May 23, 2015

Whatever happens

assalamuaalaikum


May 18, 2015

Special post

*POST SEPARA GEDIK NI AKAN DIDELETE BILA AKU DAH KEMBALI WARAS.

assalamuaalaikum kawan!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

okaylah banyak citer yang aku nak tulis dekat blog ni tapi aku ni pemalas tahap kerbau yag berkubang dalam bendang (pernah tengok tak??? alaa badak pemalas lepak lepak dalam lumpur tu. plis fahammmm).... so aku simpanlah citer tu sampai basi k. hahahahaha. yelah ada post yang halfway done but i was sooo lazy so i just let it rot inside the archive.

Baiklah cerita simple je. Yang aku nak citer ialahhhh crush kpop aku yg baru ahhahhahahaha T-T
kenapalah sadisss sangat aku nih. kenapa aku bolehhhhhh terperangkap dalam perangkap kpop padahal aku yang selalu bash kpop kenapaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa wae wae

okay stop complaining, Que Sera Sera. i cannot turn back the time so aku berdoaaaa aku punya obsesi terhadap kpop akan berkurangan bila aku dah start sambung belajar.
in the mean time ,let's enjoy this dirty pleasure of mine, shall we ? ( kenapa aku rasa ayat ni lain semacam haha o_0)

Okaylah aku tengok fluttering india ,variety show baru dekat korea. Aku malas nak cerita variety show tu pasal apa sebab aku kan badak berkubang. HAHA! K.

So the initial reason for me to watch the show is because of EXO'S SUHO. BUT THENNNNNNN DATANG PULAK JONGHYUN CNBLUEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE.tak pernah lah aku kenal mamat ni

where did you hide all this time OPPPAAAAAAAAAA!!!

OPPPAHHHH

pastu waktu aku tengok citer ni aku pun tenung lama mamat ni, selain daripada sebab dia hensem ha ha, adalah perasaan deja vu. yap.
macam ku pernah lihat wajah ni tapi dimana ya...

then it snap me back!
yee mamat yang berlakon warm bodies tu



Okay takdelah sebijik sebijon muka sama, tapi u knowwwww the resemblance game is so strong k.
alaa kalau hang rajin tengok citer mamat Nicholas hoult nih, kau akan rasa eh, samalah duh.


haha lantaklah kau tak nampak sama ke apa. mata aku kata sama. takkan nak gaduh dengan mata sendiri kot haha k hambar sikit tapi aku redho.


tapi ada satu benda yang sangat aku passsstiiii persamaaan antara dua

DORANG TAKKAN DAPAT JUMPA AKU
EH AKU TAK DAPAT JUMPA DORANG

Yelah sorang tinggal dekat barat, sorang lagi timur.
aku tersesat di malaysiaaaaaaa
Gimana cinta kami bisa bertemu ddddddddddddddduuuuuuuhhhhhhhhhhhh




Sebab apa aku kata ni special post? sebab semata-mata aku nak mention muka dorang nak sama, aku rajin bukak blogger nih. wahahahha rajin ni harap dapat dikekalkan k.




okaylah nanti ingatkan aku sebelum aku kawin delete ya pos separa gedik aku ni.

adios

May 08, 2015

Hai usim

Assalamuaalaikum dear reader(s) sekalian

okay benda yang paling aku tunggu daripada awal bulan 2 lagi dah aku dapat keputusannya. Jeng jeng jeng. Hehe upu dah keluar :D

Okaylah kalau dibaca post post aku sebelum ni macam takde halatuju kan hahahahahha

Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak tuju

Kalau aku bukak fb halatuju lepas SPM (lol nama pun halatuju. sesuailah untuk aku yang melelong tak tentu arah ni haahahha)

Banyak lah yang cakap

"saya nak amik medic, sebab saya nak jadi gynaecologist bla bla (entah betul ke eja tu ahha)"

"saya nak amik kejuruteraan kimia tapi bidang tu ada kerja ke lepas habis belajar :/"

*post result spm besar-besar dekat grup* "APA HALATUJU SAYA KAKKKKK"

okay yang atas ni aku rasa nak hempuk hempuk pala kuat kuat hahah. dahlah tak blur ic bagai. last last aku pi rembat ic dia , bukak saps (sistem check markah ppt, pat waktu sekolah hahaha)

