June 14, 2016

On sahur, interview and life

Assalamuaalaikum to all my lovelies out thereeeeeee

Aku tak tahu nak tulis apa. Like seriyesllllyyyy. Lama jugak aku duk tenung skrin laptop ni. Hasilnya, rabun silau aku maybe naik lagi. Yeay.

So bila dah tenung tu idea mai sikit sikit dan yeshhh inilah hasilnya. Aku akan tulis apa yg aku buat untuk dapatkan apa yang aku tulis sekarang.
Faham tak? Tak faham , makan banyak sikit kurma ya dik. (aaa jahatnya aku)

So post ni sebenarnya bertujuan nak wish SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN RAMADHAN. 
Walaupun dah 7 hari berlalu sebenarnya tapi so whatttttt.

Moga di bulan mulia ni bertambah amalan kita dan terhindar dari dosa maksiat. Harapnya aku and anda semua jadi lebih baik dari sebelum ni. Inshallah


Okay now moving on to another topic. Entah la aku pun tak tahu nak type apa. Hidup aku bukan menarik sangat untuk diterjemahkan dalam bentuk cerita (peh BM A+++++)
Aku pun terpikir gak macam mana la blogger2 femes boleh come up dengan citer2 menarik. Ok mostly dorang update pasal daily life je. Their daily life sama je dengan semua orang tapi entah la cara dorang tulis kot??? So orang tertarik nak baca. Maybe aku boleh je tulis daily life denga ayat yang bombastik gittuh. (Blogpost sebelum ni pun pasal hidup aku je hahaha)

okay let me try

Pada hari ini saya telah memulakan hari saya dengan bangun pada pukul 4.45 pagi untuk bersahur. yeay. susah nak bangun awal camtu kalau bukan Ramadhan. Achievement yang patut diumumkan pada rakyat jelata. Okay dengan air liur bertepek dan rambut ibarat sarang anak burung yang comel, *sungguh tak lawa , harap zauj terima iolz seadanya* saya turun ke tingkat bawah untuk menyiapkan sahur. Singgah sebentar ke sinki untuk bersihkan muka supaya ahli keluarga saya tak terkejut melihat wajah saya ibarat rumah tak siap. And saya pun bertungkus lumus di dapur menyiapkan lebih 5 jenis lauk-pauk ibarat kenduri kawen anak cik kiah yang baru balik dari obersi. okay saya tipu je. Saya panaskan lauk dari peti ais je. But this is internet. Orang percaya je :p

Pastu makan la, pe lagi. Takkan berjoget dalam dapur tu. Muka semua sememeh je, mata tak boleh bukak. Tapi mulut bergerak,licin satu pinggan. Power power.

Habis makan , kemas meja. Naik atas prepare untuk subuh, tadarus sikit sikit. Pastu termenung sampai matahari naik thennn boomm landing on my sweet sweet pillow (kena tidur dalam pukul 8 gitu so takdelah tidur lepas subuh. iols tidur lepas dhuha. gittu. #cheatcode)

Bangun dalam waktu sekian sekian (takleh mention pukul berapa, future mother in law baca, habis kena reject), mandi then termenung lagi. Turun bawah angkat baju, sapu sapu rumah sikit. Bukak tv, 'eh HBO ada citer best'. Tengok la sambil mengenangkan apehal la hidup aku tak se-best movie. Berangan mode activated.

Asar pun tiba. Naik solat, habis solat rajin baca maasurat, kalau tak termenung jap. Then, papa balik.
Turun bawah hidang lauk. On tv, duhhh, ada citer melayu cintan-cintun geli geli rasa nak bagi menyepak. Tapi petang mana ada citer best. So stick jelah dengan citer melayu cintan cintun tu. 
Tiba-tiba iklan rasmi sebelum azan start. Shoossshhh cepat cepat amik pinggan isi nasik bagai.
Pastu duduk depan pinggan sambil doa. ( Antara waktu mustajab berdoa adalah sebelum waktu berbuka ;))

~Allahuakbar allahuakbar

Alamak dah azan!! Minum separuh gelas air, eh kurma tak makan lagi. Lol.
Pastu melantak ibarat dugong keletihan berenang di lautan atlantik. Azam kurus Ramadhan hilang, yang muncul hanyalah lelemak degil.  

Burpp kenyang. Dah pukul 8. Alamakk. Maghrib belum solat. Lari macam hape. Dah la baru tambah lemak. Tak pasal gegaran 1.5 skala richter terhasil.

Pastu pi terawih. Terawih lapan. Dari awal Ramadhan terpikir nak upgrade jadi 12 ke 14 ke. Tapi dah namanya malas sooooooooooo ..

Balik rumah. Ahhhhh. Ada kuih lebih time berbuka. Takleh bazir. Dosaaaaa. So melantak pe lagi.
Kenyang masuk bilik pastu menyesal sorang sorang sebab makan banyak gila. Terus berazam nak kurussss!!! Bukak fb , page siakap keli post cara cara nak kurus time Ramadhan. Gigih tengok. Tiba-tiba mata kuyu. Bumm. Tidur.

Tamat sudah kisah saya.

Well lepas ni konpem aku blur nak post apa since my daily life consist of SAME thing over and over again. Well aku ada je buat biskut raya, masak untuk berbuka tapi tu jela. haha. My life is awhsomeee (not). Maybe awhsome untuk bebudak sekolah yang kena sekolah time ramadhan while I'm enjoying my sweet sweet time by my self.

Okay done rambling about this . Aku nak cakap pasal Interview Senibina haritu. Okay jap jap
TEMUDUGA SENIBINA USIM

i did that so if anybody are searching for that, my blogpost will come up. #bijaktakkkkkkkkkkk

I was daunted by my iv . !!
There are two parts of the interview.

the first one is okay je. Lukis lukis tu okay je. Lukisan aku , suprisingly turn out nice. I was expecting some kind of 4-year old drawing ke pe. But it looks 3D and realistic. Bolehla hahah.
but no shading. Aku tak pandai. Lol. Tengok kiri kanan semua buat shading!! gila ah. Aku nak shade jadi buruk gila. Last last aku biar je.

Second part, The interview with the lecturer yang buat aku jadi macam, blerghhh.
Since I'm kinda nervous and under-prepared, agak terabur apa yang aku jawab. Mixing up English and Malay. Aku konfius dia nak aku cakap melayu ke english so otak aku jammed. haahaha
Dah la interview dengan lagi sorang budak lelaki. Dia cakap banyakkkkkkkkkkkkkkkkkk gila. And apa yang aku nak cakap dia dah cakap dulu, so, aku termangu ibarat badak sumbu kiut dalam bendang. Otak aku takde idea . Last-last aku sengih je and angguk-angguk. Ha cakaplah kau puas puas. Aku pun dah blur tahap macam apa dah. Tahu tahu dah habis.
Tapi apa yang aku ingat, lecturer tu cakap " See you in September".
Errrr. Aku tak tahu dia refer dekat aku or budak laki tu. sooo...

Well tu jelah cerita saya hari ni. Gotta keep up like this
Tapi post ni je dua hari aku amik masa nak tulis. You see, i always take my sweet time. haha

k adios

June 02, 2016

be strong na

Assalamuaalaikum,

:')

kadang kadang kita kena terima
you tried, but sometimes God has a greater plan for you,
cry, yes, then get up and start again.
Don't dwell in the pool of sadness because at first it was comfortable but slowly you are drowning without you realizing.. That's the best part. u didnt know you're drowning until the moment you realize you are no longer breathing and that time there is no space for regret because you're no longer exist.

live life to the fullest :)