December 31, 2014

yah chincha!

assalamuaalaikum

just a quick post. gah finally i made a poster for my online novel.

which is ugly and i just hentam here and there. Patutnya nak buat ala-ala misterius but i just don't have the idea....
so maybe i will try again next time. duh !

what cheesy cover. not to mention the pantun hahahaha
maybe i should hire a professional to do this

adios.

December 30, 2014

HELP! IM A KPOPPERS

ASSALAMUAALAIKUM
tolong tolong tolong tolong!!


apakah yang urgent sangat ni? mintak penampar sikit.

sejak aku start baca AsianFanFics, i can't help but started to falling over k-pops group and their musics!!

help
oh stop her,
sarang burungnyi shippol- overdose- exo
(i don't even know the real lyrics. don't bash me)

yeah, sila tembak aku. aku dah berjangkit dengan penyakit k-poppers. harap penyakit ini tak menular dan hanya stay dengan EXO je.

hahaha, lawak betul lah *for me lah sebab aku pernah cakap dengan kawan aku yang aku tak mungkin suka muzik kpop (yang rancak,rap, strong music liddat)
but termakan balik cakap tu.

boleh tak, nak cakap tak nak straight A? mana tau khenn..
okay naudzubillah :(((((

pray for me, to get the best result for myself and the best university for me.
it is not the best for my friend or my family.
the best i want for myself. :)

nah enjoy gambar Kai- from exo sebijik.

why does he have to wear more lipstick than me!! 
dan aku stalk sekejap dia (talk about creepy me), dia suka ballet. like seriyesly?!?! i don't even know how to dance to hoki-poki (sila search, )
he likes to dance/sing/rap (kot) and i likes to eat and read and sleep
that's a HUGE difference though

haha cakap macam aku nak menikah dengan dia je

nak dekat dengan dia dalam jarak 100 km pun belum tentu dapat.

okay whatever, ianya hanyalah temporary fangirling. besides,
my heart doesnt have any place for boy that doesn't ______
fill in the blank urself.

adios

p/s: ayah aku tak bagi pegi sukarelawan untuk banjir. Is alright, my father knew the best i think. haha reason aku post ni sebab nak cakap aku masih lagi care dengan dunia luar lagi. ahaha :P

ps/s: ok takde apa pun . dah pi pangkah blog ni

December 29, 2014

hadek hadek dengarlah kisah akak yang poyo ni

assalamuaalaikum to evelibadi. Welcome to my humble blog.

wah wah tetiba intro aku sopan dan lembut sekali. padahal sebelum ni merepek tak tentu hala.

Okay PT3 results has come out recently and the thing that shocked me is the straight-A holder is not less than 200 astudents across Malaysia (sorry if im wrong).
Kau bayangkanlah calon PT3 nak dekat berpuluh-puluh ribu orang tapi straight-A sikit.
Dulu waktu aku PMR pehhhh, hari lepas result keluar aku tak beli paper langsung kauuu. Yelah aku berapa ketul A je, dekat paper budak straight-A semua tunjuk result sambil tersengih. Tu belum dia tunjuk statitik budak straight-A dekat Malaysia (which is im not in) Kang aku bakar paper tu kang (iri hati tak tentu pasal padahal taknak usaha lebih ahah). Tapi aku bersyukur dengan result aku tu.
credit Aku rasa ni gambar budak STPM, but watever.
Okay back to the real story which is story-morey pasal budak PT3. Ramai gak meluahkan perasaan dekat twitter (calon pt3 lah, takde keje budak degree mengamuk pasal exam pt3).
Aku pulak tengok je dorang mengamuk and luah perasaan dan karang ayat sedih sebab result teruk sambil minum cendol makan sepinggan rojak (kuanghajooo). Nak komen," ke kau tak study?" takut  aku kena hentam beramai-ramai pulakkkkkkk. okay aku percaya dia mungkin study hard gila tapi still dapat result kurang memuaskan sebab rezeki dia takde. SPM ada jangan risau. Strive for it!!

