August 23, 2016

3 potato is needed to kill ur enemy

assalamuaalaikum uolzzzz


Tajuk takde kena mengena dengan post. Aku terbayang kan diri aku ni ibarat potato. so the real meaning behind the sentence is all you need is 3 person like me to kill ur enemy. faham tak?
lantakla. aku merapu apa pun tak tau. terlebih makan biskut raya expired kot.


I JUST WANT TO INFORM PEOPLE OUT THEREEEEE THAT I PASSED MY QTI SO YEAH BUKAN JPJ BUT I STILL WANT TO SCREAM OUT LOUD BECAUSE IM JUST ONE STEP AWAY FROM BECOMING A LEGAL DRIVER (sebenarnya aku dah lama drive illegally around my taman, takpelah kannn)

reasonnya begini, aku ambik satu kelas tambahan sebelum repeat qti tu. Dapat cikgu yang lain (bukan yang ngajar aku ) sebab tak cukup cikgu time tu. Tinggal cikgu tu sorang. Aku pun tak kesah laaaa. TAPI AKU BERSYUKUR GILAAAAAAAAAAAAA SEBAB DIA AJAR BEST LIKE SERIOUSLY AKU TERUS BOLEH DRIVE CONFIDENTLY LEPAS TUUUUUUUUUU. Memang takdir Allah yang terindah (ayat over haha) .Nama cikgu tu cikgu nordin. If anyone nak apply for kelas memandu dekat IMKL (institut memandu kuala lumpur) , tanya je nak cikgu nordin ajar. Dia ajar best sangat, super detail, very fatherly gitu ahahah. dia seriau tengok aku drive (sebab aku drive macam jalan tu aku yang punya huahuahua) so dia ajar satu-satu, in two hours everything look super clear to meeee. Aku macam, elehh driving ni takdela scary sangat when you overcome the fear and the driving teacher itself is super awesome haha :D alhamdulillah. so since that, bila nak drive dekat-dekat macam pegi kedai or rumah umi aku, aku yang drive (accompanied by my sister). Dia jugak salah seorang ticer aku yang awesome. Walaupun dia selalu jerit setiap kali aku buat salah ( ngeri ok jeritan dia, nasib aku tak brek emergency haha), jeritan dia yang buat aku berhati-hati setiap kali drive (so that i dont need to hear her piercing scream haha)

So mohon doa readers sekalian moga-moga aku lulus JPJ aku hujung bulan ni :) [kalau ada yang read la hoho]

*oh yeah terima kasih jugak dekat cikgu driving aku 10 jam , cikgu zaitun. Thanks sebab suruh saya sentiasa rileks time memandu yelah saya ni kaki gelabah sikit, papehal asyik tekan brek. sakit leher cikgu :') maaf sekali lagi hoho
bersama cikgu aku yang kuat jerit haha. kualiti gambar horror sebab orang dalam gambar pun horror!! *kidding sis jangan belasah sayaaa*
tapi gambar dengan cikgu nordin and cikgu zaitun takdelah pulak ahahha. tak sempat nak selfie pulak. habis drive turun keta terus blah lol.


okay enough about driving. aku nak citer pasal result degree pulak!!

yaw yaw okay guys ofkoz as you all know UPU result keluar dua minggu lepas. tapi aku tak cek result through UPU system. Instead aku just go by usim punya sistem since aku apply usim je haha (sobs sobs lol)

guess what aku dapat?? drum rolls peepleeeee,
okay takyah hidela, aku dapat architecture. wehehuuuu , alhamdulillah. *confetti flying everywhereeee*

Sebenarnya aku tak terkejut sangat, in fact aku dah prepare untuk jerit IN CASE aku tetiba dapat science computer yang aku taknak tuuuuuuuuuuu (aku tak tahu apa yang rasuk aku sampai jari aku tetiba letak sc comp no.2 dalam choice. are you crazyyyyyy nanana??)
kisahnya begini..
archi aku letak no.3 . mula-mula no.2 aku letak tapi entah macam mana tetiba angin ILOVEYOUSCIENCECOMPUTERMUAHHH aku pergi replace archi dengan science comp. Yelah sebab dulu aku ada lah main dengan code-code bagai (padahal basic giler-giler, alaaa kalau nak replace quotebox dgn kotak warna warni pakai code ni, nak bagi nampak kemas blog, twerk la code code yang panjang gila dekat template, itupun guided by tutorial)
so terinspirasi laaa. sebaik sahaja tamat tarikh tempoh nak isi pilihan course, terdetik di hatikuu (ecehh) nak tengok course outline untuk sc comp. Bila aku tengok jeeeeee, ohmegerddddddddddddddd MATH! MATH EVERYWHERE. MATHHHHH MATHHHH GOD NO PLIZZ NO
me in math

I mean yeah you're pursuing your study in science and technology field, math memangla kena ada kan. Takleh lari. There is noother way around. Tapi memang course ni banyak math. CALCULUS I AND II. BASIC CALCULUS AKU PUN SENDU JEEEEEE HAHAHA

So aku risau sangattt. terus lenyap impian terhapus terpadam semuaalaa. Aku start risau. First choice aku food biotech. Aku jadi seriau. Dapat ke? Lagi aku risau, course outline, belajar fizik and kimia dulu for first and second year. bio starting 2nd sem third year rasanyaaa.. and aku letak foodbio first hanya sebab aku suka makanan!! lol. and major reason sebab fourth year ada baking hahahah

