January 05, 2013

Novel oh novel

Assalamuaalaikum,

Kenapa tajuk cam poyo je?
okay takdelah poyo sangat .
Sebenarnya ada something aku nak luahkan la.
Kenapa novel kat malaysia sekarang banyak tak best ah?
bukan semua, ada sedikit la.
Kebanyakkannya dengan tema kawin kontrak la, terpaksa ganti la, kawin dua,kawin lapan bla,bla,bla,bla

Okay tema cintan cintun tu takdelah aku kisah (merenyam gatai habis) tapi temanya pasal tu jee.
Kalau satu rak buku dekat kedai tu, kisahnya nak dekat sama and satu pesen je .

Okaylah, Kenkadang ayatnya sodapp and pandai diolah.
Setiap novel ada kelebihan masing-masing, cuma kalau jalan citernya yang memanjang sama, aku rasa cam nak gigit kuali je tau  . Stress maks tau. Aku dahlah kaki novel jiwang tegar.

Yelah, aku bukannlah novelis atau sesiapa, tapi aku adalah pelanggan, orang yang membeli.
Jadi orang yang menerbitkan buku tu seharusnya menjaga kualiti buku yang diterbitkan.
Bukannya mementingkan kuantiti.
Mesti ada orang kata 'kalau tak suka tak payah beli'
Well, kenkadang aku suka je baca tema macam tu tapi siapa yang suka baca novel gaya penulisan yang plastik .gaya macam nak cepat siap and terbit .
Ada satu novel tu, ditulis oleh budak 15 tahun punya writer .
Tak kesah la kalau penulisannya, okey dan matang tapi aku baca novelnya tak sedap dan terabur.
takkan editor tak perasan
Aku pulak main sambar je atas rak yelah sinopsis best dan cam syok je.
Balik baca, T_T

so sebelum beli novel sila buat rrsearch dulu, tengok dan kaji . Search kat internet, baca review yang orang tulis.

Maaflah kalau gaya penulisan agak kasar ke hape, tapi aku sedih bila novel yang aku punya expectation terhadapnya tinggi gunung everest, tapi intipatinya,
Sangat mengecewakan.

Tapi aku tetap akan jadi pembaca novel tegar.
Takkan berhenti.
Tapi tu je lah, napsu hilang lepas baca satu novel tu.
Okay takpe takpe.

Doakan novel best keluar. Aku tingin nak baca novel keluaran Fixi tapi tak jumpa waktu carik kt mph.
Disuggestkan anda untuk beli.

Adios