May 08, 2015

Hai usim

Assalamuaalaikum dear reader(s) sekalian

okay benda yang paling aku tunggu daripada awal bulan 2 lagi dah aku dapat keputusannya. Jeng jeng jeng. Hehe upu dah keluar :D

Okaylah kalau dibaca post post aku sebelum ni macam takde halatuju kan hahahahahha

Aku sendiri pun tak tahu apa yang aku nak tuju

Kalau aku bukak fb halatuju lepas SPM (lol nama pun halatuju. sesuailah untuk aku yang melelong tak tentu arah ni haahahha)

Banyak lah yang cakap

"saya nak amik medic, sebab saya nak jadi gynaecologist bla bla (entah betul ke eja tu ahha)"

"saya nak amik kejuruteraan kimia tapi bidang tu ada kerja ke lepas habis belajar :/"

*post result spm besar-besar dekat grup* "APA HALATUJU SAYA KAKKKKK"

okay yang atas ni aku rasa nak hempuk hempuk pala kuat kuat hahah. dahlah tak blur ic bagai. last last aku pi rembat ic dia , bukak saps (sistem check markah ppt, pat waktu sekolah hahaha)

Banyak aku gigit jari runsing tau. Aku memang targetlah tak nak ada apa-apa yang berkaitan dengan sains du du du apa pun lah yang segala waktu dengannya.
Aku timbal balik.
\


Tapi dah lama lama aku dengan konpidennya nak UNDANG-UNDANG BEBB. TAK TAHU APA YANG MENGINSPIRASIKAN AKU. MAYBE KOT HITAM YANG SELALU DIPAKAI LAWYER OR RAMBUT KERINTING-KERINTING HAKIM PAKAI TU ?? HAHAH:p
DESPERATE DUK SEARCH SANA SINI. RASA KONPIDEN MEMANG DILAHIRKAN UNTUK JADI PEGUAM. DUK PRAKTIS DEPAN CERMIN TANDAS DEBAT ORANG PAKAI HUJAH. GIGIH TENGOK LAW AND ORDER : SVU. GILER GILER MEMANG HATI TU DAH TERPAUT DEKAT LAW. CINTA MATI LAH SENANG CITER.PASTU TENGOK RESULT YEEHHAAAAA. UNDANG2 MEMANG JADI POJAAAN HATIKU BEBBBBB/ YELAH SEJARAH A+ KENALAH UNDANG UNDANG KAN *statement bajet sikit harap maap* LEPASTU ORANG TANYA NAK SAMBUNG APA , KONFIDEN JAWAB "SAYA NAK UNDANG2 SYARIAH KALAU BOLEH" *hidung kembangkempis*

LEPASTU PI PMG GIGIH TANYA ABG UIA KACAK  ABANG UNDANG-UNDANG BEST TAK BLAK BLAK BLAK PADAHAL ABANG TU AMIK SAINS KEMANUSIAAN AHHAHAHA

DAN PENANTIAN ITU SUATU TERSIKSA TERJAWAB SEMALAM
WEH GIGIL PELUH GAYA MACAM NAK AKAD NIKAH PEH RASANYA GITUUU

DANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN




*sorry for a long post with capslock on. it was shocking act.
















terkelu sekejap sebenarnya. Terkedu bebss terkedu ibarat suami kau sebenarnya sotong!!! haha comparison yang tak sesuai lol

Baiklah mari aku bukak hikayat.
 okay lah kisahnya aku sms je dulu memandangkan upu crash. yelah beratus-ratus ribu lepasan SPM di malaysia serentak bukak mana tak gila website tu hahhaha

so sms aku dapat usim!! haha aku terus call ayah aku. Then ayah aku cakap alhamdulillah, course apa na?

Aku pun" eh course apa, eksaited macam beruk dapat strawberris course apa pun kau tak tahu kan"

Aku pun gigih laaa search kod yang dia bagi tu Q0800 tu haaaaa. tinggi harapan tu syariah n undang2.
ENTER!


DAN

AKU

TERKEDU

IBARAT

BERUK

YANG

MAKAN

STRAWBERRI

TAPI

STRAWBERRI

TU MASAM HAHAHAH



Sekali tamhidi sains n teknologi daaaa

Tamhidi= asasi

tamhidi sains n techno (ceh nama gempak)= asasi sains biasa = matriks modul 1 ( yang aku cuba elak in case tak dapat upu hahha)

Aku tak kata pengisian sama cuma dari segi subjek samalah, cuma tamhidi ada LUGHAH ARABBBB DENGAN AL QURAN WAL HADITH YA SHABABBB :B

Wakakaka aku pun terkedu membisu seribu bahasa tiada daya tiada ucapan mampu dilafazkan hanya mampu merenung siling .