Banyak aku gigit jari runsing tau. Aku memang targetlah tak nak ada apa-apa yang berkaitan dengan sains du du du apa pun lah yang segala waktu dengannya.
Aku timbal balik.
\


Tapi dah lama lama aku dengan konpidennya nak UNDANG-UNDANG BEBB. TAK TAHU APA YANG MENGINSPIRASIKAN AKU. MAYBE KOT HITAM YANG SELALU DIPAKAI LAWYER OR RAMBUT KERINTING-KERINTING HAKIM PAKAI TU ?? HAHAH:p
DESPERATE DUK SEARCH SANA SINI. RASA KONPIDEN MEMANG DILAHIRKAN UNTUK JADI PEGUAM. DUK PRAKTIS DEPAN CERMIN TANDAS DEBAT ORANG PAKAI HUJAH. GIGIH TENGOK LAW AND ORDER : SVU. GILER GILER MEMANG HATI TU DAH TERPAUT DEKAT LAW. CINTA MATI LAH SENANG CITER.PASTU TENGOK RESULT YEEHHAAAAA. UNDANG2 MEMANG JADI POJAAAN HATIKU BEBBBBB/ YELAH SEJARAH A+ KENALAH UNDANG UNDANG KAN *statement bajet sikit harap maap* LEPASTU ORANG TANYA NAK SAMBUNG APA , KONFIDEN JAWAB "SAYA NAK UNDANG2 SYARIAH KALAU BOLEH" *hidung kembangkempis*

LEPASTU PI PMG GIGIH TANYA ABG UIA KACAK  ABANG UNDANG-UNDANG BEST TAK BLAK BLAK BLAK PADAHAL ABANG TU AMIK SAINS KEMANUSIAAN AHHAHAHA

DAN PENANTIAN ITU SUATU TERSIKSA TERJAWAB SEMALAM
WEH GIGIL PELUH GAYA MACAM NAK AKAD NIKAH PEH RASANYA GITUUU

DANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN




*sorry for a long post with capslock on. it was shocking act.
















terkelu sekejap sebenarnya. Terkedu bebss terkedu ibarat suami kau sebenarnya sotong!!! haha comparison yang tak sesuai lol

Baiklah mari aku bukak hikayat.
 okay lah kisahnya aku sms je dulu memandangkan upu crash. yelah beratus-ratus ribu lepasan SPM di malaysia serentak bukak mana tak gila website tu hahhaha

so sms aku dapat usim!! haha aku terus call ayah aku. Then ayah aku cakap alhamdulillah, course apa na?

Aku pun" eh course apa, eksaited macam beruk dapat strawberris course apa pun kau tak tahu kan"

Aku pun gigih laaa search kod yang dia bagi tu Q0800 tu haaaaa. tinggi harapan tu syariah n undang2.
ENTER!


DAN

AKU

TERKEDU

IBARAT

BERUK

YANG

MAKAN

STRAWBERRI

TAPI

STRAWBERRI

TU MASAM HAHAHAH



Sekali tamhidi sains n teknologi daaaa

Tamhidi= asasi

tamhidi sains n techno (ceh nama gempak)= asasi sains biasa = matriks modul 1 ( yang aku cuba elak in case tak dapat upu hahha)

Aku tak kata pengisian sama cuma dari segi subjek samalah, cuma tamhidi ada LUGHAH ARABBBB DENGAN AL QURAN WAL HADITH YA SHABABBB :B

Wakakaka aku pun terkedu membisu seribu bahasa tiada daya tiada ucapan mampu dilafazkan hanya mampu merenung siling .

Apakah?

Benda yang paling aku nak lari tulah yang aku dapat. Benda yang paling aku kata dekat semua orang "tTaubat aku tak nak ambik sains"
benda yang paling aku nak tulah yang paling jauh daripada gapaian aku, benda yang aku nak lari jauh tu yang berjaya tangkap aku.

Aku pun wassap lah grup kata aku dapat usim bla, bla. certain kawan kawan aku ada yg tak dapat. hmmm aku pun terdetik dalam hati , "bersyukurlah nana"

Tapi depa mesti ada rezeki pada jalan yang lain.  Allah Maha Adil. walaubagaimanapun, aku tahu ramai sedih tak dapat and aku dekat sini boleh pulak tak bersyukur. rasa nak bagi lempangan lima dass je dekat diri sendiri.

