
Okay selain itu, novel Hlovate jugak amat menarik. Bila dia cerita about wataknya, sangat precise okay. Contah watak Aa+Bb , Addin, she's a doctor, and dia betul cerita tentang the journey of becoming a doctor. Hlovate ni penulisannya, ramai yang ambik as batu asas to write a novel. Banyak pengisian. Ada some novel, watak pilot k, doctor ke, somehow, tak nampak langsung gaya nya. Me not loike okays. Ada some plot story yang sangat tak best. Sinopsis je gempak. Tu yang rasa macam nak lempang je.

Emo kan. Novel je pun. Eh. Jepun. See?
Merepek je.

Nana takd benda nak buat cuti ni. More to roaming around, jaga rumah,adik and maru. Maybe i'll be a good housewife someday. Hahaha dengar tu. sape nak cepat mintak nombor.

Oklah adios.
Duck face bebehhhh



Kenapa ini semua harus berlaku? Adakah ini semua kerna dirikuuuuu

Assalamuaalaikum to all lovers out there,

Omaigod aku rasa cam nak lari keliling klcc . Nehi, kuch kuch hota hai. Tumpah seh air. Aaaaaaaa, apa ni wak? Awak kata tunggu kita habis espiyem, ni result pmr belum keluar, you dah carik yang lain. Huuuuuuuuuuuuu. Rasa macam drama sinetron akasia pulak.



December 09, 2012

Resepi kek coklat sedap tak hengat.

Assalamuaalaikum to future mommy and daddy sekalian,

Wassap bro? Hari ai nak tunjukkan cara-cara memasak kek coklat. Kenapa tajuk macam riak. Wuauaauahaha, well kek coklat ai ni, memang gebu, macam tuan dia.

Ai kopi pasta this resepi from website->> http://birdonacake.blogspot.com/2012/01/reeses-chocolate-peanut-butter-cake.html

Ya Allah websitenya pembangkit nafsu betul. Banyak resepi dessert that you guys want. Make me drooling all over my ipad. Not actually drool la. geli lah kan.
Terima kasih pada empunya resepi bagi ai guna.
Okey le main zing of le day, the recipe

1 cup boiling water
2 cups sugar
1 3/4 cup flour
3/4 cup cocoa powder
2 teaspoons baking soda
1 teaspoon baking powder
1 teaspoon salt
2 eggs
1 cup buttermilk (OR 1 c. milk mixed with 1 T. vinegar)
1/2 cup oil
1 teaspoon vanilla

Heat oven to 350 degrees and line three 8 inch cake pans with wax paper. Bring a small pan of water to a boil and keep it simmering while you mix the other ingredients.

In a large mixing bowl combine the sugar, flour, cocoa, baking soda, baking powder and salt. Add the eggs, buttermilk, oil and vanilla. Beat with mixer until combined.

Add 1 cup of the boiling water and carefully stir until it is mixed in. Beat for 1 1/2 minutes with mixer. Batter will be thin. Pour the batter into pans and bake for 18-22 minutes (until toothpick inserted in center comes out clean).

Sementara tu, mari kita we all buat toppingnya. Baiklah tuan-tuan dan puan-puan shekaliannn,
We use chocolate ganache as the recipe. The ingredient we need,

Cooking chocolate ( instead of using cooking chocolate, i use reese chocolate, a little hint of peanut butter will be good :) ) suka hati la mau guna apa
1 tablespoon of Butter , to make it look shiny and mouth wateringgg
Heavy cream ( 1 cup)

Use the double boiler technique. First, melt the chocolate and then add butter. After that, add some heavy cream. Cook to perfection.
Let it cool wokeyhh.

And then keluarkan kek from the oven. When it cool, keluarkan kek from tray, and spread the chocolate ganache all over the cake. Kan rasa bersalah je tengok kek tu tak makan. Kalau anda seorang yang penyabar, letak dalam freezer. Kalau uolss ni macam ai, nak melantak je, dipersilakan untuk potong. Huuuuu tu part paling best.

