January 28, 2013

menci tau itteww

assalamuaalaikum yall

BALIK ASRAMA. KBYE

:8(

adiosssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

January 27, 2013

tudung labuh dua tone yang umphh

assalamuaalaikum ya sodiqatiiii sekalian,

apa khabaq? baik kaaa?

hari ni takde citer apa pun. just nak promote something.
okay ini tak berbayar pun tapi hanyalah sebab aku nak promosi something aku minat.
alkisahnya begini...

pada suatu zaman dahulu, ahakss, aku terjatuh cinta dengan tudung dua tone warna yang aku panggil tudung pelangi (walaupun ada dua warna jeww). Malangnya yang menjadi satu hal, tudung yang kebanyakkan melambak di pasaran adakalanya tidak menepati cita rasa (ayat sastera spm A- ) .
kebanyakkan tudung dua tone or layer warna ni jarang, dan adakalanya singkat bagi diriku yang berbadan lebar dan donut dan tinggi ni. Bagi yang jarang, solusinya adalah dengan memakai inner kepala yang panjang sampai leher. Alkisahnya, aku ni rimas dengan inner sebegitu. so, kebanyakkan tudung bawal dua layer aku beli terpaksa direjek dan disimpan sebagai stok "kalau rajin pakai inner baru pakai".
so, tetiba hari tu pergi satu kedai yang menjual pakaian muslim dan muslimah .
kedai itu memang best dan tudung yang dijual ada daripada saiz 30 sampai 60. Dahsyat sekali.
So tetiba nampak satu keluaran yang super ohsem iaitu tudung dua layer warna yang memang menyebabkan aku rasa meleleleleh air liur. Apabila diteliti kualiti kainnya bagus dan tidak jarang sama sekali.
so apalagi mari beli sehelai sebab harga agak tinggi  sesuai dengan kualitinya dan nama kedai itu sendiri. ohya kedainya nama NUR HRA.
NUR HRA  Alamat: No 1, Jalan Gombak Ria, Taman Gombak Ria, 68100 Gombak, Selangor. 
Telefon: (+603) 6189 1562
GPS Coordinate lokasi kedai i-NUR, Gombak: 3.2258 101.7015
 
Waktu Berniaga:
Isnin-Sabtu: 9.00pg-6.30ptg
Ahad & Cuti umum: 9.00pg-5.30ptg
Raya Haji & Raya Puasa: Tutup
 okay nak tengok model tak berbayar ni pakai. macam selena gomez versi pakai tudung


 okay seriyes tudung ni amat selesa dan aku sebagai pembeli rasa nak beli lagi. Saiz tudung yang aku pakai ni 50 tak silap. Jangan risau ada saiz kurang daripada 50 pun ada dan ada lebih saiz 50.
dun worry be happy mari kita pegi makan kari.

kain yang selesa dan mantop habess.
apalagi marilah kita bersama-sama menyerbu kedai nur hra dan beli tudung Helwa ni.
Ohya dia jugak ada jual jubah, baju kurung, baju muslimah, kurta, jubah lelaki. pendek kata macam-macam ada!

okay selesai kisah promotion tudung ni.

kisah ni pulak waktu maulid nabi di sekolah.
Aku telah menyertai pertandingan syarahan dan alhamdulillah johan kalau tak silap (dia tak umum pemenang lagi tapi kawan bagitahu)
dan aku rasa cam, eh rasa macam nak mengembangkan bakat ke peringkat zon lah pulakss
tapi aku dengar kena syarahan spontan which is first kita cabut undi tajuk kat meja hakim, and then kena fikir isi for 2 min and then perform the syarahan dalam masa 5 minit.
sikit lagi nak pengsan dengar syaratnya.
cuak seyh. teringin tapi takut.
aku ni bukan lah hebat sangat . aku tengok orang lain lagi bapak dahsyat. dah pergi peringkat zon la, daerah la, kebangsaan pon hado.
so, aku macam Ya Allah teringin gilers kay. nak kembangkan bakat gituee, nak tengok kemampuan diri sendiri.
tapi layakkah aku?
persoalan yang bermain di pikiran ni.


okay aku nak baca citer Hijab Sang pencinta karya RAM. citer tu paling menyayat hati and buat aku rasa macam nak cium buku teks sejarah since kisah tu banyak kaitan ngan sejarah melaka and all.
and citer tu sweet tapi rasa nak bagi pelempang koz at the end lelakinya, huuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

ini semua poyo.
ha ha ha

adios

January 25, 2013

Makan roti, jaga hati

Assalamuaalaikum uolssss

How's life in SEMERA?