Dan lama-lama aku renung balik ayat dalam surah al-baqarah

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


:')

Entahlah. Sekarang ni aku berserah pada Allah. Aku doaaaaa sangat-sangat walau apapun yang Allah bentangkan di hadapan aku lepas ni, aku tempuhi dengan hati yang kental. Mungkin aku tak dapat apa yang aku nak, aku dapat yang terbaik untuk aku :D

Dan persoalan bermain di hati ,kuat bergendang di minda aku " awat hang tak amik matriks jaaa?"

Jawapannya, aku nak mudahkan ayah aku. dari KL-Johor agak jauh. Better Nilai kan. Nilai tu pun aku dah macam hapal tempat makan jalan, bangunan tamhidi pun dah pernah lepak bajet student dekat situ dah. Kira macam aura USIM tu dah lekat dekat aku hahahah. Lagi satu kakak aku ada dekat situ. lol lagi senang *adik manja katakooo*

Tapi hati aku still degil. "weh kalau kau amik sains gigih macam mike tyson sekali pun, U sebelah rumah sekali pun, tapi degree yang kau nak takde dalam list macam manaaaa ha gedik??"

Jawapannya "takpe interest can be develop. Maybe aku dah start belajar nanti aku boleh perlahan-lahan belajar minat aku kearah mana. Lagi satu USIM, aku boleh je nak mohon degree luar alam takde kaitan dengan asasi hahah, such as Al-quran sunnah (weh aku tipu aku tak tahu sebenarnya hhahahah berharap bolehlah). Ataupun tiba2 aku tersesat masuk medic ke dentistry ke hahaha nganga mulut aku weh"


Buka matamu nana. Dunia kau luas terbentang. Banyak pilihan dan laluan serta dugaan yang hanya keimanan dan ketaqwaan mampu pimpin

 Jadi adakah aku dah putuskan harapan aku nak jadi lawyer? ya mungkin. perlahan-lahan aku cuba terima hakikat tak semua benda yang aku nak, akan terus dapat dalam genggaman. Banyak ibrah yang boleh aku ambik dari kisah hidup aku yang dulu . lol nak tulis malas apa yang dah jadi tapi Kuasa Allah tu hebatttttt. Benda yang tak disangka tu yang kau dapat, and benda tu kau akan cherish sangat-sangat. whaha
Macam contoh sekolah. Aku dah listkan dah, sekolah sekitar rumah aku (DIY n Raja Ali), sekolah kiblah takkan aku jejak!! tapi nak tahu apa pengakhirannya. Ketiga-tiga sekolah tu aku pernah jadi pelajar. Ya. Aku punyalah konfiden taknak waktu darjah 6 tapi tu yang aku dapat.
Bila aku dah besar ni, wowwww aku terkezut banget deh.

Banyakkkkkkkkk betul benda yang terjadi tak disangka-sangka.

Allah Maha mengetahui segalanyaa :DDD


okaylah wahai pembaca (kalau ada), doalah moga aku dipermudahkan segala urusan dalam mengejar kejayaan aku ;). La~ la~ la~

WELCOME TO USIM NANAAAA GENDUTTTTTT

EXO pun kata good dekat kau. kihihihihih

adios

May 03, 2015

my shahadah is my anthem - Dash Johari

Assalamuaalaikum world~~

uuuu lama jugak menyepi. k takdelah lama sangat pun cuma iollss bizi menghabiskan buku yang dibeli dekat PBAKL haritu.

Banyak gaklah buku yang aku beli. Ada yang best ada yang so-so je tapi kebanyakkannya okay je. Hahaaha nasib baik lah aku dah bajet buku apa nak beli haih kalau tak beli buku merepek je macam tahun lepas =_="

Tapi satu buku yang berjaya left a deep a impression in my heart,

Everybody has a past. Everybody lives a present. And everybody deserves a future".

‘Hi, I’m Dania Dashrin. Call me Dash. I lived in (isi tempat kosong dengan nama tempat yang last ayah kena stationed) prior. I love music, and having a good time’.

Nur Dania ‘Dash’ Dashrin; a third-culture kid caught in a limbo between home-country Malaysia and the world she knew. Sent back to Malaysia for her Upper Form Secondary education from Delhi, hell broke loose as she was adjusting with the life and expectation living in a boarding school, especially not being made easy by those who would never understand. The clashes of beliefes,culture, principals, definitions of identity and a struggle to prove that she was her own person, was a long battle.