Tapi aku setuju bila kerajaan ubah exam format. Sebab dia punya soalan memang betul-betul based on budak tu punya kemahiran berfikir either kritis or kreatif, dua-dua sangat crucial utk paper PT3.
Aku dah tengok contoh percubaan and paper dari Kementerian, aku sendiri nganga. Haha buek malu je budak form 5 belajar add math la konon (poyoooooo), tapi tengok soalan math dia, aku ternganga, lalat ke dragonfly segala serangga masuk aku tak sedar, punya payah soalan dia tu.
Cikgu yang bagi soalan tu dekat aku, gelak sinis punyaaa. Haha sekali dia jawab, hamboi kau kacang je jawapan dia. Soalan kemain membunuh. aghhhhhh

The essential need in PT3 exam is a brain with creativity juice flowing out.
Tu belum soalan BM. KOMSAS bagi aku heelehh petik jari kacang tumbuk semua ah kan. Soalan dia kau nak tembak pakai AK47 pun boleh.

Tapi pada suatu pagi yang hening, datang sorang pengawas india f'3 dekat aku tanya soalan KOMSAS,
"Akak how to do this KOMSAS question?"

aku sebagai seorang bangsa yang berdarah Melayu asli terus capai soalan tu, wah dalam hati riak kemain , setakat KOMSAS korek hidung  je dik

"let me see"

Mula-mula aku baca, oh soalan prosa tradisional. Okay, prosa je. Walaupun aku anti bahagian tu tapi, aku cuba jawab.

Aku terus baca soalan tanpa tengok petikan. Eh soalan bunyi tak logik gila. Aku tak ingat langsung soalan dia apa, tapi bunyi soalan tu memang tak logik tahap gaban. Macam ultraman tu sebenarnya wujud. hah macam tulah tak logik dia.
Aku baca petikan dia banyak-banyak kali.Tengok bahagian belakang kertas. Mana tau ada jawapan tersembunyi.

Pengawas India tu pandang aku dengan pandangan serba salah,
"Aaaaa kak kalau tak boleh tak apa kak"

Aku pandang dia dengan tajam. Lol i cannot back down. Aku ada ego yang nak dipertahankan. Yelah ahkak ni form 5 tak boleh jawab soalan form 3, malu lahhh dik non oiiii.

"Biar akak tanya kawan akak eh."

Dia tersenyum ala-ala 'omaigosh akak ni tak boleh jawab poyo je lebih ah ' hahah suuzon gila aku.

"Takpelah dah ramai orang saya tanya. terima kasih akak." Kata dia lalu mengambil kertas itu dari tangan aku dan berlalu pergi. woih sasteranya ayat.

Dan banyak form 3 gelabah sebab tak boleh jawab soalan KOMSAS TU. yelah cikgu yang mengajar cikgu sahida, cikgu paling tegas. aku nampak dia dari jauh  contoh bilik guru ke,aku dah menyorok celah pokok ke pasu tepi dataran asal dia tak nampak aku. Tapi bila dia jadi warden aku, 100% persepsi aku berubah terhadap dia. She's actually very nice and humble and caring and perfekkkk ahh. Sila masuk raja ali dan kenali beliau.

Tapi aku fikir bagus jugaklah bila soalan tahap membunuh dibuat untuk budak-budak sekarang.
Bila kerajaan buat macam ni, ianya menandakan kualiti pemegang A tu dipertingkatkan. So takdelah senang kacang goreng salut tepung je boleh dapat A macam PMR dolu-dolu. Aku bukan apalah, mehlah aku bukak cerita pada zaman dahulu.
Aku waktu form 3 adalah pelajar yang result so-so. dan aku selalu rasa macam nak gigit buku rekod peperiksaan aku setiap kali tengok result.
Ya semua results okay tiba-tiba math aku tersengih-sengih, HAI SAYA DAPAT D TAPI OKAYLAH TU KHENNNN.
tu belum masuk arab lagi. Arab tu pun satu geng dengan math, tersengih tak malu, HELOOO SAYA DAPAT C, OKAYLAH TU DARIPADA ENCIK MATH , DAPAT D.