That all for today. Thank you for joining the class. See you next timeeeeeeeee.

Adios







Maharaja tak lawak

Assalamuaalaikum girlss boys

Post ni saya draft

Im here in kelantan. Siapa ada di kelantan, put your hands up!! *bunyi cengkerik and belalang*
You must understand me, kalau di Kelantan, the main activity is omnomnomnom kan.
Act, balik sini for tahlil. Dah genap setahun pemergian arwah tokma. Dia meninggal dunia last year. Bila balik kelantan, i felt awkward. Yelah selalu tokma akan tunggu depan pintu, sambut us with a smile, now, cikna and sofie (kucing debab) jelah yang tunggu. Sobs,sobs, :'(
I miss her. Now, dah takde nenek. Only left my atok at pahang with his new wife. Okay takdelah new sangat wife dia. Dah lama kawen. Well,step grandma ni is different. Dunno lah, tapi as long as my atok is happy, bolayan. :)

Semalam pergi stadium, perghhhhh dengan harapan besar and super eksaited. First time nak gi , stadium ni, berkobar eden tau. Lagi-lagi nak tengok the Red Warrior. Ahaks, so pegi lah with my dad and bro. Sampai je Stadium Sultqn Muhammad , hazabbbbbb. Bukan sahaja penuh, siap berebut-rebut nak beli tiket. Ada part satu guy to panjat badan sorang lagi guy depan dia. What the heaven?

So beli mafla je lah. Nanges. Baru je nak pecah rekod sendiri. Bai-bai. Eh pastu beli jersi snyum ya hengkau. Kemain lagi cik bedah.
And then pegi PCB. Makan colek and ABC sambil ditemani bayu laut yang lembut menyapa diriku ini. Ohoh metafora gitu. Angin malam laut china selatan.

And then aku terfikir lah waktu balik tu. aku terpikir nak sekolah mana? Dah apply for teknik but macam peratusan untuk dapat is 50-50 je. So, aku still kena carik sekolah lain, takmo swasta. Rasa macam nak try kerajaan pulak.
Tarpikir acaner rupa result aku. Cemerlangkah? Baikkah? Sederhanakah? Luluskah? Barakah, oh ya allah.

Oklah papai.
Aku hapdate pada pukul 8 pagi. Baru plan nak tidur, alang-alang wifi jiran depan on, huhuhu.

Sayonara.
Tak best ah

Adios!


December 04, 2012

impression?

assalamuaalaikum to all human being,an-naas and manusia sekalian,

have you ever feel the need to impress someone?
have you ever feel to make someone  like you, so you change yourself, so that the person will accept you?
have you ever try to stop from doing what you're doing with yourself but you can't?
just because you need to impress the person?

*sorry if my english are kinda bad.OH MY ENGLISH* i really need to see Mr.Middleton.

just because you worry that someone will ditch you away if you didn't do these and that?ahh, big problem gal. BIG
Instead worrying about that, how about you just slap the person in da face. and walk away like a
boss! how i wish that.
but we are under laws, beside slapping the person in the face, is not working. believe me.
Bolayan je dia. Ahaks be yourself. Nak jadi be yourself tu payah. Kejap rasa macam nak tiru artis tu. i mean be the person you suppose to be. Got it? Aku pun tak paham
ahah!
you got the point. lalala sebenarnya teringat dolu-dolu. tengok tarikh, 4/12/2012.
teringat pada tarikh 4/12/2011 . from that day. kekadang tengok tarikh hari ni, teringat tarikh yang sama tahun lepas. adakah aku orang yang sama, ataupun lebih baik, atau sebaliknya?
Life is like cup of a hot coffee. If you drink too fast, it will hurt your lips, if you let it cold first, tarak umppphh laa. there's a way too drink it. like your life. sometimes it hurts you, sometimes it make you feel like you wanna live forever . Immortal . huh camne lah nak hidup besar nanti kan? Nak melalui satu hari pun banyak cabarannya. Apatah lagi, satu bulan,satu tahun,satu dekad mahupun satu abad.
Hidup lagi ke tak, itu persoalannya?

