December 19, 2012

Bila aku nak ambik result PMR, rasa macam nak pegi nikah.

Assalamuaalaikum to uolss

Okay pedulikan tajuk mintak pelempang tu.
Alhamdulillah, aku dah pegi amik result PMR. Dalam pukul sebelas gitu.

Okay flash back

*Malam sebelum result*

Tak boleh tidur. Pusing kiri, pusing kanan. Pusing kiri depan belakang atas bawah, golek atas lantai. TAK BOLEH TIDUR.
So bukak tv, dalam pukul dua camtu kot. Tengok la Mustika HD. Adam Dan Hawa.
Kenapalah si Ain tu aku rasa mcam nak tembak -tembak je dia. Aaron eh Adam tu punya lah setia. 8 tahun tau. Aku nak tahan berak 10 minit pun tak tahan. Apatah lagi 8 tahun.
Okaylah mungkin watak dia memang macam tu. Trauma sebab kena tangkap basah. Malu wok. Aku suka pelakon watak si Ain tu. Nadiya Nisaa tak silap. Watak dia cool and tak over. Sangat natural. Aku first tengok dia waktu dekat citer Cun. Dah la lawak plus sedih. Pandai gila ah dia jadi budak autisme. Memang natural je. Aku suka artis camni. Tak over sangat.

Habis Adam Dan Hawa aku masuk bilik. Aish, memang camni eh perasaan orang nak amik result? Aku punyalah takleh tidur, sampai khatam satu novel tau. Projek memikat suami. Cerita jiwang tuuuu. Still tak boleh tidur.
Dah zikir pastu pergi kacau Maru. Pehh maru jeling siot. Marah lah tu aku kacau sleeping time dia. satu hari tidur. apa kesssss. Akhirnya aku give up, and almost pukul empat, i drift awayyyy.

Bangun pagi subuh and tidur balik. Nasib set jam. Pukul 9 bangun balik . Makan and everything semua. Wah ayah aku balik kerja. Mukanya ceria cerah bercahaya. Macam papa aku pulak amik result. Ofkos la di eksaited kanss. Anak nak amik result. Adik aku pun ceria.
Aku tak payah citer, semua jenis zikir baca cuak sangat.
Dalam kereta,papa aku pasang sinar.fm aku mintak tukar hot.fm. Lagi rock. Tak tenang hati. Lastlast pasang maher zain. Uuuuuuuu.. Sejuk hatiikuuu.
Akhirnya sampai kiblah. Aduh, gempak dalam fb pukul 11, tapi enggak ramai orang sangatla. Banin je lah. Malu tau *blushing* statement mintak kaki.
Pastu nampak alia. Wahh penyelamat. Masuk pejabat je, semua dalam pejabat ushar,
what? Au pakai tudung pink. Comel apa. Ustaz shahz jaszle tanya, 'kamu aina ke'?
Yelah takkan siti nurhaliza pulak. Okay dia tak tau. Tapi cam gempak kan. Aku dah imagine macam-macam tau.
Pastu nampak ustaz zahar. 'Pindah ke'
Aiyoo ye lah. Saya nak sains ustazzzz. Kalau ada sains kiblah, insyaallah saye stay.
Akhirnya setelah dum dam dum dam, dapat result
Sikit lagi nak pengsan. Aku siap peluk kak jiha. The kiblah punya kerani. Salam tangan banyak kali. Ayarkk. Pastu jumpa cikgu fatihah. Pastu jumpa ayah aku konon nak buat muka sedih. Tak jadi lol. Aku terus pulak. Kuat giler aku peluk. Macam dapat result SPM pulak.
Pastu adik aku peluk. Dengan anak kucing yang main-main kat situ pun aku peluk. Banin kat belakang tu mesri pikir
'Watdeheven minah tudung pink ni'
Okay atau pun aku yang perasan.
Alhmadulillah alhamdulillah alhamdulillah, itu je yang mampu aku ucapkan. Walaupun waktu pmr setiap paper aku wajib tidur, kecuali math paper 1, aku dapat result yang aku kira sangat baik.
Sangat bersyukur. And aku menyesal buat B.arab sambil lewa. 2jam 30 minit dia bagi, 30 minit aku jawab, satu jam tidur, sebelum lagi satu jam nak habis aku keluar. Haih janganlah ikut eh.
Lagisatu, habit tidur waktu periksa aku tak boleh elak langsung. Ngantuk je. Kena ubah ni.

Alhamdulillah aala kulli hal
Terima kasih ya allah, guru-guru yang setia mengajar aku yang seorang slow ni. Terima kasih ibu bapa aku yang setia dengar aku meluahkan rasa kekeciwaan pasal exam, kakak yang mengajar b arab and math. Sorry ya, arab tak lepas. Terima kasih kwan-kwan yang jadi teman belajar. Terima kasih ah semua. Terima kasih maru, waktu aku saket hati, kau jadi mangsa. Syukran syukran. Jazakallahu khairan kasiraaaaaaa

Walweh ucapan panjang gila. Kalau result spm lagilah..