aku rasa aku ni tak betul dah, duk bayangkan result tersengih-sengih depan aku. haipp

Lepastu kau bayangkanlah lagi berapa bulan aku nak PMR, my arab and math is at the edge of the cliff, waiting to fall.
Aku pun ambiklah keputusan untuk study dengan kakak aku, yelah mana nak merayap carik cikgu tusyen ngajor aku dekat-dekat pmr (padahal boleh je mintak cikgu sekolah ajar, tapi aku gedik nak balik rumah sebab semua kawan rapat aku amik tusyen dan aku bajet taknak ketinggalan so i made that silly decision)
Well kakak aku ajar okay. Aku improve little by little. Tapi ARAB masih lagi tergantung-gantung di udara. Haaaaaaaaaahhhhhhh bantulah akuuuuuuuuuuuuuuuuuu

sampailah PMR , aku still tak kuasai Arab. Gila kan?
Waktu paper math aku rasa otak aku pegi holiday dekat korea. Objektif aku hentam like sepuluh soalan, dan soalan aku tak hentam tu belum konfem betulnya. Haha nasib paper 2 aku okaylah jugak. Otak aku balik semula dari holiday and dia penat so, dia jawabkanlah jugak beberapa soalan untuk aku . see aku memang tak betul when it comes to math.
oh yeah, same goes to arab, paper arab , otak aku pegi bercuti dekat Dubai. Paper arab 2 jam 30 minit.Aku pun terkontang-kanting menjawab arab hanya selama 30 minit, Sejam tidur and before even the time's up, aku dah keluar. cemerlang betul perangai (tapi waktu aku bangun tidur, kelas aku memang hampir kosong, so sape lagi cemerlang??)

Dan aku expect math aku C dan aku berdoa semoga Arab aku D. wahaha bukan aku ni seorang yang fikrah salbiah nor merendah-rendahkan diri sendiri, tapi i know my own limits.
Tapi alhamdulillah aku dapat B untuk math and C untuk Arab (so unexpected. aku merepek je jawab seriyes talk). Pastu aku berangan rasa diri aku ni genius koooo.(kalau genius patutnya A haha)

Tapi bila aku fikirkan balik, bukannya sebab genius ke hape, tapi rezeki dan lagi satu sebab..... GRED. ya gred untuk PMR akan ditentukan berdasarkan peratus keseluruhan calon. Kalau gila ramai dapat A, okay mari kita naikkan gred. Kalau ramai sangat dapat C, okay mari kita turunkan gred. camtulah alkisahnya.
dan aku rasa dan-dan waktu tu Arab maybe tak ramai dapat A , so dia turunkan gred. haha ni teori Aina Einstein. baca boleh, percaya jangan.

Tapi dengan adanya PT3, gred dia memang selaras woih, semua paper except certain subjek. kalau 80-100 tu A sejak azali, kau memang tak boleh ubah. walaupun berjuta-juta calon dapat F, dia takkan ubah. Awal-awal dapat tahu peratus kita punya paper lagi since cikgu sekolah yang tandakan. And penentuan gred to release even before the results day. Where's the thrill?? haha

Takpelah dik walaupun kau ada dua-tiga ketul A, tapi banggalah ye. Sebab dalam nak dapatkan dua tiga ketul A tu pun kau dah berusaha sampai semput macam larian merentas desa, so be proud on ur own hardwork.
dan aku pun tak tahu kenapa aku duk bebel pasal PT3 while MY SPM RESULT IS NOT YET RELEASE. I SHOULD BE WORRY ABOUT THAT.

Zaman ahkak waktu kurus dulu. ya akak suka menipu. 

tapi sebaik sahaja aku masuk raja ali, my life turns 360 degree
tapi aku malas dah nak tulis. lain post aku kutuk pulak smk raja ali okay. hahha tipu aku sayang raja ali .

yelah post ni je aku dah amik masa dalam 6-7 jam nak tulis ( sebab nak tulis aku rasa lapar, nak tulis aku rasa nak qada' hajat, nak tulis aku rasa aku nak tidur, my life is so busy you know ?!?!)

dah lah , tahniah sapa yang baca post ni sampai habis

adios sayonara

p/s: aku dah start minat kpop. blame the long excessive holiday!!