And she learnt; that everybody sure do have a past, but currently giving their all to live the present, and sure as rain deserves a future.
 
 If you feel ignorant and stupid, then find a way to learn. Don't curse those who are calling you ignorant and stupid. Find ways to prove them wrong. That, is satisfaction. Much more satisfying than cursing them all the way to hell and back.-  Aleksandr

Okaylah pada mulanya aku tak berapa anticipate sangat bila dengar hlovate keluarkan novel ni. Hahaha 2013 dia keluar, aku je yang tertinggal keretapi baru nak beli tahun 2015. Aku ingat lagi mula-mula nak beli tapi risau takut tak best but waitttt this is hlovate. Her writing is powerful n can catch anyone's heart.

Pastu dalam 2014 mulalah misi nak pinjam novel orang. Tapi ofkoz payah nak pinjam sebab novel ni kebanyakannya everyone favs and no way nak bagi pinjam cenggitu je kan. So aku simpan jelah harapan aku sampai lah pesta buku aku haritu!! yeayyy finally i can put my finger on the all-time praised book.

Aku baca separuh separuh. Then, i finished it one night.

After finishing it, i was breathless. 

Setiap kisah yang dikupas mengenai kehidupan Dash dan orang yang disekelilingnya buat aku rasa macam nak menitiskan air mata.
Kisah dia rasa macam sangat dekat dengan aku.


No, im not a nomad pindah sana-sini. 
No, im not a rebellious like her.
No, i cannot play viollion or trombon or basketball or apa-apa yang berkaitan dalam citer tu (aku main basketball is a rare imagination k)
No, aku tak pernah pergi party ke apa (parti harijadi pernah lah kot hahaha)

But , i do have my phase.
Transition phase.
Where i learned
i changed
i fell
and i got up
and fell again

but no matter what, i keep on learning.

Aku ada fasa perubahan macam Dash tu.  Setiap manusia ada fasa perubahannya tak kira besar atau kecik.
Sebab kita kena sentiasa untuk cuba jadi baik dari sebelumnya. Kira berubah lah tu kann hik hok.

Holy Prophet (saw) is saying one hadith. “In a believer’s life, today
must be better than yesterday, and tomorrow has to be better than today.”
 Walaupun jalan cerita dia style sama je macam novel dia yang sebelum ni aku baca (5tahun 5bulan, Aa+Bb , Tunas) but still dia mampu buat aku terbuai dengan gaya penulisan dia releks and santai. Isinya berat but kalau ditulis ngan gaya penulisan yang bersahaja, kau rasa biasa jeeee and lebih mudah paham.

And i have a huge crush on Lee. Woih cair dengan mamat tu walaupun ada part dekat pertengahan novel tu dia tak boleh terima perubahan Dash . Part tu aku rasa nak bag left hook je dekat diaaaaa.

But roses and small but sweet word can really capture my heart easily. Yelah Lee ni macam tak banyak cakap sangat tapi sekali dia cakap sangatlah meaningful and aku rasa macam nak baling je novel ni becoz of the feeeellllll  XD

But, dalam ni novel ni Lee ni sekadar cabang story je. Yang difokus dalam penulisan ni adalah perubahan Dash dan penerimaan orang sekeliling. Macam mana dia dari emo-gothic-punk berubah ke alim-sopan-menutup aurat camtu.

Third culture kids. First time jugak aku dengar perkataan tu. Part yang paling aku geram ialah waktu awal2 novel dia baru je nak pesan dekat mak sedara dia tolong belikan tudung but dia tarik balik keinginan dia disebabkan mulut orang-orang sekeliling. Words can really kill,


And aku suka kawan dia, Aleksandr. Ayat-ayat dia best wooh. Lagi-lagi part dia tanya Dash awat muslim kena pakai tudung semua. Aku yang baca pun jadi sentap. Kalau hangpa nak tau dia tanya apa dekat Dash pi beli novel tu . Aku malas nak taip. Maaappp yaa hahahah

Okay banyak lagi aku nak tulis pasal Novel Anthem ni but i don't want to spill the excitement. kehkehkeh. Pegi beli dkat pesta buku . ada diskaun huhhh

Nak tulis panjang lagi tapi aku dah lapar. Kang aku pengsan, sedih peminat-peminat aku . okay lawak hambar di pagi hari haha. terimalah aku seadanya :P

adios