And then, tiba-tiba, result utk interview keluar, aku dpt iv archi (dekat usim sesape yang letak archi dalam pilihan akan dipanggil iv)
Aku macam berbelah bahagi. patut ke tak pergi. Yelah minat tu so-so je mula-mula. Aku rasa patut ke aku pergi sedangkan aku ni takde bakat melukis (sebab mostly orang yang aku kenal yang nak pursue architecture ada talent in drawing. aku lukis so-so je. idokla teman boleh lukis potret muka kak mah or lukis ala-ala picasso, drawing simple-simple bolehlaaa)

So aku pun tanya kawan/housemate/counselor aku , ain. Dia dapat jugak iv tu tapi hati dia betul-betul dekat foodbio. Sebelum tu dia dah research banyak dah. Cuma lepas bla bla (takleh bagitahu kena mintak izin dia dulu haha), she decided to not to go to the iv.
Aku tanya jugak pendapat dia semua, dia kata go for it. Dia sorang je yang aku tanya pendapat masalahnya hahaha parents kakak semua tahu lambat. Ain banyak bantu bagi info and dia punya encouragement tu sangat2 membangkitkan semangat gituuuuuu. And aku buat istikharah dalam beberapa kali (to be exact 1 kali je hahha teruk betul kau ni :P, and berdoa moga betul apa yang aku buat ni,) aku pergi jugak iv tu.

Aku pergi dengan preparation yang sikit je. Okay aku dah citer pengalaman iv tu haha so malas nak flashback.

Balik tu aku banyak buat research. Walaupun masih lagi belum konfem dapat tapi aku ada instinct aku bakal dapat (juga disebabkan percentage utk dapat course tu 90% sebab dia fakulti baru haha)
aku search Apa benda yang bakal aku hadapi , workload dia, cabaran dia. Takut bila baca sebab mak aih ngerinya  bila penulis blog kata dia tak cukup tidur ( i love sleep bebeh) pastu idea di reject (takleh bayang, maybe aku bakal nangis bawah tangga haha), and orang drop course ni sebab tak boleh bawak ( ni adalah my biggest nightmare).

Moga aku kuat kalau aku berhadapan dengan benda2 yang diatas masa time belajar nanti.
Dia kata tak minat bahaya kalau amik course ni, aku pun alamak. Aku minat je things involving designing things and creating something new and useful for others. it just that archi is not the first thing that popped into my mind. Yang masuk dalam otak aku adalah graphic designer and sc comp(fuh lega tak dapat haha).
lol aku dah cukup selekeh, i dont need architecture to mess it up for me more :P


And sebenarnya aku pun tak tahu apa yang aku nak. Sedihkan. Aku pun sedih dengan diri sendiri haha :') Kadang-kadang aku terlalu kejar sesuatu (undang2 :/) bilamana aku tak dapat, sedih sangat . Impian yang kita simpan sejak form 5 (takdelah lama mana haha) , yang telah ditarget, yang kita sentiasa angan-angankan tiba-tiba just came crushing on me. Tak dapat tu sedih tapi entahlah aku macam dah takde perasaan.
Aku cuma pegang yang apa pun doa pada Allah, sentiasa doa, moga diberi yang terbaik.Aminn

aminnnnn 
-gambar pakai tudung kuning diraja. gila time ni dari jauh boleh nampak kalau pakai haha. tamhidi memori sobbssss sobsss


Bila teringat time zaman awal sekolah menengah aku nak sangat jadi geologis. U know, yang kaji bumi, tanah, batu-batu semua tu. Sebab terpengaruh dengan discovery channel. Seronok je dia duk kaji semua. Cita2 tu yang mendorong aku nak ambik aliran sains. Tapi bila masuk je aliran sains, *insert depressed emoji *bkkkk dalam tv je nampak mudah. proses dia payahhhhhh . So berubah la cita-cita aku nak jadi lawyer (sebab aku suka berdebat, being analytical, bercakap dekat depan----aku rasa dengan kriteria tu aku patut jadi lawyer lol). boleh macam tu ekkk hahaha

Tapi cita-cita aku time darjah 6 lagi power, nak jadi fashion designer. Aku siap buat komik wehhh, komik pasal fashion designer yang bermula dari bawah. Gigih tak gigih hahaha. Tapi bila tengok design aku dulu-dulu, buruk gilaaaa. darah mata tengok. dahla design seksi nak mati. jahil betul aku dulu. nasib baik kau tak jadi fashion designer mek na weh ahhhaha

so conclusion sebenarnya, cita-cita aku yang sebenarnya adalah nak kawen dengan CEO, dapat anak ramai and happy ending sambil naik ferrari bayar cash.hahaha. Semua salah pengaruh novel. haa yang tu tak penah berubah. dulu sampai sekarang aku gila baca novel. Tapi masalahnya nak beli novel kena ada duit. Duit nak dapat kena kerja.Nak kerja kena ada qualification. Nak ada qualification, kenalah belajar. Masalahnya arah tuju pun aku still blur hahaha . Penutup aku mereput bawah selimut foreber je laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


adios

p/s: banyak lagi nak bebel tapi penat aihh. Typing ni penat okay tapi penat lagi suka dengan orang yang tak pernah perasan diri kita. (pehal emo tetiba hhaaha)