December 28, 2014

My Typical post, you don't want to read this

Assalamuaalaikum penduduk bumi and if you're an alien (Do Min Joon-shi), hello you can contact me through instagram.no, just hantar rombongan meminang terus. Ya kalau anda bukanlah penonton drama my love from another star, mungkin anda ternganga siapa lah mamat nama pelik tu. sila tengok sekarang pastu boleh lah join kelab seru alien. presidennya saya.

well what a very appropriate introduction. So , i change my blog banner and the wallpaper. Yeah and my bio too. Amacam lebih pink dan geli dan lebih colorful kan? Gambar aku pun nampak ala-ala misterius dan seram. Wah wah. Siapa dia nana niiiiii. Napa nampak gambar dia macam sedih je. Meh saya post kan satu set buku the mediator by meg cabot kat dia ehhhhh (lol my new year's wish list)
Mediadora- The Mediator. well spanish is my thinggggg (poyo padahal boleh je teka)
Aku tengah mencarik satu set cerita the mediator dekat ebay tapi the price , is so cheap it almost rapture my nosehole to death  (pay through the nose)

Aku tengah pikir ayat apa lah yang nak dikarang bagi mencairkan hati encik tajaharis untuk benarkan aku beli. Like seriously MAHAL GILA KOT OMAIGOSHHHHHHHHH SEBAB DIA US DOLLAR KALAU TUKAR RINGGIT, PEH TERKELUAR CEREBRUM AKU.
boleh bayangkan berapa harga dia. Aku capslock wehh menandakan harga dia memang nak nanges T-T

Tulah nak kerja bagi bolehlah dapat gaji so boleh shopping dekat Chanel ke Louis Vutton (nak shopping kat tesco pun tak lepas haha), tapi memandangkan aku pemalas so bye-bye.

Okay back to the real story which is aku dah ubah dah blog aku!! nampak lagi fabulous kauuuu
Banner blog ni aku design berjuta-juta kali baru aku puas hati, well mungkin bagi orang lain nampak plain tapi bagi aku ianya ibarat eiffel tower versi kedua binaan aku sendiri (wau metafora gila)
Dan aku memang takkan terlepas daripada memilih kaler pink purple biru. Well my girlie genetic are too strong. Aku terfikir gak nak ubah jadi hijau hutan belantara ke coklat kayu kayan tapi otak aku stuck dekat color ni.  Dan my photoshop editing skills are very limited because i haven't do any editing since Allah knows when. Well, let me brush up my editing skill first ,then i will decide to change the color theme. (bukanlah sampai pro tahap boleh buat super impose or poster filem yang gempak, just a random skill macam budak first time guna PS)

Aku pun siap tukar lagu blog. Kau bayangkanlah setiap kali aku bukak blog , lagu sama je play dekat setahun. Mau aku rasa macam nak tumbuk skrin laptop.

So aku tukar letak lagu ala-ala islamik tapi still jiwang. Albi Nadak sedap gilerssss. Noob kan aku . Padahal lagu tu dah berzaman femes, aku baru sedar sebab adik aku recommend kat aku (dia pun baru tau hahah geng sep sikit)
Dan bila di teliti maksud dia, well it was more to cinta seorang lelaki yang sangat mendalam terhadap seorang wanita and dia harap sangat perempuan tu boleh dengar suara hati dia.
Albi Nadak = dengarlah hatiku
Haha dengar lirik arab macam Yizlamik gitu but maksud lagu tu sama je macam lagu jiwang melayu lain.
credit: WeHeartIt
Aku geram pulak dengan setting blogger yang baru. Yelah aku nak coding pun tak boleh (nak twerk sikit blockquote sebab hodoh gila takde color langsung but i can't :[ )
Sebenarnya setting ni dah lama ubah around last two years i think. haha nampak tak betapa lamanya aku simpan kegeraman aku. Jadi aku tak boleh dah ubah sesikit jadi ada blink blink ke, link rainbow ke.
Biarlah asal aku boleh still tulis.

well i want to write a story regarding to PT3 but im doing it in another post so kalau kau nambar aku tulis dua post dalam sehari, just assume aku dah bosan tahap gaban.

adios


December 14, 2014

BIARLAH HATI NI BERBICARA SEBAB SAYA MEMANG MACAM TU

Assalamuaalaikum

berazam untuk update dan macam azam aku yang sebelum ni, well, it never has been achieved. so lol sana lol sini jelah jawapnya.