Well it is fine for me actually,
Except, study.

Weh semput weh, add math and bio.
Rasa pinar mata belajar.
Aku rasa cam nak join kucing tepi dewan makan tu.
Relekss je hidup.

Hahaha
Dah nama manusia, takkan releks nya hidup.
Kita hidup di dalam kapal di atas lautan bergelora.
Terumbang ambing.
Kena pandai kawal.
Itu kuncinya.

Dah la nak blah.
Soyonara amigoss

Aduos

January 12, 2013

Dull day

dayAssalamuaalaikummmmm

So it's satuhDayyy peeps
Saya kena balik asrama besok which is soooo sedeyhhhh
Nak terjun masuk sangkar maru lah

January 11, 2013

tergolek depan pintu

assalamuaalaikum to uolss

kepada sesiapa yang berjaya mendapat tempat di sekolah teknik or sbp or mrsm or mana-mana sekolah yang dipohon, aku ucapkan tahniah :)

dan khas kepada nurul ai'na

jangan sedih sebab keputusan tak berjaya.
golekkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

allah, sedihnya.

so kegeraman melampau,
tabahkanlah hatiku.
huhuhuhuhuu




dahla nak terjun sungai klang. :P

Allah knows better :)

"... boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu suka sesuatu padahal ia buruk buat kamu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216) "

Mungkin ada hikmah disebaliknya.

adios

P/s: addmath bikin wa panas.

January 07, 2013

Ayark

Assalamuaalaikum,

So saya kena duduk asrama.
Watdeheven?!?!

nightmare on raja ali aspuri

January 06, 2013

Gambar boyfriend aku

Assalamuaalaikum to single,taken,married, duda and janda sekaliannnnnnn.

Tajuk hot kot.
Okayylah ni pakwe aku. Yang aku cium, belai and peluk. Aku selalu tidur dengan dia. Sweet kan?
i love you bi.
Dahla badan berbulu-bulus.

Perkenalkan pakwe aku....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

January 05, 2013

Novel oh novel

Assalamuaalaikum,

Kenapa tajuk cam poyo je?
okay takdelah poyo sangat .
Sebenarnya ada something aku nak luahkan la.
Kenapa novel kat malaysia sekarang banyak tak best ah?
bukan semua, ada sedikit la.
Kebanyakkannya dengan tema kawin kontrak la, terpaksa ganti la, kawin dua,kawin lapan bla,bla,bla,bla

Okay tema cintan cintun tu takdelah aku kisah (merenyam gatai habis) tapi temanya pasal tu jee.
Kalau satu rak buku dekat kedai tu, kisahnya nak dekat sama and satu pesen je .

Okaylah, Kenkadang ayatnya sodapp and pandai diolah.
Setiap novel ada kelebihan masing-masing, cuma kalau jalan citernya yang memanjang sama, aku rasa cam nak gigit kuali je tau  . Stress maks tau. Aku dahlah kaki novel jiwang tegar.

Yelah, aku bukannlah novelis atau sesiapa, tapi aku adalah pelanggan, orang yang membeli.
Jadi orang yang menerbitkan buku tu seharusnya menjaga kualiti buku yang diterbitkan.
Bukannya mementingkan kuantiti.
Mesti ada orang kata 'kalau tak suka tak payah beli'
Well, kenkadang aku suka je baca tema macam tu tapi siapa yang suka baca novel gaya penulisan yang plastik .gaya macam nak cepat siap and terbit .
Ada satu novel tu, ditulis oleh budak 15 tahun punya writer .
Tak kesah la kalau penulisannya, okey dan matang tapi aku baca novelnya tak sedap dan terabur.
takkan editor tak perasan
Aku pulak main sambar je atas rak yelah sinopsis best dan cam syok je.
Balik baca, T_T

so sebelum beli novel sila buat rrsearch dulu, tengok dan kaji . Search kat internet, baca review yang orang tulis.

