December 14, 2014

BIARLAH HATI NI BERBICARA SEBAB SAYA MEMANG MACAM TU

Assalamuaalaikum

berazam untuk update dan macam azam aku yang sebelum ni, well, it never has been achieved. so lol sana lol sini jelah jawapnya.

Aku pun baru tamat SPM kekdahnya. Macam biasa im a little bit paranoid about my oncoming result that will be released around March, i think. i have never been so afraid in my entire life and im hoping for the best.

ya hope is just a hope. Aku takut aku sedih dan frust. Ya i have been struggling for almost 4 month. donwload paper trial bagai. And you know what, almost all of the question in the spm paper are NOT THE SAME COMPARED TO THE STATE TRIAL EXAMINATION. AKU RASA NAK PEGI BOM JE LEMBAGA PEPERIKSAAN DEKAT JALAN DUTA YA EMO KAN AKUUUUU

hahaha aku mampu gelak dalam tangisan. huish dramatik siot.
 Kawan-kawan aku pulak , aku tak tanya pulak pendapat dorang. tapi aku tahu dorang dah study yang terbaik punya lagi-lagi budak dorm masyitah. cuba try masuk dorm dorang waktu malam besoknya ada paper, kau try buat lawak dan yer kau rasa nak nangis tengok betapa powernya lawak kau sampai takde sorang pun nak gelakkkan lawak kau dan pandang kau dengan pandangan yang menembusi pankreas kau. aku dah rasa dan aku tak nak rasa lagi.

tapi there is no point crying or sobbing or rolling on the floor like a mad person while biting ur own thumb begging the invigilator to give back ur papers and repeat the paper with Biology book next to you ( My biology papers are the worst among the other papers). Kita dah tak boleh ulang balik unless kau nak paper julai (Nauzubillah)

so saya ghedho je lah. pasghah pun mungkin. haha kita dah cuba, kita dah usaha, kita dah buat terbaik kita, tapi kalau itu bukan kehendak-Nya, Kalau Allah nak bagi, Dia akan bagi. Terus berdoa dan berdoa.

tutup mata dan senyum dan cuba tidur sambil mimpi So Ji-Sub (sangat hensem membuatkan saya tidak menundukkan pandangan. astaghfirullah. ya pandang dia lama-lama mampu buat mata bedarah juga.)

sejak aku tengok the master's sun, agghhh i just can't remove his image out of my mind. and percaya tak dia ni 37 tahun . He is so old yet his face is so damn young. (over noks)
 ya aku cuba untuk lupakan apa yang akan berlaku 3 bulan akan datang. so aku fokus pada 3 bulan yang ada sekarang untuk isikan waktu ni dengan benda aku yang tak dapat buat waktu preparation untuk SPM  dulu. Such as,
online sampai nak terkeluar retina mata,
stalk artis korea*wohoo,
tengok citer korea,
 tengok movie,
 baring dan tenung siling sampai sakit giler belakang,
boleh baca novel without any sense of guilt,
 boleh kerja which is the thing i never done before so boleh la try kalau berani,
 spending time with family (lol apahal ni last)

kenapa jumpa kawan takde dalam list? sebab aku puas dah tengok muka dorang selama dua tahun ni. duduk asrama pulak jarang balik, heh muka kawan-kawan jugak yang dihadap aku sepanjang duduk asrama
. tapi ada teeny-tiny bit of rindu la jugak sebenarnya. baru je hari tu buat reunion budak gedik dorm rabiatul adawiyah ( me, izzah qamar-ish)

ya banyak betul cerita dan well dia sebenarnya kena lepak dekat satu tempat which boleh baring dan makan. baru syok bercerita. bila keluar, dia macam susah nak gelak kuat-kuat, timingnya lagi. wuh banyak betul citer aku nikan

takpe ada jodoh kita ketemu lagi ya dong.
takde motif pun letak gambar ni. aku rasa lawa dan tenang (macam saya huhuhuhuhuhuhuh)
haip aku nak citer something la. Aku ada penyakit which is unknown lagi (kalau tahu please tell meeeeeeeeeeeeee)
penyakit dia bila kau baca sebuah novel atau tengok movie tu, kau langsung tak boleh bawak keluar benda tu dari minda. Kau asyik teringat betapa intensenya perwatakan yang dibawak oleh watak tu. Kau rasa kau nak jadi macam dia. Pastu bila kau buat something yang similar dengan watak tu buat dalam movie or buku (dia pegi beli grocery ke) kau tend to follow the action of the character.
ya aku rasa nak tampar pipi aku laju-laju pastu benam kepala dalam kawah penuh dengan ketam hidup biar diorang ketip aku dan sedarkan aku supaya kembali ke alam realiti.

aku ingat lagi waktu darjah enam aku baca novel new moon by stephanie meyer. hahah not suitable for my age tapi entah aku gerammmm pulak teringin nak baca so beli jelah. dalam citer tu Bella tak suka bday, aku pun terpengaruh ikut tak suka bday! ya kalau boleh aku pinjam doraemon punya meja tu balik masa silam dan backhand diri aku yang dulu sambil pesan
" be urself and plis diet. future nana terseksa nak beli baju lawa hahaa"

Ya sampaikan waktu tu orang yang aku admire Mr.ehemgelisakittekak wish aku bday, aku marah dia. Ya Allah ampunkan dosakuuuuuu. Betapa tah papenya aku dulu. Konfem dia tak berani wish dah.
 bila aku dah masuk f'1 baru lah watak Bella tu perlahan-lahan dissapear dari minda aku.
ya Kau cuba bayangkan bella (kristen stewart ) pastu bayangkan aku. betapa jauh lima juta ganda beza daripada aku.