Aku pun baru tamat SPM kekdahnya. Macam biasa im a little bit paranoid about my oncoming result that will be released around March, i think. i have never been so afraid in my entire life and im hoping for the best.

ya hope is just a hope. Aku takut aku sedih dan frust. Ya i have been struggling for almost 4 month. donwload paper trial bagai. And you know what, almost all of the question in the spm paper are NOT THE SAME COMPARED TO THE STATE TRIAL EXAMINATION. AKU RASA NAK PEGI BOM JE LEMBAGA PEPERIKSAAN DEKAT JALAN DUTA YA EMO KAN AKUUUUU

hahaha aku mampu gelak dalam tangisan. huish dramatik siot.
 Kawan-kawan aku pulak , aku tak tanya pulak pendapat dorang. tapi aku tahu dorang dah study yang terbaik punya lagi-lagi budak dorm masyitah. cuba try masuk dorm dorang waktu malam besoknya ada paper, kau try buat lawak dan yer kau rasa nak nangis tengok betapa powernya lawak kau sampai takde sorang pun nak gelakkkan lawak kau dan pandang kau dengan pandangan yang menembusi pankreas kau. aku dah rasa dan aku tak nak rasa lagi.

tapi there is no point crying or sobbing or rolling on the floor like a mad person while biting ur own thumb begging the invigilator to give back ur papers and repeat the paper with Biology book next to you ( My biology papers are the worst among the other papers). Kita dah tak boleh ulang balik unless kau nak paper julai (Nauzubillah)

so saya ghedho je lah. pasghah pun mungkin. haha kita dah cuba, kita dah usaha, kita dah buat terbaik kita, tapi kalau itu bukan kehendak-Nya, Kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi. Terus berdoa dan berdoa.

tutup mata dan senyum dan cuba tidur sambil mimpi So Ji-Sub (sangat hensem membuatkan saya tidak menundukkan pandangan. astaghfirullah. ya pandang dia lama-lama mampu buat mata bedarah juga.)

sejak aku tengok the master's sun, agghhh i just can't remove his image out of my mind. and percaya tak dia ni 37 tahun . He is so old yet his face is so damn young. (over noks)
 ya aku cuba untuk lupakan apa yang akan berlaku 3 bulan akan datang. so aku fokus pada 3 bulan yang ada sekarang untuk isikan waktu ni dengan benda aku yang tak dapat buat waktu preparation untuk SPM  dulu. Such as,
online sampai nak terkeluar retina mata,
stalk artis korea*wohoo,
tengok citer korea,
 tengok movie,
 baring dan tenung siling sampai sakit giler belakang,
boleh baca novel without any sense of guilt,
 boleh kerja which is the thing i never done before so boleh la try kalau berani,
 spending time with family (lol apahal ni last)

kenapa jumpa kawan takde dalam list? sebab aku puas dah tengok muka dorang selama dua tahun ni. duduk asrama pulak jarang balik, heh muka kawan-kawan jugak yang dihadap aku sepanjang duduk asrama
. tapi ada teeny-tiny bit of rindu la jugak sebenarnya. baru je hari tu buat reunion budak gedik dorm rabiatul adawiyah ( me, izzah qamar-ish)

ya banyak betul cerita dan well dia sebenarnya kena lepak dekat satu tempat which boleh baring dan makan. baru syok bercerita. bila keluar, dia macam susah nak gelak kuat-kuat, timingnya lagi. wuh banyak betul citer aku nikan

