March 10, 2015

Goodbye my school life

Assalamualaikum kawan kawan


so sekarang tarikh 9 mac. hmm dekat bio tulis aku dah 18 tahun.Maknannya apaaaa?? MAKNANYA AKU DAH DAPAT RESULT WOOOOOWWWWWW 

Okay lega gila alhamdulillah, dah takde lah tiba-tiba berpeluh sorang-sorang, or jantung tiba-tiba buat somersault or perut aku rasa sembelit tak tentu hala. hellooo takkan tak pernah rasa waktu nak amik apa-apa result unless kau memang dah konfiden tahap gaban dengan result kau.

okaylah hari aku dimulakan dengan bangun seawal 5 pagi . aku berjaya tidur lena tanpa sebarang gangguan. Hahah unbelievable kannnn. Haira dia tumpang tidur rumah aku. Diaa tak tidur langsung. Gila ahhhhhh. Aku tanya dia berdebar ke ape. Dia kata takdelahhh aku memang imsonia (puii tipu aku tahu kau debar kan)

So siap-siap semua, aku try pakai jubah aku waktu form 5.... KETAT NAK MATIIIII. AHHHH AKU DAH DEBAB TOLONG AKUUUUUU. nilah bahana 4 bulan duduk rumah menternak lemak je aduhh
Yaa kelibut aku pagi tu nak carik jubah lain pulak dah adoyaiii. Okay akhirnya ada jugaklah jubah yang sopan okay sikit hahahah
Akhirnya siap dengan tudung maroon and jubah hitam.
Okay kitorang takdelah pepagi buta pi siap nak gi sekolah macam qamarish hahahha. Aku pegi jaga gerai dulu dengan mak aku haaaaa.

Mula-mula pegi tu rasa macam rilek sudahhh. Buat keja macam biasa semua.
Tapi aku start call izzah semua pastu tiba-tiba dia call balik kata dia dapat stret A , pastu sibuk kata nak tengokkan result aku, aku apalagi terus letak telipon. hahaha kuajak tak aku.

Aku start bedebar, pegang barang pun menggeletar. OH PLIS kenapa jadi macam ni. Aku saja suruh mak aku lambat lambat sikit tutup gerai. Tiba-tiba aku rasa macam nak muntah. Ahhh sudah simptom debar aku datangg balik. teruk dah ni. Aku memang camtu, baik pertandingan syarahan ke, anugerah apa apa ke, aku memang debar tahap kalau boleh nak muntah darah semua. So, better aku la pegi je amik terus result tu. Kang aku berguling atas jalan sapa nak tolong

Tapi dan-dan pulak mak aku kata ada makcik tu order nasi kerabu, pastu dia suruh tunggu jap. Aku tengok jam okay 10.30 pagi. takpelah kalau makcik tu tak lambat aku tak kisah. Masalahnya dah pukul 11 dia tak muncul muncul =_=

Aku carik makcik dekat kedai berdekatan semua takde, last-last naik kereta pegi dekat kedai runcit hujunggggg sekali.

OKAY ALHAMDULILLAH JUMPAAAAAAA. Rasa nak peluk makcik ketat-ketat. pliss makcik saya debar sangat dah ni. Naik gila dah ni.

okay let me put some dialog to interpret how messy the situation is

Makcik: Maaflah nak, ingat kamu tutup lambat. tu yang makcik pi kedai jap (okay 1/2 jam bukan sekejap huhhu). awalnya tutup 

Aku: oh saya nak pi amik result tu yang tutup awal tu. Makcik nasik semua 2.00 ya

Makcik: oh rm2.00 , bukan rm3.50? nah (cubaan mengeluarkan duit dari purse dengan barang yang penuh ditangan. Aku nak tolong tapi dia dah keluarkan pun duit dia)

Aku: Terima kasih makcik. Assalamuaalaikum

No, cerita tu tak habis dekat sini ya

Aku: Umi semua sekali 2 ringgit kan?

Umi: Eh makcik tu ada amik lauk ke tak? 

Aku: manalah na tau

Umi; Pi tanya dia

Okay aku dengan gagahnya membawa tubuh aku yang bam bam ni carik semula makcik tu. adoyaiiiii
Jumpa dia masih lagi dekat kaunter , dengan barang dia yang super banyak tu

Aku: makcik ada ambik lauk ke ?

Makcik: tak ingatlah. serasanya ada

Aku: *garu kepala sampai nak tercabut rambut ke dasar akar rambut*
        meh saya check

Aku bukak intai sikit nasik kerabu dia, okay tak da lauk

Aku: Makcik takde lauk lah dalam nasik ni

Makcik: o yeke ? camne makcik nak makan kalau takdak lauk, nasik kosong saja takkanlahh *sambil senyum bagi hint suruh aku pi ambik lauk*

Aku: Ohh kalau makcik nak saya pi ambik 

Aku dengan redho dan pasghah campur menyeghah pegilah kereta punggah balik lauk semua. Ambik ikan goreng dengan tangan aku macam tu je hahah. ampunlah makcik kalau keracunan sebab tangan saya tak bersih. Kalau dia mintak gulai ayam? lagi haru aku nak kena carik senduk segala bagai

Okay dah habis urusan dengan makcik tu, aku pun suruh mak aku tekan sikit minyakkk tu rempitsss pegi sekolah aku. Dan dan pulak jem nak mati jalan. Aku rasa nak pi bom je jalan kucing tu.