Apakah?

Benda yang paling aku nak lari tulah yang aku dapat. Benda yang paling aku kata dekat semua orang "tTaubat aku tak nak ambik sains"
benda yang paling aku nak tulah yang paling jauh daripada gapaian aku, benda yang aku nak lari jauh tu yang berjaya tangkap aku.

Aku pun wassap lah grup kata aku dapat usim bla, bla. certain kawan kawan aku ada yg tak dapat. hmmm aku pun terdetik dalam hati , "bersyukurlah nana"

Tapi depa mesti ada rezeki pada jalan yang lain.  Allah Maha Adil. walaubagaimanapun, aku tahu ramai sedih tak dapat and aku dekat sini boleh pulak tak bersyukur. rasa nak bagi lempangan lima dass je dekat diri sendiri.

Dan lama-lama aku renung balik ayat dalam surah al-baqarah

وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)


:')

Entahlah. Sekarang ni aku berserah pada Allah. Aku doaaaaa sangat-sangat walau apapun yang Allah bentangkan di hadapan aku lepas ni, aku tempuhi dengan hati yang kental. Mungkin aku tak dapat apa yang aku nak, aku dapat yang terbaik untuk aku :D

Dan persoalan bermain di hati ,kuat bergendang di minda aku " awat hang tak amik matriks jaaa?"

Jawapannya, aku nak mudahkan ayah aku. dari KL-Johor agak jauh. Better Nilai kan. Nilai tu pun aku dah macam hapal tempat makan jalan, bangunan tamhidi pun dah pernah lepak bajet student dekat situ dah. Kira macam aura USIM tu dah lekat dekat aku hahahah. Lagi satu kakak aku ada dekat situ. lol lagi senang *adik manja katakooo*

Tapi hati aku still degil. "weh kalau kau amik sains gigih macam mike tyson sekali pun, U sebelah rumah sekali pun, tapi degree yang kau nak takde dalam list macam manaaaa ha gedik??"

Jawapannya "takpe interest can be develop. Maybe aku dah start belajar nanti aku boleh perlahan-lahan belajar minat aku kearah mana. Lagi satu USIM, aku boleh je nak mohon degree luar alam takde kaitan dengan asasi hahah, such as Al-quran sunnah (weh aku tipu aku tak tahu sebenarnya hhahahah berharap bolehlah). Ataupun tiba2 aku tersesat masuk medic ke dentistry ke hahaha nganga mulut aku weh"


Buka matamu nana. Dunia kau luas terbentang. Banyak pilihan dan laluan serta dugaan yang hanya keimanan dan ketaqwaan mampu pimpin

 Jadi adakah aku dah putuskan harapan aku nak jadi lawyer? ya mungkin. perlahan-lahan aku cuba terima hakikat tak semua benda yang aku nak, akan terus dapat dalam genggaman. Banyak ibrah yang boleh aku ambik dari kisah hidup aku yang dulu . lol nak tulis malas apa yang dah jadi tapi Kuasa Allah tu hebatttttt. Benda yang tak disangka tu yang kau dapat, and benda tu kau akan cherish sangat-sangat. whaha
Macam contoh sekolah. Aku dah listkan dah, sekolah sekitar rumah aku (DIY n Raja Ali), sekolah kiblah takkan aku jejak!! tapi nak tahu apa pengakhirannya. Ketiga-tiga sekolah tu aku pernah jadi pelajar. Ya. Aku punyalah konfiden taknak waktu darjah 6 tapi tu yang aku dapat.
Bila aku dah besar ni, wowwww aku terkezut banget deh.

Banyakkkkkkkkk betul benda yang terjadi tak disangka-sangka.

Allah Maha mengetahui segalanyaa :DDD


okaylah wahai pembaca (kalau ada), doalah moga aku dipermudahkan segala urusan dalam mengejar kejayaan aku ;). La~ la~ la~

WELCOME TO USIM NANAAAA GENDUTTTTTT

EXO pun kata good dekat kau. kihihihihih

adios