takpe ada jodoh kita ketemu lagi ya dong.
takde motif pun letak gambar ni. aku rasa lawa dan tenang (macam saya huhuhuhuhuhuhuh)
haip aku nak citer something la. Aku ada penyakit which is unknown lagi (kalau tahu please tell meeeeeeeeeeeeee)
penyakit dia bila kau baca sebuah novel atau tengok movie tu, kau langsung tak boleh bawak keluar benda tu dari minda. Kau asyik teringat betapa intensenya perwatakan yang dibawak oleh watak tu. Kau rasa kau nak jadi macam dia. Pastu bila kau buat something yang similar dengan watak tu buat dalam movie or buku (dia pegi beli grocery ke) kau tend to follow the action of the character.
ya aku rasa nak tampar pipi aku laju-laju pastu benam kepala dalam kawah penuh dengan ketam hidup biar diorang ketip aku dan sedarkan aku supaya kembali ke alam realiti.

aku ingat lagi waktu darjah enam aku baca novel new moon by stephanie meyer. hahah not suitable for my age tapi entah aku gerammmm pulak teringin nak baca so beli jelah. dalam citer tu Bella tak suka bday, aku pun terpengaruh ikut tak suka bday! ya kalau boleh aku pinjam doraemon punya meja tu balik masa silam dan backhand diri aku yang dulu sambil pesan
" be urself and plis diet. future nana terseksa nak beli baju lawa hahaa"

Ya sampaikan waktu tu orang yang aku admire Mr.ehemgelisakittekak wish aku bday, aku marah dia. Ya Allah ampunkan dosakuuuuuu. Betapa tah papenya aku dulu. Konfem dia tak berani wish dah.
 bila aku dah masuk f'1 baru lah watak Bella tu perlahan-lahan dissapear dari minda aku.
ya Kau cuba bayangkan bella (kristen stewart ) pastu bayangkan aku. betapa jauh lima juta ganda beza daripada aku.

Back to the real story, aku dah tengok citer The Master's sun pastu aku kan ehhhhhhh, tak boleh lupakan citer tu sebab dia punya permainan emosi sangat strong okay. Dia pandai twist hati kita and on episode 12 my tears dropped!
ya episode palinggggggggggggggggggggggggggggggggg tear-jerker sampai aku nak jerit sambil mengalir air mata tau (im such an emotional girl liddat)

Ya aku tahu aku sangat lame , the master's sun tu dah berzaman keluar, aku baru nak tengok.
but there is a little tiny pang of regret inside my heart, you know what because i was so moved by the drama, i cannot forget about it even a second. so nak buat bende lain pun susah. hahahaha, kalau nampak aku jalan-jalan dekat luar, sila lah headlock aku dan baca yassin di telinga. Yelah asyik teringattttttttttttttt ahhhhhh!!
okay im officially insane.
saranghae ,Taeyang- Joo Joong Won. Lepas dia cakap dia terus blah!! woi kau dah cakap kau suka pompuan tu pastu kau blah, sangat kejammmmmmm hokay. walaupun aku tak terlibat pun dalam cerita ni, tapi aku amat merasai kesakitan cinta kita pergi buat selama-lamanya T-T amboi emosi macam perempuan pregnant 5 bulan .dasat betul
Insyallah slowly aku akan detached la dari citer ni. tapi tulah lambat dan im in agonyyyyyyyyyyyy tau waiting for the overly-attached feeling towards this drama to fade away.
samalah macam kes cerita SECRET GARDEN  (sila klik kalau nak baca kisah post-before-PMR-results)
silalah tengok ya. Kalau kau jenis yang emosi tak stabil, tengok kucing lapar pun dah nangis, emm jangan lah tengok citer ni . (lol tengok jelah. )

Sometimes novel , drama,movie atau kata-kata tu mampu membuatkan kita rasa lain macam. A pang of feeling direct towards our liver.
Dan aku ni jenis suka dengar or watch the smallest thing or gesture made by someone towards me.