Well, disebabkan rasa nervous tu melebihi rasa geram dekat pemandu di jalan kuching tu, aku diam dan berzikir. Berapa kali dah telan air liur macam hape. Gulp Gulp 

Sampai je gate sekolah, WARHHHHHHHHH AKU NAK NANGIS. YA BELUM AMBIK RESULT DAH NAK NANGIS. SILA TAMPAR AKU PLIS

aku cakap dekat haira,"weh kaulah amikkan result aku, aku tunggu dekat luar"

dia tak layan aku. kfine

Setiap langkah aku menuju ke dewan nak ambik slip result tu diiringi dengan rasa debar yang menggila tahu tak. 

Sampai depan pintu dewan,dah nampak dah banyak meja disusun ikut kelas. Aku tak nampak ustazah sebab ada selautan manusia dekat belakang tu. erghh. tiba-tiba

Zul: kau tau tak result kau berapa?

Aku: manalah aku tahu, tu yang aku datang tu

Zul: Kau takkan tahu,tipulahhh

Aku nak je hempuk zull dengan speaker dekat dewan tu. Dah aku tak tahu tak tahu lah. Ayoooo
Aku baru je nak berperang mulut dengan dia, haira dah tolak aku masuk dewan. k thanks haira.

FYI, sekolah aku takde pengumuman pelajar-pelajar cemerlang ni, kau datang amik slip, pastu silalah blah laju-laju (kalau taknak cikgu-cikgu ushar result kau)

Baiklah teruskan cerita. Sampai meja kelas aku, aku tengok banyak ustazah. Semua ustazah lah senang cerita (alang-alang aku memang KAA pun.haha)

Dorang tersengih-sengih pandang aku tanya " berapa result kamu?"

Aku rasa nak gigit jariiiiii. Aghhhh kalau aku tahu, aku dah tak datang amiklaaaa ayarkk :PPPP

Dalam dorang sengih-sengih tu, terselit jugak dalam hati aku "Aku ni dapat straight A+ ke dorang duk sengih sampai ke ubun-ubun ni??"

Okay lepas siap sign, ambik sijil segala bagai Ustazah Noraihan (ajar aku Bahasa Arab) terus hulurkan aku slip. Slip tu terbalik so aku tak nampak lah kan.

JENG
JENG 
JENG
JENG

okay tak straight A+ pun hahahaha

 berpinar bijik mata aku duk kira. Berapa A haaahh???
Ustazah Hazani (ajar aku alquran sunnah) pun dah macam kawan aku dah,nak jugak ushar result akuuu hahaha,
Aku habis kira terus nangis and peluk ustazah hazani. Okay nasib dia tak lemas sebab aku peluk over gilaaaaaa. ALHAMDULILLAHHHHHHHH
dapat 6 A 4 B 1 C. Aku bersyukur sangat 

Aku pegi peluk semua ustazah yang ada. omaigoshh over gila kan. Kawan baik aku , qamarish and izzah aku peluk jugak (kot? aku tak ingat hahah)

Dahlah nangis macam badak semput pastu, peluk semua orang. what a freak lol

Aku pun akhirnya pegi carik semua cikgu nak peluk. Cikgu Syuhada pun senyum tengok result aku. yelah sebab aku dahlah lembab+blur+lambat pickup dalam kelas math dia, haritu pun dapat B+ je math, so dapat A ni , senyumlah dia. Dan dan pulak waktu tu budak meningkat peratus lulus. Lagi bahagiaaaaaa

Aku carik cikgu biologi. lol result sama je dengan trial haritu haha. okay lah tu. Soalan waktu SPM susah gilagilaagilaaaa punyalah rasa nak meletup otak aku jawab tapi Alhamdulillah kekal B+. 

Okay aku ushar cikgu Raja Ali semua nampak bahagia, alhamdulillah maknanya meningkat keputusan SPM tahun ni.

Sekolah aku bukanlah setaraf sekolah Kluster ke Sekolah harapan ke, apatah lagi sehebat SBP or MRSM serta sekolah lain yang top. Jumlah straight A kalau nak dibandingkan sangat kecil jumlahnya. 
Tapi kegigihan guru dan semangat pelajar sekolah ni yang menjadikan sekolah ni lain daripada yang lain. Ya Allah bila aku tengok cikgu-cikgu ni mengajar, habiskan masa rehat dorang buat kelas tambahan membuatkan aku rasa bersyukur kerana dipilih untuk belajar dekat sini. Kalau aku tak faham apa-apa, cikgu-cikgu bersungguh-sungguh nak cuba fahamkan kita. 
Aku ingat dulu masuk Raja Ali, Bahasa Arab aku memang kiokkkk habislah. Nasib je dapat C dalam PMR, lepas lah nak masuk KAA form 4. Waktu tu ustazah Noraihan ajar. Dia ajar A-Z tau. 