Back to the real story, aku dah tengok citer The Master's sun pastu aku kan ehhhhhhh, tak boleh lupakan citer tu sebab dia punya permainan emosi sangat strong okay. Dia pandai twist hati kita and on episode 12 my tears dropped!
ya episode palinggggggggggggggggggggggggggggggggg tear-jerker sampai aku nak jerit sambil mengalir air mata tau (im such an emotional girl liddat)

Ya aku tahu aku sangat lame , the master's sun tu dah berzaman keluar, aku baru nak tengok.
but there is a little tiny pang of regret inside my heart, you know what because i was so moved by the drama, i cannot forget about it even a second. so nak buat bende lain pun susah. hahahaha, kalau nampak aku jalan-jalan dekat luar, sila lah headlock aku dan baca yassin di telinga. Yelah asyik teringattttttttttttttt ahhhhhh!!
okay im officially insane.
saranghae ,Taeyang- Joo Joong Won. Lepas dia cakap dia terus blah!! woi kau dah cakap kau suka pompuan tu pastu kau blah, sangat kejammmmmmm hokay. walaupun aku tak terlibat pun dalam cerita ni, tapi aku amat merasai kesakitan cinta kita pergi buat selama-lamanya T-T amboi emosi macam perempuan pregnant 5 bulan .dasat betul
Insyallah slowly aku akan detached la dari citer ni. tapi tulah lambat dan im in agonyyyyyyyyyyyy tau waiting for the overly-attached feeling towards this drama to fade away.
samalah macam kes cerita SECRET GARDEN  (sila klik kalau nak baca kisah post-before-PMR-results)
silalah tengok ya. Kalau kau jenis yang emosi tak stabil, tengok kucing lapar pun dah nangis, emm jangan lah tengok citer ni . (lol tengok jelah. )

Sometimes novel , drama,movie atau kata-kata tu mampu membuatkan kita rasa lain macam. A pang of feeling direct towards our liver.
Dan aku ni jenis suka dengar or watch the smallest thing or gesture made by someone towards me.

Such as, aku nangis macam nak mati, meleleh air mata, hingus keluar macam paip pecah, hidung merah, dahlah aku muka macam tembok retak, kalau menangis lagilah macam hape,
tapi tiba-tiba datang sorang kawan, dia datang gosok belakang aku dan tengok je aku nangis. ya tengok je aku nangis. Pastu dia diam dan aku pun diam. Bila aku bukak mulut nak cerita barulah dia tanya sikit-sikit. Bagi aku, kawan macam tu yang terbaik. Dia akan dengar kita nangis dan dia sabar . Niat dia dalam hati bukan sekadar curiosity but more to empathy . Ya, aku jumpa sorang jelah kawan macam ni. Yang lain kebanyakkannya hanya sekadar nak tahu story dan okay bye bye kau solve lah sendiri. ada yang pretend untuk bagi solution itu ini, merepek meraban pastu end-up aku yang kena dengar dia cerita dan bukannya dia dengar masalah aku.
Ada yang akan dengar masalah pastu mulakan misi kepak ayam dia which is sebarkan dekat orang ramai
"pehal nana nangis weh.."
"dia bla,.. bla..."

dan selalunya dia cerita tak accurately according to my story.

ya hati-hatilah pilih kawan. ada yang dengar atas dasar yelah kawan dengar lah. keikhlasan dia tak boleh dibaca tapi dari gesture dan kata-kata dia, kita mampu tebak perasaan dan hati dia yang sebenarnya. Ha ha.ha.

So kalau jumpa aku , elok-elok naaaa. aku ni jenis yang suka perati orang dalam diam dan aku boleh rasa jiwa dia (hahaha tipu sebenarnya, aku tak tahu pun jiwa orang tapi aku memang suka ushar orang)

okay emosi tau.

dah la here is a piece of advice:
everyone is a fake. you will never know what ur parent or friend or sibling is up to
Apa yang sebenarnya ada dlam hati, aib yang dia pernah buat. ye dia selindung,
Dan yes, kau tak perlu tahu. bukan semua benda kau kena tahu. Tahu benda yang kau perlu tahu, kalau kau rasa benda tu bila kau tahu akan menyebabkan persepsi kau kat orang tu berubah, better kau jangan tahu.
ya nasihat ni tak berguna sangat pun sebab aku pun selalu je buat bertentangan dengan apa yang aku cakap.



kadang-kadang apa yang ada dalam hidup ni kita kena appreciate even the smallest thing. aku selalu tak bersyukur, komplen sana komplen sini hidup aku ujian berat lah apalah padahal apa yang dilalui orang lain lagi berat. aku je yang tak beryukur dengan apa yang ada.
kita mesti nak yang terbaik tapi kalau dah berusaha dan tak dapat tak apalah, bersederhana jelah kan :)

yes it still matter because i always keep confine myself in memory

adios