Such as, aku nangis macam nak mati, meleleh air mata, hingus keluar macam paip pecah, hidung merah, dahlah aku muka macam tembok retak, kalau menangis lagilah macam hape,
tapi tiba-tiba datang sorang kawan, dia datang gosok belakang aku dan tengok je aku nangis. ya tengok je aku nangis. Pastu dia diam dan aku pun diam. Bila aku bukak mulut nak cerita barulah dia tanya sikit-sikit. Bagi aku, kawan macam tu yang terbaik. Dia akan dengar kita nangis dan dia sabar . Niat dia dalam hati bukan sekadar curiosity but more to empathy . Ya, aku jumpa sorang jelah kawan macam ni. Yang lain kebanyakkannya hanya sekadar nak tahu story dan okay bye bye kau solve lah sendiri. ada yang pretend untuk bagi solution itu ini, merepek meraban pastu end-up aku yang kena dengar dia cerita dan bukannya dia dengar masalah aku.
Ada yang akan dengar masalah pastu mulakan misi kepak ayam dia which is sebarkan dekat orang ramai
"pehal nana nangis weh.."
"dia bla,.. bla..."

dan selalunya dia cerita tak accurately according to my story.

ya hati-hatilah pilih kawan. ada yang dengar atas dasar yelah kawan dengar lah. keikhlasan dia tak boleh dibaca tapi dari gesture dan kata-kata dia, kita mampu tebak perasaan dan hati dia yang sebenarnya. Ha ha.ha.

So kalau jumpa aku , elok-elok naaaa. aku ni jenis yang suka perati orang dalam diam dan aku boleh rasa jiwa dia (hahaha tipu sebenarnya, aku tak tahu pun jiwa orang tapi aku memang suka ushar orang)

okay emosi tau.

dah la here is a piece of advice:
everyone is a fake. you will never know what ur parent or friend or sibling is up to
Apa yang sebenarnya ada dlam hati, aib yang dia pernah buat. ye dia selindung,
Dan yes, kau tak perlu tahu. bukan semua benda kau kena tahu. Tahu benda yang kau perlu tahu, kalau kau rasa benda tu bila kau tahu akan menyebabkan persepsi kau kat orang tu berubah, better kau jangan tahu.
ya nasihat ni tak berguna sangat pun sebab aku pun selalu je buat bertentangan dengan apa yang aku cakap.



kadang-kadang apa yang ada dalam hidup ni kita kena appreciate even the smallest thing. aku selalu tak bersyukur, komplen sana komplen sini hidup aku ujian berat lah apalah padahal apa yang dilalui orang lain lagi berat. aku je yang tak beryukur dengan apa yang ada.
kita mesti nak yang terbaik tapi kalau dah berusaha dan tak dapat tak apalah, bersederhana jelah kan :)

yes it still matter because i always keep confine myself in memory

adios

December 04, 2014

okay.

assalamuaalaikum gegirlssssssssssssssssssssssss

ye i will be back for some more hottest update and daily news about my life (bajet retis, amponnnn gila glemer minah ni)

okay so malam ni update, maybe? i will pour out some juicy detail about my love-life (which is my crush went to plkn)
and i did not have a chance to talk to him because he was like, i don't even know him, i only fall for his KP image (sekolah lain , sekolah top kl. stop dreaming. )


saya habis spm dan masih takde arah tuju nak kerja apa like what am i doing with my life, wuttsssss =-="

dan result saya mungkin, entahlah adalah seketul dua ketul A, inshallah (so much for negative thoughts)

okay later uolls

October 06, 2014

rindu gila gabannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Assalamuaalaikum yalllssssss

ya allah rindunya blog aku sorang ni macam aku rindu anak aku yang pegi uk tu haipsss

amin (moga pegi uk walaupun harapan nipis naaaa)

okay aku sekarang dah berada di dalam posisi sebagai seorang calon spm dan hati aku kuat berdoa and tangan aku kuat menulis, kuat berfikir , kuat stress.

aku hidup dengan blog sejak aku form 2 sehingga lah sekarang ku dah form 5.
lol boleh compared kematangan aku sekarang. ayat pun stok-stok skema ala-ala karangan cemerlang bm je.