Maaflah kalau gaya penulisan agak kasar ke hape, tapi aku sedih bila novel yang aku punya expectation terhadapnya tinggi gunung everest, tapi intipatinya,
Sangat mengecewakan.

Tapi aku tetap akan jadi pembaca novel tegar.
Takkan berhenti.
Tapi tu je lah, napsu hilang lepas baca satu novel tu.
Okay takpe takpe.

Doakan novel best keluar. Aku tingin nak baca novel keluaran Fixi tapi tak jumpa waktu carik kt mph.
Disuggestkan anda untuk beli.

Adios

caramel sauce

assalamuaalaikum to allsss

so sedang mencari resepi caramel sauce without cream.
dulu wat caramel selalu jadi batu.
huhuhuhuhhhhhhhuuhh

noharommmmmmmmmmmm, jadi batu, tak jadi pong cream lemak gitu
so biler dah kaji and kaji and sedikit interview bersama kakak, well caramel ni mudah
you just need to be CAREFUL and take care of your timing.

okay nak blah.

adios

January 04, 2013

Tumbuh uban, hilang janggut

Assalamuaalaikum to future students, student and ex student

Ohoiii, anda tahu tak saya baru balik dari sekolah berjalan kaki sejauh 1km lebih dengan membawa 19 buku teks dah beberapa ribu juta buku tulis, dan sikit lagi nak jatuh tergolek depan masjid tapi terpaksa cover ayu lemah lembu sebab abangs-abangs and pakcik nak ke masjid untuk jumaah prayer.
So terpaksa tambah lagi berjuta kilometer singgah kfc order snack plate, hamboi baru seratus langkah berjalan, terus tambah seribu kalori dalam badan.
Tinggal makanan n buku atas meja , pegi public call ayah , mintak amik kat kfc.
Lepastu sementara tunggu ma dedi datang kita lantaks dulu.
And then i realizes, i did a mistake by ordering a snack plates instead of colonel sets.
tapi dia bagi udang tempurq free gantikan roti.
First thing, ayam kfc makin peliks rasanya. Lagi pelik lepas cikgu chemist kat skolah citer ayam dicucuk hormon bagi gemuk dan menyebabkan aku makan separuh je ayam tu. Yelah mana tau aku makan ayam terlebih hormon. Naya den.
KFC jangan saman aaaa aku cakap macam tu .
Last-last aku habiskn udang tempura tu, which is iklan dia kat tibi sangat over. Hilang semua udang kat laut, sian pakcik tu . Dah semangat tebar jala bagai tetiba, dapat udang sekor kecik lepastu kengkonon kfc dah amik semua udang kat laut.
Aku expect udang besar lobster masak tepung tapi udangnya cenonet tapi boleh tahan sedap.
Banyak gila perkataan tapi.

And then aku duk terpikir pehal lah paper SPM melambak gila.
Taklimat mata pelajaran tadi pun aku dengar macam nak terkentut je tau.
Yelah setiap bio,chemist,fizik ada 3 paper.
Cuba darab, beruban kening and bulu hidung ku.