Kenkadang aku ingat lagi, someone that i trust and i love, stab me . not front, not left nor right. but at the back. wuuuuuuu, sedih teringat, kata-katanya yang buat aku nangis. wahaha baby betul lah kan.
tapi, yelah kan, you expect that person,is the nicest person on earth, but at the end, dialah yang buat kau paling banyak menangis. You cannot put too much trust on someone. at the end, dialah pembunuh yang sebenar. serial killer yang menanti mangsa seterusnya. yang hanya menunggu masa untuk tikam kau dengan kuat. Berdarah? apa dia kesah. janji dia puas.
Well, dia takde lah tikam betul-betul, jadi kes polis takke naya?? Kata-katanya yang menikam perlahan.
oklah aku penat macam baru lepas jogging 10 round bukit jalil.
tidorr

adios

December 03, 2012

Need ideas

Assalamuaalaikum.

Ahhhhhhhhhhhhh sakitnya hati. Camne boleh terdelete post tadi. Aku nak remove pic tapi taksangka terdelete. Ahhh lempangmukabanyakali!

Ahhhhh tak pasal synopsis untuk novel jiwang ke dua aku terdelete. Nak meraung ahh.
Oh ya, ada novel ke dua even though the first novel didn't finish yet. Anggap lah Ainnur Dhuha and Syed Naim tu at the end married to each other and dapat kembar 5.

Aku nak buat novel baru. I want to create a story that are thrilling and adventurous yet diselitkan elemen jiwang karat . Like City Hunter (Korean) . Not copying the whole storyline. No i'm not. Just the concept. I like the story synopsis. Wokeyh saya dengan jujur mengaku tak tengok pun citer tu. I just read the spoiler.

Story dimulakan dengan gaduh-gaduh. Tak gaduh tak sweetlah kan? Lepastu they fall in love and get married. Yeah both of them are orphans so takdelah gaduh waktu nak balik raya. Duduk rumah makan ketupat. Simple kan?
Tapi the happiness doesn't linger much around them. Rahsia terbongkar and si isteri lari dari suami. Kalau dalam novel nak lari wajib jauh kan, paling kurang Korea . Romantik sikit waktu nak berbaik. Okayh menyimpang jauh dari topik.
Lepastu si isteri realized that she is pregnant and she hide it from her husband. Tengah lari , dia jatuh and guess the rest.

Tak main ah bagi semua .
Sila beli novel tulisan Naina Haris yang bertajuk 'TakTahuNakBagiTajukApaTapiBestGiler' di pasaraya yang berdekatan pada tahun 2015 . Lepas SPM kot. Nana malas giler.

Nama watak pun dah dapat idea. Si pompuan nama Ain Mawaddah. Hahahaha solehahnya nama. Lelaki pulak don't have any idea.
Alah nak letak nama Hyun Bin , tak padan diri bangsa Melayu.
Okay, Luqman? Aku tak suka nama tu. don't know why. Haikal? Lagi aku menyampah. Okay sory ekk, aku memang macam ni. Kengkadang i judge the guys by their name. Huhuhu annoyying much.
Nanti aku buat solat istikharah, mintak petunjuk nama apa. Ahh nak carik nama pun payah apatah lagi nak menulisnya. Give up lah cam ni.

Adios

P/s: Nana takkan give up. No nehi tidak la




December 02, 2012

A picture hide a thousand memories

Assalamuaalaikum,

DUBAI 2012.03. Ntahberapaharibulan


December 01, 2012

Insidious part 100

Assalamuaalaikum

Milik siapakah punggung berbulu ini?