December 29, 2014

hadek hadek dengarlah kisah akak yang poyo ni

assalamuaalaikum to evelibadi. Welcome to my humble blog.

wah wah tetiba intro aku sopan dan lembut sekali. padahal sebelum ni merepek tak tentu hala.

Okay PT3 results has come out recently and the thing that shocked me is the straight-A holder is not less than 200 astudents across Malaysia (sorry if im wrong).
Kau bayangkanlah calon PT3 nak dekat berpuluh-puluh ribu orang tapi straight-A sikit.
Dulu waktu aku PMR pehhhh, hari lepas result keluar aku tak beli paper langsung kauuu. Yelah aku berapa ketul A je, dekat paper budak straight-A semua tunjuk result sambil tersengih. Tu belum dia tunjuk statitik budak straight-A dekat Malaysia (which is im not in) Kang aku bakar paper tu kang (iri hati tak tentu pasal padahal taknak usaha lebih ahah). Tapi aku bersyukur dengan result aku tu.
credit Aku rasa ni gambar budak STPM, but watever.
Okay back to the real story which is story-morey pasal budak PT3. Ramai gak meluahkan perasaan dekat twitter (calon pt3 lah, takde keje budak degree mengamuk pasal exam pt3).
Aku pulak tengok je dorang mengamuk and luah perasaan dan karang ayat sedih sebab result teruk sambil minum cendol makan sepinggan rojak (kuanghajooo). Nak komen," ke kau tak study?" takut  aku kena hentam beramai-ramai pulakkkkkkk. okay aku percaya dia mungkin study hard gila tapi still dapat result kurang memuaskan sebab rezeki dia takde. SPM ada jangan risau. Strive for it!!

Tapi aku setuju bila kerajaan ubah exam format. Sebab dia punya soalan memang betul-betul based on budak tu punya kemahiran berfikir either kritis or kreatif, dua-dua sangat crucial utk paper PT3.
Aku dah tengok contoh percubaan and paper dari Kementerian, aku sendiri nganga. Haha buek malu je budak form 5 belajar add math la konon (poyoooooo), tapi tengok soalan math dia, aku ternganga, lalat ke dragonfly segala serangga masuk aku tak sedar, punya payah soalan dia tu.
Cikgu yang bagi soalan tu dekat aku, gelak sinis punyaaa. Haha sekali dia jawab, hamboi kau kacang je jawapan dia. Soalan kemain membunuh. aghhhhhh

The essential need in PT3 exam is a brain with creativity juice flowing out.
Tu belum soalan BM. KOMSAS bagi aku heelehh petik jari kacang tumbuk semua ah kan. Soalan dia kau nak tembak pakai AK47 pun boleh.

Tapi pada suatu pagi yang hening, datang sorang pengawas india f'3 dekat aku tanya soalan KOMSAS,
"Akak how to do this KOMSAS question?"

aku sebagai seorang bangsa yang berdarah Melayu asli terus capai soalan tu, wah dalam hati riak kemain , setakat KOMSAS korek hidung  je dik

"let me see"

Mula-mula aku baca, oh soalan prosa tradisional. Okay, prosa je. Walaupun aku anti bahagian tu tapi, aku cuba jawab.

Aku terus baca soalan tanpa tengok petikan. Eh soalan bunyi tak logik gila. Aku tak ingat langsung soalan dia apa, tapi bunyi soalan tu memang tak logik tahap gaban. Macam ultraman tu sebenarnya wujud. hah macam tulah tak logik dia.
Aku baca petikan dia banyak-banyak kali.Tengok bahagian belakang kertas. Mana tau ada jawapan tersembunyi.

Pengawas India tu pandang aku dengan pandangan serba salah,
"Aaaaa kak kalau tak boleh tak apa kak"

Aku pandang dia dengan tajam. Lol i cannot back down. Aku ada ego yang nak dipertahankan. Yelah ahkak ni form 5 tak boleh jawab soalan form 3, malu lahhh dik non oiiii.

"Biar akak tanya kawan akak eh."

Dia tersenyum ala-ala 'omaigosh akak ni tak boleh jawab poyo je lebih ah ' hahah suuzon gila aku.

"Takpelah dah ramai orang saya tanya. terima kasih akak." Kata dia lalu mengambil kertas itu dari tangan aku dan berlalu pergi. woih sasteranya ayat.

Dan banyak form 3 gelabah sebab tak boleh jawab soalan KOMSAS TU. yelah cikgu yang mengajar cikgu sahida, cikgu paling tegas. aku nampak dia dari jauh  contoh bilik guru ke,aku dah menyorok celah pokok ke pasu tepi dataran asal dia tak nampak aku. Tapi bila dia jadi warden aku, 100% persepsi aku berubah terhadap dia. She's actually very nice and humble and caring and perfekkkk ahh. Sila masuk raja ali dan kenali beliau.