Aku terpikir nak amik account tapi anda haruslah suka pada nombor dan taip-taip dan key-in dan kira kira duit
Cikgu dia pun siap nasehat (dalam nada tegas and loud and clear dan buat aku terkentut lagi sekali)
"kalau kamu main-main dan akaun pun buat tak betul , saya tak teragak-agak untuk tukarkan kamu ke aliran lain."
Well, aku malashhh
Pastu LK pulak cikgu dia cam santai,
Okeylah tapi aku dah tengok buku LK, YA ALLAH MACAM BAB LUKISAN DIMENSI BLA,BLA,BLA DALAM KH DULU , OH PELISS DULU AKU NAK LUKIS PUN MINTAK KAWAN LUKISKAN APATAH LAGI NAK BUAT NI HARI HARI. BYE LK.
so i stick to bii

Cikgu bio pulak cam sweet .
tapi dia mintak hanya 30 p
Orang dalam kelas, so aku laju je daftar.
Semalam ujian kerjaya, and aku dapat instivegatif, iaitu sains
Dan kerjaya sesuai dalam bebanyak ada geologis so gembira di situ

Dahla, banyak homework.

Salam jumaat :)

adiosss

January 01, 2013

2013 *new start

assalamuaalaikum to yallssss

tadi masak kek pukul 11.30 malam 2012
siap kek pukul 12.15 2013
oh no kek tahun lepas.
i'm dead!!i'm dead!!

Oh kay trollololol
dah masuk tahun baru yang kedua.
Tahun baru yang pertama which is MAAL HIJRAH
1434
kenkadang diri sendiri lupa. allahh...
DUN FORGET THAT MA FRENGS

so i got you a special photos

photo taken lepas makan dekat restoran cina muslim sumpah giler sedap Ya ALLAH memang terangkat.
Nanti i cerciter-citer kaysss


my new year resolution:

To be a better person than i was before.

LEPASTU NAK KURUS QWERTYUIOPWAS

resolution yang kedua, enggak tahu bila mau di tunaikan deh, so doa kalian amat saya hargai deh.

memalam nilah mat rewmpitss semua nak buat gathering depan rumah aku.
Hamboi, pilih la stadium merdeka ke shah alam ke litar sepang ke.
hamboi, depan rumah aku dia bukak litar sepang lumba motor race cup bunyi sape lebih rempitss.
hamboi, kang aku turun bawah, weng sekali enjin dia,terangkat bulu roma terus bertaubat balik rumah tolong mak masak.
hamboi, kau nakberhamboi berape kali??

kan dah merepeks.

oh ya awal-awal entry ada cakap pasal kek.
mak rasa eksaited nokss nak citew pasal kek.
dah beli alat masak baru.
Beli pengacau and loyang baru yang tulah aku nak bebelskan sebab loyang mcam chef pakai alaaa yang boleh bukak tepi.
MAK EKSAITED BOKSS

so dia ada bagi yang bunga punya set. ala kek yang berlubang tengah tu.
tapi aku malas upload.
alah kek yang tradisional tu.
Kalau kat kampung aku ada.
tapi besar punya. selalu guna waktu raya.
i olsss duduk tepi perhatikan kutip ilmu.
sikitlagi nak terjun dalam loyang besar gedabak tu.

tadiada dengar ceramah from Al-fadil Ustaz Mohd Faisal waktu ambang 2013 dekat masjid saidina hamzah
dia ada cakap sumthing yang terdengar tadi bikin ana sentapsssss.
okay lemme highlight the ceramah.

~Lalai- Perkara harus yang dilakukan secara berlebihan
4 perkara harus yang kita lakukan dengan kadar yang tidak melebihi batas
A) makan dan minum (hhuhuhuhuhuhuu i lap food, so kurangkan eh, yang lain napsu syerakoh)
B) Berborak ( im not a chatter much, tapi bila cakap, aura bebelisme tu terkeluar jugak ah)
C) Seks (okay highlight for the matures audience onlyyy)
D) Berhibur ( youtube,facebook,BLOGGING, nyanyi, televisyen,and more)
Berkat- Hasil selepas sesuatu pekerjaan di lakukan.
Semua orang dapat rezeki, rezeki dari segi kepandaian, rezeki dari segi wang,rezeki dari segi-bersegi-segi.
tapi daripada hasil usaha itu, ada BERKAT TAK DALAM TU?
musykillah, right?
so put your niat only for ALLAH.
okaylah tu highlight for da ceramah. sorry ayat berbelitss sikit.

ngantuk. mau tidur

adios

p/s: eyebag hoyeahhh *shuffle breakdance*