okaylah last aku nak cakap

doakan kecemerlangan SPM MOGA-MOGA AKU DAPAT JAWAB DENGAN HATI YANG TENANG SENTIASA DIPERMUDAHKAN AMINNNNNNNNNNNNNNNNNN
DUHAI NURUL AI'NA BT MOHD TAJAHARIS MOGA KAU MUDAH MENJAWAB, TERANG HATI, LANCAR BERFIKIR INSYALLAH :D

YA AKU TAHU MUKA MINTAK PENAMPAR. MAAP JIKA AKU TAK SEMPURNA
adios

June 09, 2014

peperiksaan pertengahan tahun

assalamuaalaikum dah lama giler kotss tak menulis
siap private blog. per cer nananaaanananan

aku sekarang tengah prepare untuk death.
Yep every moment in ur life are counted.
for afterlife. after you dead. so im preparing for death

kalau kau jumpa kawan lama,dia tanya 'So watcha doin' right now, bro?'

'Im preparing for death la kawan'

so much for creepy answer
. haha lets talk about something else. For Example, my exam result!!

my face when i open saps
sangat devastated dan sedih dan geram(dengan diri sendiri opkos) and all mixed up into one brain. ye one brain and that is my brain. Okay waktu exam ayah aku kawin, so i just can't swallowed it well. Sebelum tu lagi. Banyak probs aku. Aku langsung tak prepare utk exam and aku duk fikir trip to kemboja je. Jadi macam otak sedikit mix up gituuueeww. And aku tak tahu apa masalah aku yang sebenar sampai result aku menjunam macam tu sekali.

Cikgu cakap- awak tertekan sebab ayah awak kawin.  Awak tahu tak ada orang lagi teruk nasib dia dari awak, ayah dkt jail etc etc. Awak kena bersabar. Exam lepas ni buat lebih baik... Masalah dekat asrama tu buat tak peduli je. Sekarang awak biarkan je dorang tu. fokus pada exam

mak and kakak aku cakap- na, dah dah la aktiviti koko tu. na tumpu pada exam je sekarang. Papa kawin lain takpe , asal dia masih lagi beri nafkah dan jaga kita dengan baik cukup.

aku cakap- WELL I DON'T EXACTLY KNOW WHAT MY PROBLEM IS BUT THANKS FOR THE THOUGHTS ANWAY.

ya aku sendiri tak tahu apa problem aku. Aku nangis dekat cikgu sebab aku tak tahu problem apa yang ada dkt otak aku sampai result aku jatuh teruk. Sakai jugak aku ni. Aku ceritalah semua masalah aku dekat cikgu dan kakak dan mak aku tapi sebenarnya aku sendiri tak tahu what's clouding my mind right now.

Hmmm kifarah dosa aku selama ni kot. Aku dah cuba sehabis baik tapi allah yang tentukan semuanya.

Sabar ek na.

p/s: i really wanted to cry but too much crying swelled my eyes and swelled eyes doesn't look good on me. alasan hah

February 28, 2014

tak pernah berjumpa

assalamuaalaikum

heh, sambil menaip sambil mengalirkan peluh.
apa air mata?
tak rock hahaha

tipu manusia lemah sebenarnya. tipu kau tak pernah nangis.

tapi asyik nangis,,gedik tahap lempang laju-laju.
nangis sebab dosa tahan la

ni,nangis sebab pakwe lari.

i just can't get the feeling..
maybe because i have never been in love. so that's why.

Kenapa kita dah tahu benda yang tak kekal kita cinta sehabis yang mungkin.
Benda yang kekal, yang beri kasih dan rahmat, beri petunjuk siap bagi cinta , kita buat dunno?

Don't find me if you just broke up with ur so-called "sehidup-semati". i won't bother.
not kejam. Tapi malas. penat. sebab hidup aku pun banyak masalah. trouble an everything.
tu belum masalah crush dah ada awek lain. heboh satu dunia crush dia diambil orang. hello, first come first serve. kau lambat kau melepas. takpelah sekurang-kurangnya, kurang satu jalan kau menuju zina ye dak?

sorry for being harsh. not in mood.

please lowered ur ego. tak bawak kubur .