Tapi aku fikir bagus jugaklah bila soalan tahap membunuh dibuat untuk budak-budak sekarang.
Bila kerajaan buat macam ni, ianya menandakan kualiti pemegang A tu dipertingkatkan. So takdelah senang kacang goreng salut tepung je boleh dapat A macam PMR dolu-dolu. Aku bukan apalah, mehlah aku bukak cerita pada zaman dahulu.
Aku waktu form 3 adalah pelajar yang result so-so. dan aku selalu rasa macam nak gigit buku rekod peperiksaan aku setiap kali tengok result.
Ya semua results okay tiba-tiba math aku tersengih-sengih, HAI SAYA DAPAT D TAPI OKAYLAH TU KHENNNN.
tu belum masuk arab lagi. Arab tu pun satu geng dengan math, tersengih tak malu, HELOOO SAYA DAPAT C, OKAYLAH TU DARIPADA ENCIK MATH , DAPAT D.

aku rasa aku ni tak betul dah, duk bayangkan result tersengih-sengih depan aku. haipp

Lepastu kau bayangkanlah lagi berapa bulan aku nak PMR, my arab and math is at the edge of the cliff, waiting to fall.
Aku pun ambiklah keputusan untuk study dengan kakak aku, yelah mana nak merayap carik cikgu tusyen ngajor aku dekat-dekat pmr (padahal boleh je mintak cikgu sekolah ajar, tapi aku gedik nak balik rumah sebab semua kawan rapat aku amik tusyen dan aku bajet taknak ketinggalan so i made that silly decision)
Well kakak aku ajar okay. Aku improve little by little. Tapi ARAB masih lagi tergantung-gantung di udara. Haaaaaaaaaahhhhhhh bantulah akuuuuuuuuuuuuuuuuuu

sampailah PMR , aku still tak kuasai Arab. Gila kan?
Waktu paper math aku rasa otak aku pegi holiday dekat korea. Objektif aku hentam like sepuluh soalan, dan soalan aku tak hentam tu belum konfem betulnya. Haha nasib paper 2 aku okaylah jugak. Otak aku balik semula dari holiday and dia penat so, dia jawabkanlah jugak beberapa soalan untuk aku . see aku memang tak betul when it comes to math.
oh yeah, same goes to arab, paper arab , otak aku pegi bercuti dekat Dubai. Paper arab 2 jam 30 minit.Aku pun terkontang-kanting menjawab arab hanya selama 30 minit, Sejam tidur and before even the time's up, aku dah keluar. cemerlang betul perangai (tapi waktu aku bangun tidur, kelas aku memang hampir kosong, so sape lagi cemerlang??)

Dan aku expect math aku C dan aku berdoa semoga Arab aku D. wahaha bukan aku ni seorang yang fikrah salbiah nor merendah-rendahkan diri sendiri, tapi i know my own limits.
Tapi alhamdulillah aku dapat B untuk math and C untuk Arab (so unexpected. aku merepek je jawab seriyes talk). Pastu aku berangan rasa diri aku ni genius koooo.(kalau genius patutnya A haha)

Tapi bila aku fikirkan balik, bukannya sebab genius ke hape, tapi rezeki dan lagi satu sebab..... GRED. ya gred untuk PMR akan ditentukan berdasarkan peratus keseluruhan calon. Kalau gila ramai dapat A, okay mari kita naikkan gred. Kalau ramai sangat dapat C, okay mari kita turunkan gred. camtulah alkisahnya.
dan aku rasa dan-dan waktu tu Arab maybe tak ramai dapat A , so dia turunkan gred. haha ni teori Aina Einstein. baca boleh, percaya jangan.

Tapi dengan adanya PT3, gred dia memang selaras woih, semua paper except certain subjek. kalau 80-100 tu A sejak azali, kau memang tak boleh ubah. walaupun berjuta-juta calon dapat F, dia takkan ubah. Awal-awal dapat tahu peratus kita punya paper lagi since cikgu sekolah yang tandakan. And penentuan gred to release even before the results day. Where's the thrill?? haha

Takpelah dik walaupun kau ada dua-tiga ketul A, tapi banggalah ye. Sebab dalam nak dapatkan dua tiga ketul A tu pun kau dah berusaha sampai semput macam larian merentas desa, so be proud on ur own hardwork.
dan aku pun tak tahu kenapa aku duk bebel pasal PT3 while MY SPM RESULT IS NOT YET RELEASE. I SHOULD BE WORRY ABOUT THAT.

Zaman ahkak waktu kurus dulu. ya akak suka menipu. 

tapi sebaik sahaja aku masuk raja ali, my life turns 360 degree
tapi aku malas dah nak tulis. lain post aku kutuk pulak smk raja ali okay. hahha tipu aku sayang raja ali .

yelah post ni je aku dah amik masa dalam 6-7 jam nak tulis ( sebab nak tulis aku rasa lapar, nak tulis aku rasa nak qada' hajat, nak tulis aku rasa aku nak tidur, my life is so busy you know ?!?!)

dah lah , tahniah sapa yang baca post ni sampai habis

adios sayonara

p/s: aku dah start minat kpop. blame the long excessive holiday!!