Dunia ini hanyalah perhentian semata-mata. Janganlah terlalu bergantung pada peperiksaan di dunia kerana peperiksaan di akhirat lagi susah. Belum tentu dapat jawab. Tapi jangan kita berhenti berharap dan hanya fokus pada akhirat. Seimbangkan dunia n akhirat. Belajar kerana hendak mecapai redha allah. allah suka hambanya yang berusaha. Jangan berhenti berusaha. PMR ni bukan penentu segala-galnya. Kita ada spm. Ada periksa di u nanti. Lepastu kerja. bla..bla..bla..Banyak lagi ujian hidup yang akan kita tempuh. Ini hanyalah ujian kecil je. Jadi berdoalah pada allah banyak-banyak.
Sorrylah aku tak pandai buat ayat.

Ohya ardini idris, kaki manga and novel tu dapat 9A. Jelesssssssss. Ah, ikut hati aku cilok slip dia.padam nama dia, letak nama aku. Huahaha kejam pulak. Apapun tahniah ma friend :)

And baru aku perasan tahun 2012 bakal berakhir. :')
Banyak suka duka yang aku lalui. Dengan kawan dengan keluarga dengan sekolah.
Especially sekolah. Lots of sweet sticky memories to be remembered . Bila nak tinggalkan sekolah ni... Rasa sayang. Banyak ilmu yang aku dapat from this school . In fact, ianya banyak mengubah aku. Turn me into a better person. Tidaklah baik sangat kannn, tapi lebih baik dari sebelumnya. Sebelum masuk Kiblah aku nakal la jugakk, nakal sikit lahh :P Masuk kiblah tahun 2012 jumpa banyak kawan, yang lawan pun ada. Pelbagai spesis manusia jumpa. Ustaz ustazah, muaalim muaalimah yang superb awesome. Kenal dengan kawan yang sengal, yang lawak, yang sensitip, yang ganaz, yang gewdiks pun adeww tau. Yang baik, itu pasti ada. Tapi rahsia. Shhhsshh..
Lepastu bila perlahan-lahan aku dapat jawatan. AJK ampaian wokk. Ada kot aku post pasal ampaian tahun lepas. Tragedi C.K. , Ieman dan lebam di dahi. Hahahaha. Teringat balik, cam hapeeee je. H
Lepastu naik form 3 jadi AMP . Alhamdulillah di beri kepercayaan. Tu lagi banyak tragedi. Waktu kem kepimpinan. Hihihit aku jadi ustazah zahariah the wannabe.
Lepastu dapat kenal-kenal senior yang baik dan banyak memberi nasihat. Adik-adik yang menyakitkan hati tapi last-last aku sayang jugak. Wuauau.
Setiap kali perhimpunan akan duduk sebelah si kaki manga, cerita-cerita.
Dalam kelas duduk sebelah Adlin, si kaki gempak. Nanti orang depan iffah and pyqa akan pusing belakang, berborak tak ingat dunia. Pastu bila ustazah panggil untuk tilawah, gelabah kemain. Pergi koop, minum ais belendut.
Pastu nak dekat tengahari, main teka-teka lauk apa tengahari. Selalu ya ikan. Petang ayam. Bajet nak diet petang, last-last turun makan. Paling seram waktu makan petang, BOLA! Siapa yang lucky, akan terkena hadiah percuma from banin. And nasib bertuah, pnggan and cawan jatuh.
Malam study. Study lah sangat. Suka beli makanan and makan-makan. Tapi waktu study, study betullll . Pastu nanti jadi tukang kejut si adlin. Waktu prep tidur ye dik. Hahaha kadang-kadang aku pun krohh jugak. Tapi kalau adlin study, fuh semangat aura dia membaraaaaa.
Puteri datang bawak kerusi, selit mana dia suka. Pastu wat lawak nak bagi kaki.
Malam-malam round satu asrama ( awal tahun je, hihi) halau budak tidur.
Bila dekat pmr. Aku yang kena halau. Waktu trial sanggup sumbat dalam stor, study. Yelah kelas kunci .Selalunya akan ada kerepek and air. Pastu kadang-kadang tergosip kejap. Kejap jeee.
Selalunya aku, iffah,adlin and pyqa. Kdang-kdang ada tetamu khas jugak. Sesiapa jelah kan.
Dekat PMR, dorm takde orang, pesta walawehhh.
Makan kerepek *wajib* selalunya sponsor puteri n pyqa dan tukang habiskan, errr,selalunya saya . Huhuhu *blushing*
Ingat lagi cerita hantu, pastu diri sendiri cuak. Lagilagi iffah.kuang. Kuang :P
Rembat air kotak puteri. Ohoh bestnya. Malam cilok bantal kak nana ( adlinnn) .
Selalu bangun lambat. Pukul 5 suku kenkadang terlajak lima setengah baru bangun.
Tapi alhamdulillah solat jemaah.
Minggu depan jawab mksk. Form 3 semangat lagi tauu.
Pastu akhir tahun. Pastu berpisah.
Kan dah terpanjang post aku ni.
Semoga jumpa lagi teman. Tingkatan 3 at-taqwa dan 2 ittihad. Dan jugak warga kiblah.
Biiznillah :)


Adios

P/s: target tercapai wok!
P/Ssss: post terpanjang dan paling banyak diedit.