Aku perlahan-lahan belajar Bahasa Arab. Walaupun tak power tapi aku dah ada basic dan boleh sikit sikit. Aku lebih faham. Berkat guru yang ikhlas mengajar, pelajar dia pun akan mudah faham =)

Math pulak, Ya Allah aku ingat second day kelas dekat Raja Ali, madam tan (cikgu addmath dulu) bagi soalan waktu pmr. Algebra ke linear equation pe benda ntah. Aku waktu tu tak tahu nak jawab weh! Semua dah siap jawab, aku sorang tak habis jawab. Aku tanya , takde sorang pun nak layan. Iolls sedih. yelah dahlah budak baru, takde orang nak layan sadis takk. Kebetulan pulak waktu last tu waktu cikgu syuhada . well kitorang kena siapkan addmath tu and hantar pada hari yang sama. Aku tak buat apa lagi so aku nak hantar apa kananannnnnn??
Aku pun tebalkan muka tanya cikgu syuhada. Soalan basiccc kot. Tapi demi ilmu, aku gagah kan jugaklah. Dia tolong aku, and the rest aku terus boleh buat sendiri . Orang lain semua dah balik, aku je terkial-kial siapkan kerja tu sambil ditemani linangan air mata (i iz emo u knowwwww)

Banyak jasa guru guru raja ali yang tak mampu nak aku type dekat sini. Umi, Cikgu sahida, cikgu norazima,cikgu faizzah, Ustazah siti, mr manibalan (dia ajar addmath best gilaaa!! encourage aku kata awak boleh C+ punya hahaha), cikgu masbah, teacher maszliza dan ramaiiiii lagi.

Aku tak mungkin dapat balas jasa dorang mengajar aku tapi yang aku mampu hanyalah mendoakan supaya hidup mereka dihujani rezeki serta rahmat dan dipermudahkan segala urusan :D

Buat umi dan papa aku jugak, berkat doa, dorongan nasihat mereka, aku dapat tabahkan diri dan kuatkan jiwa aku untuk melangkah lebih jauh dalam hidup. Nasihat dan doa mereka yang menjadikan aku sekarang. Mereka adalah sebab kenapa aku kuat . Kenapa aku lebih semangat. Kenapa bila aku jatuh aku cuba bangun balik. Sebab mereka :')

Kakak and adik aku . hmm kakak aku adalah ibarat seorang kawan kakak penasihat pendengar dalam satu tubuh. Dia setia dengar walaupun aku dah cerita benda tu beribu kali. Tak jemu nasihat aku. Yelah aku ni dahlah slowwwwww, cepat paranoid , dia yang selalu tenangkan aku dan ingatkan aku . Tegur aku selalu supaya kuat. Jangan malas. Apa-apa semua aku refer dekat dia. Nasihat pendapat semua aku carik dia. Aku rasa akak aku naik tensyen hahahaha
Adik aku, dia selalu ejek Addmath aku teruk. Hahahah memang teruk pun. Dia selalu cakap " kak na pandai jangan risau" nak nangis aku dengar. dia selalu pujuk dengan cara bagi makanan or buat lawak bodoh hahah

Kalau dorang takde, sunyi aku.


Dan ALHAMDULILLAH ALA KULLI HAL. Perkara pertama bila kita dapat keputusan, ucap syukur kerana tanpa Izin-Nya, semua ni takkan dapat dikecapi . Doa dah dimakbulkan, perkara yang kita kena buat, sujud syukur. Allah ni maha Pemurah, kalau kita malas nak doa sekalipun dia akan bagi yang terbaik jugak untuk kita. Takde sebab untuk kita tidak bersyukur.'
Aku mula-mula macam contemplated dalam hati aku, awatlahhh aku dapat 6 A?? Kenapa tak 7A. cantekkk sikit kan hahah. Tapi bila aku mohon UPU, aku tengok semua course yang aku nak aku dah lepas requirement!! Walaupun tak konfem pun dapat hahahaha tapi still gembira ah kan...

Pastu aku fikir, hmmm betullah setiap apa yang Allah rancangkan dan tetapkan semuanya dah cantik dan tersusun dengan indah. 
Aku ni hamba yang tak bersyukur haih :'(




Okay tu je sebenarnya. Banyak lagi aku nak bebel tapi takpe aku simpan untuk next entry. walaupun blog ni aku tahu sangat manada pengunjung pun haahahhahahaha but whatever aku anggap ianya sebagai diari. catatan hidup aku sepanjang bergelar seorang pelajar.

Perjalanan aku di sekolah dah tamat dan aku akan melangkah ke alam baru. bersedia ke tidak?

Allah je yang tahu :)

adiossss